Ramadhan - Terdidikkah Kita

12:02 PTG JunAina 12 Comments

Di manakah letaknya kesabaran kita di Ramadhan yang penuh berkat ini. Rata-rata umat Islam masih belum mampu mengawal nafsu amarah dan mementingkan diri sendiri sehingga bila kita melirik seolah-olah tanpa rasa bersalah dia tetap juga begitu.

Incident Pertama : Berpusing-pusing di basement parking Econsave Kajang. Jalan sehala. Sebuah kereta memperlahankan kereta dan memberi signal, saga biruku berada di belakang sabar menunggu. Tiba-tiba sebuah kancil dari arah bertentangan (walaupun jalan sehala) dengan selamba turut berhenti dan memberi signal untuk masuk. Siap turunkan anak dan isteri untuk menghalang kereta pertama dari masuk. Aina melirik dalam hati terdetik. Subhanallah sanggup sampai macam tu sekali semata-mata tidak mahu berjalan jauh sedikit (ruang parking tersebut terletak di hadapan pintu masuk). Parking masih banyak yang kosong cuma terpaksa berjalan jauh sedikit. Isterinya bertudung pastinya dia Islam tetapi di mana sikap toleransinya. Ramadhan ini tak juga bisa mendidik ataupun kita yang tidak ingin peduli erti sebuah kesabaran.

Incident Kedua: Jalan TAR. Kesibukan bazar Aidilfitri bertambah sesak dengan kenderaan keluar masuk di Jalan Masjid India. Berjalan-jalan sendirian ke ARIANI (hajat di hati sekadar membelek tudung) sementara menunggu Pak Tuan datang menjemput. Tiba-tiba di dalam kesibukan seorang lelaki membawa motor EX5 menjerit-jerit memaki hamun tuan punya sebuah kereta tanpa memperdulikan persekitarannya. Mungkin dalam kesesakan pemandu tersasar tetapi kemarahannya tiada batasan dan semua orang tercengang-cengang. Dia Melayu dan pastinya Islam, di manakah kesabarnnya di Ramadhan ini. Berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi tidak mampu mengawal amarahnya!

Incident Ketiga : Hei bodoh! Aku kata kunci lori nak pergi dengan lori bukan dengan kereta. Tersentak! Sejiran. Kalau Aina berada di tempat isterinya pasti jauh di sudut hati tersimpan seribu kekecewaan. Orang yang kita sayang, teman sebilik teman sebantal boleh mengucapkan sebegitu. Juga di Ramdahan sudah hilang kesabaran.

Ramadhan yang hanya dilihat dan di hayati dari satu sudut. Menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Kita hanya menunaikan rukun Islam yang kedua setakat itu sahaja. Kita melupakan sisi-sisi lain pada Ramadhan. Kita lupa pada pahala-pahala serta fadhilat-fadhilat Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan kesabaran di penghujung ganjarannya adalah syurga. Ramadhan adalah bulan simpati, bulan untuk mengasihani insan yang lain. Bebanyak-banyakkanlah besedekah samaada untuk yang masih hidup atau insan-insan yang terlebih dahulu pergi mengadap Ilahi. Ramadhan adalah bulan yang bakal Allah tambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. 

Ramadhan adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Jadi sama-samalah kita merebut segala nikmat Ramadhan ini.



You Might Also Like

12 ulasan:

  1. moga kte amik kesempatan ramadhan ini ngan baik :)

    BalasPadam
  2. bila baca insiden2 tu rasa macam tak pelik pulak. sebabnya saya pernah tengok lebih dahsyat lagi. ada orang melayu islam dalam bulan puasa buka meja belakang kedai cina, minum dan hisap rokok.

    kalau kat kelab2 persendirian sementelahan lagi.

    BalasPadam
  3. insiden ini biasa dilihat...puasa makan aje !

    BalasPadam
  4. setuju tuh.. jgn biarkan ramdhn berlalu bg2 jerk.=)
    jom berdoa?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html

    BalasPadam
  5. jalan tAR memang penuh dengan manusia.. nak dekat raya ni lagi lah.

    BalasPadam
  6. bulan menguji. setiap ujian ada yang lulus dan ada juga yang akan gagal.. :)

    BalasPadam
  7. tuan haji kalau bab tu memang banyak dan banyak juga alasan di beri bila di cekup. entah di mana silapnya tidak terdidikkah atau memang benak hati.

    BalasPadam
  8. sonata anak kecil...mecam tulah puasa tanpa penghayatan.

    BalasPadam
  9. cik pulau...

    kak aina suka jalan2 kat sana, kalau tak beli barang pun suk tengok2 barang & tengok gelagat manusia kat sana...

    BalasPadam
  10. Salam kenal...bila puasa tapi tak sembahyang dan tak menutup aurat opun banyak....

    BalasPadam
  11. terkesan di hati...

    sy pun adakalanya gagal kawal perasaan..

    BalasPadam