Fitnah

11:07 PG JunAina 17 Comments

Jumaat bercuti mengambil laporan kemajuan Iqbal Hadi dan menyelesaikan urusan guaman untuk ambil geran rumah kecilku.
Sabtu masih di rumah bila si Hikram demam dan ceri-beri, terpaksa batalkan janji untuk bekerja.
Isnin cuti kecemasan kerana Hikram masih terbaring kat rumah.
Selasa kerja dengan separuh hati mengenangkan anak kat rumah.

Timbul pulak cerita lain.
Sambil borak-borak, sambil gelak-gelak rupanya lain pulak yang orang faham.
Apa yang kita cakap telah jadi isu dan diputar belitkan.
Lain kita cerita lain pulak dia faham lain pulak jadi cerita yang disampaikan.

Tepuk-tepuk dahi.
Rasa nak teriak guling-guling.
Mau kalau ada kat depan ku tampar-tampar manja pipinya.

Tersepit dan menjadi mangsa keadaan.
Di sana teman di sini kawan.
Walaupn siapa mereka aku tak ingin silaturrahim yang ada terputus di tengah jalan.

Pesanan buat diri sendiri.
Berfikirlah sebelum berkata-kata kerana orang yang menerima tak sama fikirnya seperti kita yang bercerita.
Sebab itulah aku lebih banyak berdiam dari berkata-kata di pejabat.
Lebih banyak duduk di dalam rumah dari bertangga di pintu jiran.

Setiap kali solat selepas tahayat akhir sebelum salam selalu ku doakan di dalam hati.
"Ya-Allah...Selamatkanlah kami dari azab siksa api neraka, selamatkanlah kami dari siksaan kubur dan selamatkanlah kami dari fitnah dunia dan akhirat."

Kesian budak kecik ni. Terbaring kat rumah tapi mama terpaksa tinggalkan juga, umi ambil alih jaga dia hari ini tetapi mak dan mak saudara jaga mesti lain rasanya.


You Might Also Like

17 ulasan:

  1. biasalah.. lumrah hidup.. bila ada terguris rasa tersalah faham neh mmg rasa mcm tertekan sgt keadaan tuh.. hope dapat lalui ketenangan.. :)
    bertabahlah~

    BalasPadam
  2. fitnah ni mmg bahaya..
    di akhir zaman, fitnah mmg berleluasa..berdoalah kita sentiasa supaya di lindungi fitnah

    BalasPadam
  3. sabar saja...

    begitulah adat dunia
    bukan takat kawan saja kadang tu
    saudara sendiri pun buat onar!

    BalasPadam
  4. Kakcik dalam sebulan entah berapa kali je nampak muka jiran - kadang berbulan2 tak nampak langsung!

    BalasPadam
  5. jangan tampar sampai berbekas pipi, sudah!

    haha

    BalasPadam
  6. sebab tu kene berhati2 bila berkata-kata, tambahan pulak kalau nam=k menyampaikan berita yg kite sendiri tak tau kebenaran nya kan?

    BalasPadam
  7. jun, sungguh faham keadaan dimana lain yang kita maksudkan, lain pulak yang orang lain faham...menda kecik pun boleh jadik besauu.. fenin..

    kesian anak ceri beri..

    BalasPadam
  8. tu la.. kdg kita maksudkan lain tp org yg dgr tu paham lain pulak kan..

    BalasPadam
  9. semoga anak cepat sembuh dan sihat seperti selalu ya..

    mengenai fitnah tu jangan difikirkan sangat ya banyakkan bersabar.. mungkin itu dugaan dariNya dan insyaallah ada hikmah disebaliknya..

    BalasPadam
  10. haduhhh....pernah gak terjadi situasi sebegini.

    BalasPadam
  11. salam

    fitnah adalah penyakit yang paling kuat dalam masyarakat kita.

    BalasPadam
  12. masa keja kt last office memang sy krg brcerita.. kat umah skrg pn sama.. krg bergaul apatah lg nk bertenggek dpn pintu rumah org. Sbbnya mcm akak ckp dlm entri tu la..

    BalasPadam
  13. Selalu terjadi cam tu jun. Kita cakap lain, orang faham lain. Kalau cakap depan-depan orang boleh silap tafsir, apatah lagi kalau cakap guna sms atau komen kat blog macam ni. Macam kita menulis ni dalam kepala kita intonasi kita begini begini tapi orang yang membaca punya intonasi berbeza terus membawa pengertian berbeza.
    Betul.. ada kalanya senyap lagi bagus.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum,
    Dah terbiasa kena fitnah...akhirnya, buat tak tahu je.

    Kalau dah jaga diri sebaiknya tapi tetap juga kena fitnah, nak buat mcm mana. Lainlah kalau perangai kita mmg dah gitu...

    BalasPadam
  15. tu lah letih benor la hai dengan org yg suka putar belit cerita mcm tu kan.. kdg2 angin meroyan mak sampai rasa nak belit2 pulak si pembawa cerita tu hehehe err sorry terover sudey hehehe

    BalasPadam