Sedingin Hati

10:31 PG JunAina 12 Comments

'Melangkah longlai ke jendela, merenung mentari yang seakan malu untuk menyinar. Di luar udara dingin sedingin hati ini. Tika begini terasa ingin terus beradu, lena diulit mimpi walaupun ia bukanlah pasti. Dipaksa juga kaki ini untuk terus melangkah, melawan kehendak hati, menidakkan kehendak nafsu sendiri. Masih ada tanggungjawab yang masih perlu dilangsaikan, masih ada kesinambungan yang harus di teruskan.

Wahai hati...sabarlah. Dingin yang melitupimu akan hilang seketika nanti, apabila semangat membara mula menguasai suasana. Berilah masa hati...dinginmu hanya seketika...'

Aku masih di sini melayan hati sedingin salju, memujuk hati dalam sendu. Berteman 'drawing' yang bertaburan di meja. Sunyi sepi di tika ini, tiada suara, tiada gelak ketawa, tiada juga bisikan manja...hanya aku bertemankan drawing dan komputer dan sekiranya ada pun cuma suara DJ di radio...

Buat Pak Tuan, bersabarlah sayang...hari lahirmu tak mungkin ku lupa. Pasti ada kejutannya nanti cuma mungkin agak terlewat kerana adinda masih ada tugasan yang perlu diselesaikan tika orang lain sibuk bercuti. Tanggungjawab kedua yang masih perlu dilangsaikan. Apa pun Blackberry tu jaga bebaik ye...tanda kasih, tanda sayang tetapi takkan mampu dibeli rasa kasih dan rasa sayang ini, tiada nilai...

Buat suami kesayangan hamba terimalah rose biru ini, warna kegemaranmu dan juga kegemaranku...
Rose biru - sesuatu yg misteri atau awak telah mendapat sesuatu yg tidak mungkin... 

You Might Also Like

12 ulasan:

  1. sungguh seni dan bersastera bahasa anda. siapkan tugasan, kalau lagi lama ditangguhkan lagi tertekan perasaan.

    terima kasih kerana sudi singgan dan komen di blog saya.

    BalasPadam
  2. terima kasih juga kerana sudi bertandang di sini...sebenarnya hanya memujuk hati yg terpaksa bekerja di tika orang lain selesa bercuti...

    al-lavendari - saya suka menyebutnya berulang kali...

    BalasPadam
  3. Luahan hati dicoretkan dengan susunan bahasa yang sangat indah... :)

    BalasPadam
  4. k.cik...
    mengasah bakat terpendam, dah lama tinggalkan bahasa berbunga nie.

    harap k.cik cepat sembuh...

    BalasPadam
  5. Sabarlah Jun. Mudah2an ada jebaikan menanti disebalik pengorbanan awak bekerja di hari cuti ni..

    p/s: Jun dok kajang di area mana?

    BalasPadam
  6. azzey...insyaallah yang penting ikhlas tapi kesian anak-anak coz plan awalnya nak balik perlis...

    *june dok kajang utama...belakang sekolah...

    BalasPadam
  7. salam...

    sungguh teruja saya membacanya...

    tq sudi singgah dan komen di sekamar rindu..

    i follo ur blog

    BalasPadam
  8. Selamat Ulangtahun Kelahiran buat encik abang. Moga sejahtera selamanya.

    Jangan merajuk yerrrrr...

    BalasPadam
  9. as salam jun..indah sungguh bahas jun..puitis..suka membaca nya..
    tumpang sama..mengucapkan selamat hari lahir buat suami jun..
    boleh raikan selepas jun abis waktu kerja ye..

    BalasPadam
  10. Indah bahasanya.

    Sabarlah... bila ada masa lapang nanti jalan2lah.

    BalasPadam
  11. pandainya mengarang...btw salam kenal dr saya...saya follow yer:)

    BalasPadam
  12. terima kasih semua...

    k.azie...merajuk2 minta di pujuk...

    sekamar rindu - terima ksih juga kerana sudi menjengah kesini...

    k.erna - dah lama meninggalkan bidang penulisan ni, dah berkarat saja nak test boleh lagi ke...hehehee...

    k.zai - selalu jalan2 ikut dia tugas je nak jalan2 makan agin jarang sangat..waa...

    nieza - thanks ya...

    BalasPadam