Lenguh Kaki, Sedih di Hati.

12:59 PTG JunAina 9 Comments


Semalam bercuti. Tempat yang dituju cuma sepelaung dari office.
Jalan kaki pun boleh sampai. Jerit hampir-hampir boleh dengar.
Tunaikan janji pada anak-anak.
Ingat nak tayang-tayang gambar rupanya cable USB je bawak kameranya ada dalam beg lagi satu.
Semalam pergi PETROSAINS. Buat reservation 1 day before itupun dapat tiket pukul 12 tengahari.
Manusia ramainya ya amat, almaklumlah cuti sekolah.
4 jam ukur jalan dalam PETROSAINS. Balik rumah kejang kaki.
Keluar je pergi makan kat RASA Foodcourt. MeRASA le bayar mahal makan yang tak sesedap mana.
Balik singgah pasaraya pompuan tu nak beli baju (nasib baik pasaraya bukan di KLCC tadi dia mintak...ya ampunnn...) . Bulan June nak pergi Cameron Highland ikut rombongan sekolah.

Hati dan mula buat perangai. Nak sedih-sedih. Nak meleleh-leleh. Cepat je nak sentap-sentap.
Esok pompuan tu nak balik kampung dah.
Isnin dah nak start sekolah.
Kupujuk-pujuk tak dilayannya.
Katanya sekolah kat Kajang tak BEST!


Sampai bila harus kutanggung rindu ini.


You Might Also Like

9 ulasan:

  1. Relakanlah dengan seikhlas hati demi masa depannya. :)

    BalasPadam
  2. petrosains musim cuti sekolah memanggggg penuh rakyat jelata kannnnn...

    BalasPadam
  3. rindunya kalau duduk berjauhan kan..saya tak sanggup...

    BalasPadam
  4. alalala syahdunya.... ibu mana yang tak rindu kan anak kan.. takpa kak.. lain hari bisa ketemu lagi kan...

    BalasPadam
  5. perghhh...sampai 4 jam pegi ukur jalan. cer citer cer citer apa yg best kat dalam tu. kalau berminat, lain kali boleh la pegi bawak anak kecik lak

    BalasPadam
  6. Time cuti sekolah, KLCC tu mmg sendat kan...

    BalasPadam
  7. eh keje kat area mana? kta kat klcc je

    salam ukhwah

    BalasPadam
  8. sekolah kt kajang tak best? aduuhhhhh

    BalasPadam