Temujanji Malam Ini 8.30 malam.

11:26 PG JunAina 15 Comments

Salam bersiaran semula buat semua. Harapan semua berada di dalam situasi yang bagus adanya.
Cik Puan hari ini datang kerja dengan perasaan berkobar-kobar.
Pertama kerana pagi ini aman tanpa stress dengan perangai anak-anak almaklumlah cuti sekolah sudah bermula.
Kedua malam ini Cik Puan ada temujanji yang paling mendebarkan.
Ketiga pula kerana bila sampai je hari Jumaat bermakna akan bermulalah percutian seminggu Cik Puan.

Temujanji malam ini bukanlah istimewa sangat buat Cik Puan cuma pertemuan kat depan TV je.
Pertemuan penting buat rakyat Malaysia yang meminati bola sepak.
Malaysia-Indonesia di pentas akhir memburu emas di SUKAN SEA.
Cik Puan bukanlah peminat tegar bola sepak tetapi bila layanan yang  tidak sepatutnya telah diberi oleh Indonesia kepada Kontigen Malaysia termasuk kepada para petugas media membuatkan Cik Puan tertarik sangat nak tengok perlawanan ini.

Pertemuan Malaysia dan Indonesia sebelum ini Cik Puan ikuti juga Malaysia menang 1-0 dan pemain terpaksa balik dengan kereta kebal.
Menyaksikan juga terpaksa bermain tanpa jurulatih Ong Kim Swee di tepi padang.
Bila Malaysia bertemu Myanmar Stadium Gelora Bung Karno dipenuhi rakyat Indonesia yang menyokong Myanmar.Kali ini lebih memeritkan bila Ong Kim Swee terpaksa berkomunikasi dengan penolong jurulatih dengan menggunakan seorang pegawai MSN sebagai pengantara.
Akhirnya Malaysia menang jugak dengan jaringan 1-0, walaupun disaat-saat akhir.

Banyak peluang yang tersia-sia begitu sahaja, banyak juga ruang yang perlu diperbaiki.
Kita hanya melihat tetapi bagi mereka yang berada di atas padang tentunya mempunyai tekanan tersendiri.
Kepenatan mengejar bola kesana-sini, bila bola sampai ke kaki pula keputusan perlu dibuat dalam beberapa saat sahaja tanpa sempat berfikir panjang. Agak-agaknya kita boleh ke nak buat keputusan dalam keadaan macam tu?
Tekanan dari luar terutama penyokong jugak memang turut mempengaruhi.

Persediaan awal telah di buat sebaik sahaja perlawanan berakhir pemain-pemain Malaysia akan terus di bawa balik ke Malaysia dengan penerbangan khas atas kerjasama Kerajaan Malaysia dan Air Asia. Di sebalik alasan memberi kerehatan kepada pemain sebelum menghadapi perlawanan Pra Olimpik pada hari Rabu adalah lebih kepada keselamatan para pemain sekiranya Malaysia memang malam ini.

Kepada semua pemain Harimau Muda lagi sekali tundukkanlah ego Indonesia malam ini.
Walaupun Cik Puan bukanlah peminat tegar bola sepak kerana tidak menggemari debaran sepanjang perlawanan tetapi malam ini Cik Puan sanggup menjadi penunggu televisyen demi menyokong Harimau Muda.




You Might Also Like

15 ulasan:

  1. Kedai mamak mesti penuh malam ni. ;-)

    BalasPadam
  2. malam ni saya rasa macam tak yakin je~~haih~

    BalasPadam
  3. mlm ni kene tengok! minat tak minat, yg penting tengok!

    dan harimau muda kene menang!!!

    BalasPadam
  4. Kakak punya rasa sama Aina. Geram betul bila baca rata-rata yg menyakitkan hati. Tak tahu saudara mara mereka di sini di tatang gila. Kadang itu yg membuat kita sakit hati..

    Kakak doa moga HM menang malam ini. Kakak rasa kakak pun nak tontonlah kali ini

    BalasPadam
  5. SALAM,
    MOGA PERLAWANAN MALAM INI BERJALAN DGN BAIK2. TAK SUKA GADUH2 . INI SUKAN ..... KALAH MENANG MEMANG BIASA

    BalasPadam
  6. saya pun tak minat bola..tapi tertarik dengan kontroversi ni.. harap lepas ni diorg nilai semula kalau nak jadikan indonesia sebagai tuan rumah..rakyat mereka kurang professional..dan kawalan lebih ketat patut dilakukan bagi memastikan keselamatan kontijen negara...

    BalasPadam
  7. HM & MALAYSIA!

    GO GO!

    p/s x suka dgn golongan yg x reti bersyukur ni

    BalasPadam
  8. terrrussss pasang lagu black & yellow...go tigers

    BalasPadam
  9. waduh, suspen jer aina ni..
    org yg suka gaduh2 tu kuno lah aina..
    diorang terlampau merempat sampai sanggup jer diupah utk timbulkan kekacauan..budus tus..

    BalasPadam
  10. hehehehe..... tertunggu2 gak blog masakan untuk membuat resepi garuda penyet

    BalasPadam
  11. yehaa.. xsabar nk tgk~
    harapan rezeki berpihak nuat kita~
    auuummmmmmm~~

    BalasPadam
  12. yaa.. teruskan sokongan kita kepada Harimau Muda... sya pun tak sabar nak duduk depan TV malam ni.. ngaummm

    BalasPadam
  13. ayu masih setia dikaca tv..
    walau ada masa tambahan tetap masih 1-1

    BalasPadam
  14. Dah selamatttt... kita menang 5-4..

    BalasPadam
  15. yehhh dh tau keputusan..baru la lega bewak den, meluncur lajuuuu..hikhik

    BalasPadam