Emerald Green Penangan Siti Nurhaliza
Jatuh cinta kali pertama padanya ketika pertama kali melihat Situ Nurhaliza menggayakan busana anggun untuk iklan SimplySiti Argan. Dari mata terus turun ke hati. Sangat sedap mata memandang tapi mungkin orang yang mengganyakannya jugak cantik jadinya bertambah cantik warna itu. Harus tahun depan jadi warna tema untuk hari raya.
Credit picture to budiey.com. Sekitar pelancaran produk SimplySiti Argan.
Iklan ini bermain-main kat televisyen berkali-kali. Emerald Green kata omputeh ataupun Hijau Zamrud kata orang Melayu. Warna cantik, orang cantik, design baju pun cantik jadinya memang package menariklah. Saya tetap jatuh cinta dengan warna Hijau Zamrud ini.
Kerana tarikan Emerald Green/Hijau Zamrud juga saya membeli majalah Mingguan Wanita ini. Nampak sahaja terus ambil tanpa perlu melihat isu kandungan utama keluaran minggu tersebut yang penting hijau itu sangat lekat di hati saya.
Kecintaan saya juga membuatkan edisi membeli langsir untuk bilik tidur juga tidak lari dari warna Hijau Zamrud ini. Hasilnya warna seakan-akan baju yang dipakai oleh Siti Nurhaliza juga dibeli (mungkin terdapat sedikit perbezaan warna almaklumlah hanya menggunakan compact kamera).
Hati kadang-kadang berubah citarasa, dulu kuning dan biru menjadi pujaan hati sehinggakan bila buka almari hanya itulah warna-warna yang ada di dalam almari. Tak lama berubah kepada warna-warna pastel sehingga tukang jahit merungut kerana warna-warna baju yang bagi dia tidak menarik dan tidak ceria. Kini jatuh cinta pula dengan Hijau Zamrud. Harus bertungkus lumus cari kain untuk warna tema tahun hadapan. Insyaallah.
Tok ti makin tua makin cantik! ;)
BalasPadamBelum habis Syawal, dah mula plan untuk raya tahun depan? Amboiii sakan nooo!
BalasPadamheehheheeee..
BalasPadamkesian siti..
nanti macam langsir!!
Eka memula ingat nak buat wedding theme emerald green ni.
BalasPadamTapi tuko plak.
Tiffany Green.
Peminat pink boleh bertukar minat, Hehehehehehehe.
Tapi tetap dicombine dengan pink. Hehehe
nk cop untuk kaler baju raya tahun depan leh x.hehehe
BalasPadamJauh perancangan... memudahkan urusan masa hadapan... saya pun minah ijo juga..
BalasPadamtok ti kan minat ijau. so warna ijau mmg masyuk dgn dia ;-)
BalasPadammmg cantik lah warna baju dia tu.. kena pulak dgn kulit dia yang putih gebu tu..
BalasPadamhijau zamrud memang cantik, sama ke dengan warna hijau leher itik tu?
BalasPadamdee pun suka warna hijau cuma baju raya tahun ni takmohlah repeat baju yg sama..tak sabar nak cari sepasang warna hijau zamrud ni..cantikkk..
BalasPadamsetiap kali umur bertambah memang bertukar citarasa kita kan.
BalasPadamsejak bertudung penuh ni makin cantik Dato Siti sekarang...
BalasPadamcantik kaler hijau tuh...
mmg kaler yg in tuk tahun ni kan kak...dulu hijau mint skrang hijau emerald plak....
BalasPadamamboi kak siap dah beli langsir kaler tu jugak hah...tapi mmg cun gile kak...tu le org kate penangan artis kan kak....ape yg die pakai semua nampak cantik jek...
Wah! Syawal belum habis, sudah siap sedia utk raya tahun hadapan! Super Advance!
BalasPadamjum kita cari emerald green buat baju la ni juga,...jum.
BalasPadamhijau zamrud ni kalau x silap...start famous sejak scha dan awal kawen...time majlis resepsi dorang pakai persalinan kaler hijau zamrud
BalasPadamBetullah JA....CT tu mmg sempurna packagenya....paksi tudung belit mana pun cantik!
BalasPadamsiti dh bertambah kurus dh skrg...
BalasPadam