Tips Untuk Menjadi Blogger Terkenal

8:50 PG JunAina 26 Comments

Pendapat ini merupakan pendapat peribadi dari pandangan mata seorang blogger tak femes macam Jun. Penilaian dibuat dari pemerhatian sendiri. Harap tak ada yag tersinggung dan tiada saman menyama okies (perasan la pulak).

1. Cantik.
Pastikan diri korang tu cantik. Paling tidak ada daya tarikan tersendiri.
Hanis Zalikha, Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana antara blogger yang cantik. Sekali dah tengok nak   tengok berkali-kali.

2. Hensem.
Ini kategori lelaki. Tengoklah berapa banyak blog yang tuan punya berada dalam kategori hansem melotop-lotop kat search engine. Contoh yang biasa dengan blog Rider Sejati hanya Ben, BroFremstone dan sorang lagi yang memang declare dia hensem terus adalah Abang Ensem (korang memang tak boleh lawan dia punya).

3. Konteversi.
Kalau rasa nak cepat naik dan berani korang ciptalah konteversi. Kalau kita tengok ada jugak blogger yang terkenal dan rating naik mencanak kerana konteversi (macam artis gitu). Jejari Runcing antaranya. Kerana konteversi dengan pemain bola sepak yang terkenal tu rating dia naik melotop-lotop, ada hikmah disebalik musibah yang menimpa. Lain-lain tak mau sebut tapi kes saman-menyaman pun ada jugak.

4. Ada kaitan dengan artis atau selebriti..
Sama ada blog artis, blog orang biasa yang ada cerita panas pasal artis, blog awek or boipren artis memang cepat hot-hot.

5. Kepakaran.
Berkongsi kepakaran yang ada dengan orang lain. Macam blogger yang pakar dalam agama, fotografi, hartanah, pelaburan, kecantikan dan macam-macam lagi. Zaman sekarang paling senang taip je kat search engine untuk dapat maklumat.

6. Rajin update blog.
Benda ni biasa coz semua orang buat cumanya bila update ada tak orang nak baca, kalau ada berapa orang yang nak baca (garu-garu kepala sendiri).

Banyak lagi faktor-faktor lain tapi hari ini itu je nak kongsikan. Setiap blogger mengejar rating demi kepuasan tetapi kita menulis juga untuk kepuasan diri menjadi bonus bila ramai orang membaca dan mendapat manafaat dari apa yang kita tulis.

Psssttt...kalau jadi blogger terkenal nak cerita tentang apa-apa pun orang tak kisah. Orang akan tetap klik-klik bila ada update. Bak kata sorang blogger kalau blogger terkenal menulis cerita pasal anak korek hidung pun boleh jadi gempak!


You Might Also Like

26 ulasan:

  1. setuju bab perenggan akhir tu...hehehe...

    BalasPadam
  2. assalam Jun..acik akan klik semua bila ada kesempatan..sebab utama.acik suka membaca..he he

    BalasPadam
  3. semua takde kecuali no 6.tp tetap tak terkenal.memang tidak ditakdirkn utk jd terkenal.hehe~ morning sis =)

    BalasPadam
  4. patutla saya tak fofular... saya langsung takde kriteria macam di atas..hahaha...

    BalasPadam
  5. Hahhaha june..betullah..saya setuju jugak rasanya.tapi tu lah..saya anggap tak ade org baca blog saya sebab saya aggp blog cuma untuk buang kebosanan yg membelengu Perkahwinan jarak jauh saye..hehehehe...takpe lah kalau tak hebat seperti diorang semua tu...hehehehe...

    BalasPadam
  6. saya guna istilah ISA (Ikut Suka Aku) jer. rasa nak update entri pun ikut mood. tak kisah sangat x de org masuk baca ker, x nak komen ker atau x nak pandang pun. dulu2 teruja gak dgn visitor & jumlah komen. skrg dh tak berapa ambik port sgt.

