Edisi Makan-makan di Angkasa

10:14 PG JunAina 4 Comments

Tiba-tiba rezeki datang bergolek, dapat pergi Restoran Berputar Seri Angkasa
aktiviti `get together' Electrical Department. Juga dapat vaucher shopping kat Jaya Jusco, Parkson atau Isetan pilih je yang mana suka bernilai Rm280. Best...dah kenyang boleh shopping-shopping pulak. Boleh le beli barang-barang yang sekiranya nak keluar duit sendiri tu sayang sangat. Aina pilih Jaya Jusco tak ada nak shopping apa pun mungkin simpan untuk shopping raya dapat juga jimat belanja raya...Walaupun duduk KL dah berbelas tahun inilah 1st time pergi Menara Kuala Lumpur. Menyimpan hajat nak bawak anak-anak pula selepas ini.

Restoran Seri Melayu ni mengidangkan menu Melayu sebagai sajian utama, ada nasi putih, beriani, lemang, rendang, asam pedas pun ada dan macam-macam lagi. Di sebelah hujung nun di sana, ada jugak disediakan menu makan ala-ala barat dan ada kaunter pencuci mulut yang memang le menjadi tajuk utama Aina hari itu. Tak banyak sangat pilihan tapi paling suka puding roti, kek coklat dan aiskrim yang pelbagai perisa. Macam biasa penutupnya tentulah secawan kopi.

 Hidangan utama nasi dengan pelbagai lauk.

Hidangan ala-ala barat.
 Me adn my project lead Mr.Mansour Nessabi.

 Electrical Department Gurls...

 Head Of Department En. Abdul Rahman.

Electrical Principal Advisor Mr.William Frederik De Vos and my project lead.
 
 Pemandangan dari angkasa.

Kemana-mana juga pergi inilah yang menjadi fokus Aina, segala jenis pencuci mulut yang boleh membuat air liur meleleh. Yummy...delicious...

You Might Also Like

4 ulasan:

  1. Wow best tuuuu... Makan2 gather2.

    Lawo-lawo plak engineer tu. hehehe

    Sama ler, Kak Azie pun tak pernah lagi naik Menara KL. Jakun ler skit nih.

    Ok apa, dapat voucher tu. Betul, simpan utk shopping raya orait gak. Jaga jangan sampai ilang. Kak Azie pernah gak dapat (tapi murah ler) tapi simpan sampai setahun lebih, sbb terlupa. Kemas lemari, jumpa balik, cepat2 pi beli barang...

    BalasPadam
  2. wah...sedapnya....

    restoran tu benar2 berputar ye..terasatak ?

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    HARI MENTERNAK LEMAK - PART 2

    BalasPadam
  3. a'ah kak azie, engineer memang lawa2 tapi design team macam kita org ni banyak yg dah nak masuk group veteran...heheheee...

    BalasPadam
  4. nabilah...memang berputar tapi tak ler laju kalau laju, layan pening tak leh makan pulak...heheheee...

    BalasPadam