Hak-hak Pengguna

10:48 PG JunAina 12 Comments

Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:
 
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
 
Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.
 
Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
 
Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
 
Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.
 
Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.
 
Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.
 
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

  
Di copy dari sini sebagai panduan untuk kita sebagai pengguna. Memang panjang sikit kalau nak baca. Sebenarnya apa yang ada di atas tu cuba Aina kaitkan dengan gambar kat bawah nie coz ini adalah contoh terdekat kita sebagai pengguna.


Kita boleh nampak tertulis baucer KFC sebanyak RM 5 pada bungkusan biskut berkenaan dan tentulah ianya penghargaan syarikat pengeluar kepada pengguna-pengguna yang membeli biskutnya.


Menghairankan bila pada tanda harga di sebuah pasaraya yang tak berapa nak besar sangat ini siap tertulis NO FREE BAUCER!!! Kalau anda dapat membacanyalah, terletak kat bawah tanda harga dengan tulisan merah dan tanda seru sekali. Di mana silapnya, adakah salah pengeluar atau peruncit yang mengambil kesempatan? Apa yang pasti syarikat pengeluar akan turut terkena tempiasnya.

Tepuklah dada tanyalah hati perlukah kita membeli bila kita sudah rasa tertipu, memang di tulis tiada baucer tetapi kenyataan yang tidak dapat di sangkal perunciit mengapa mesti ada tertulis pada bungkusannya.

You Might Also Like

12 ulasan:

  1. Free baucer tu pemilik atau pekerja pasaraya tu dah sapu kot!

    BalasPadam
  2. assalam junaina..mmang kerap berlaku kan..kadang kadang tak de tulis pun..tapi bila kita tanya dikaunter bayaran..dah habis katanya..

    BalasPadam
  3. macam biasalah k.cik...tapi kita sebagai pengguna apa rasanya pulak. agaknya sebab inilah kebanyakan hadiah percuma terus di masukkan kedalam pack sahaja...

    BalasPadam
  4. k.erna...setuju sesangat. barang ada tapi free gift dah habis, supplier bagi tak cukup ke...amanah tetap amanah tetapi apa mereka peduli semua itu bila tiada halal haram dalam hidup...

    BalasPadam
  5. salam....

    ramai yang masih belum faham secara keseluruhan berkaitan hak2 pengguna ni...kadang2..peniaga nak cari untung secara berlebihan saja..

    BalasPadam
  6. cukuplah sorang jer tipah tetipu, kan aina?

    BalasPadam
  7. sekamar rindu...peniaga jenis macam inilah yg perlu kita tegur coz dia org ni jenis tak bertanggungjawab...
    kadang2 kat tanda harga lain tapi bila bayar lain pulak jadinya, selalunya kes macam ni terjadi bila dia hanya letak satu tanda harga besar tanpa tag tanda harga barangan satu persatu...

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. alam mamawana...
    thanks coz sudu singgah ya...

    queenie...
    hahaha...letak balik pas tu cari biskut lain...hehehee...ditipu?tak rela mak...

    BalasPadam
  10. kira ok juga..ada di beri tahu...ada sesetgh pasaraya tu...kita dah beli..bila nk claim...baru bg tau yg tiada hadiah/baucher..sepertimana yg ada di bunkusan itu...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BILA MOOD KE LAUT

    BalasPadam