Entri Stress : LTDL

6:48 PTG JunAina 17 Comments


GERAM!!! MARAH!!! Atau aku yang tak perihatin?

4 jam tersekat di dalam jem yang teruk kerana LTDL, hanya mampu memandang bangunan office yang terletak hanya 500 meter di depan dengan hati yang panas membara. Hanya kerana tak dapat melintas Jalan Sultan Ismail yang ditutup aku merana di dalam kereta selama 2 jam. Siap tutup enjin kereta lepak-lepak kat luar dengan pemandu lain yang rata-ratanya 'hero'.

Sebelum keluar office sudah berkira-kira adalah sempat sekiranya sampai semula ke Kuala Lumpur sebelum pukul 2 petang coz pelumba LTDL dijadualkan sampai ke Dataran Merdeka pada pukul 3.15 pm. Sangkaanku meleset...sampai sahaja di u-turn selepas Pertama Komplek pada pukul 1.50 petang kereta aku yang pertama di tahan. Chesss...memang tak ong hari ini.

Memang makan angin betul, dari Jalan Raja Laut nak masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit semua telah ditutup, makan angin sehingga Jalan Sentul pusing balik ke Jalan Kuching dan masuk ke Jalan Tun Razak. Ambil Jalan Ampang dan sampai KLCC jalan dah tutup, alahai... Pusing ke Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak kembali masuk Kampun Baru dan Terus ke Jalan Raja Abdullah dan ngam-ngan sampai polis angkat tangan lagi. Waaa...macam nak meraung kat situ. 2 jam lepak tepi jalan...habis pelumba lalu jalan sesak sangat nasib baik aku hanya lintas traffic light dan terus masuk parking depan office kat Wisma RKT.

Rosak program aku hari ini. Drawing masih banyak kat atas meja belum di sentuh dan sekarang terasa nak balik. Daaaaa...

You Might Also Like

17 ulasan:

  1. Jem punya penangan..hadoiyaiiiiiiiii!!!

    BalasPadam
  2. AZZEY...kalau keta tu boleh lipat2 masuk poket, bahagianya...

    disebabkan ketidak tentuan jalan2 di kuala lumpur inilah aina lebih senang merempit...hehheeee...

    BalasPadam
  3. heheheh...masa tu terasa betapa lambatnya masa berlalu kan?
    slam kenalan dari aka...;p

    BalasPadam
  4. Aduhhh kesian... Masa tu ler baru terasa bawa motor merempit lagi best!

    BalasPadam
  5. alahai...

    kalau tau jalan sekitar KL ok la..cuba kalau sy yg tersekat..mau sesat barat...huhuh...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    MENTARI MUNCUL LAGI

    BalasPadam
  6. salam kenal...

    nanti kita jalan2 ke sayang-sayang ibu ye...

    BalasPadam
  7. k.azie...MEREMPIT ITU JIWAKU...

    BalasPadam
  8. nabilah...sekali, tersesat...dua kali, tiga kali dah lali dah tau mana nak cilok...

    kalau tak sesat kita tak belajar...yg penting kena berani redahhh...heheheee...

    BalasPadam
  9. salam,

    alaaa siannya kena keje lagi....
    apa2 pun happy holiday okey... semoga ceria2 selalu :D

    BalasPadam
  10. holiday yg tak kemana rima...bertenang kat opis...hehehee...

    BalasPadam
  11. JUn..yang membaca ni pun rasa tension..apa lagi yang menghadapinya kan..

    BalasPadam
  12. Jem...owh paling tak suka,kalaulah boleh terbang.

    BalasPadam
  13. salam pagi khamis =)

    depe tu yang tak ada kerja.huhu

    BalasPadam
  14. k.erna - memang tension sesangat rasa macam nak tinggal kereta & balik office jalan kaki.

    kak zai - terbang syok juga tapi bila naik kapal terbang gayattt, macam mana nak terbang?

    BalasPadam
  15. salam syira...

    depa tak dak kerja tapi yg stress kita pulak yg banyak kerja...

    BalasPadam
  16. salam syikin...
    sila-silalah ke blog yg tak seberapa, masih belajar tapi tak sempat nak membaikinya lagi...

    BalasPadam