    BalasPadam
  7. Betullah Aina. Kalau blogger tu popular, dia tak update blog sebulan pun pengunjungnya tetap berbondong2...

    BalasPadam
  8. Buat kakak rasanya semuanya susah nak ikut. Yg last pun tak boleh buat selalu macam mana nak terkenal Jun...

    BalasPadam
  9. macam2 cara kan jun nak jadik blogger terkenal ni... saya tak leh kot, sebab saya jenis yang akan pergi ke setiap blog pengomen dan baca serta komen entri mereka.. kalau banyak sangat pengomen nanti tak terdaya nak blogwalk... haha.. halassaaann.. kekekeke..

    bersyukur sudaa dengan kawan2 blogger yang dok ada la ni.. saya lebih kepada nak berkawan bukan nak fofularr.. halasaaan lagik.. kehkeh..

    BalasPadam
  10. hahahah..anak korek hidung yg tak tahan tu, sbb sya suka hati tengok memula abang ariq pandai korek hidung nampak comellll je ;p

    BalasPadam
  11. blum terpikir nak jdk blogger terkenal....

    BalasPadam
  12. adohai sume nye xde kat ak.. susah la nk jadi terkenal cm ni.. hahahaha

    BalasPadam
  13. bukan senang nak jadi blogger terkenal...

    tapi saya suka bila saya buat n3 ada org baca dan info yg saya beri boleh share dgn ramai org...Alhamdulillah...itu dah cukup memadai pada saya...

    BalasPadam
  14. Saya bukannya blogger terkenal.Tu sbb takda ciri2 yg d nyatakan d atas. Hehe. Asalkan kepuasan kta utk mnulis, bkongsi, dan mgeratkan silaturahim sesama kta. Hehe

    BalasPadam
  15. emmm..cam tak de je ciri2 tu semua pada acu...padan la blog acu tak glemer..hehehehee

    BalasPadam
  16. blog kita biasa2 aja...
    nak jadi terkenal bukannya mudah kan..kan..

    BalasPadam
  17. KC tak cantek tapi KC rajinnnn sgt updet blog. Tapi blog KC biasa2 je punnn .. belum le meletop lagi. Hehehe.

    BalasPadam
  18. kalu blogger pemes.. dorg x bw pun uv still tinggi kan :-)

    BalasPadam
  19. Makchaq mula2 buat blog tak nak bagi org baca... (boleh plak mcm tu), pegi bw pun tak tinggal komen takut kena jejak..(entah apa2 kan..)
    Lama2 rasa bersalah.. intai2 org sambil menyorok.. tu yg start tinggal jejak dan follow bg org tau makchaq dok baca..
    tp secara kebetulan kot makchaq tak pernah baca blog2 famous yg dinyatakan, yg kt komen ni semua dah baca kecuali taufiq sebab makchaq jarang baca blok org lelaki..lepas ni nak pi tengok taufiq

    BalasPadam
  20. ada kebenarannya. saya setuju part last sekali, kalau blogger tu dah feymes, tulis apa3 pun tetap ada org baca.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    BalasPadam
  21. point yang last sekali tu menarik.. ;)

    BalasPadam
  22. semua itu pakej kan..hohoho

    BalasPadam
  23. ayu just nak jadi sahabat blogger bt teman2 sahaja

    sama2 naikkan semangat dlm khidupan sendiri..

    BalasPadam
  24. cantik, hensem, fashionista.. konfem terkenal walaupun jarang update :D kan? hehehe

    BalasPadam
  25. Terkenal tak mengapa, asalkan membawa kebaikan kepada dunia. Ia adalah bekal untuk akhirat, apa yang kita tulis juga merupakan satu percambahan ilmu dan doa.

    Blog - tempat anda cambahkan ilmu yang berguna, apabila mati kelak, ia akan memberikan anda segala kebaikan bagi anak Adam di alam barzakh.

    www.hasrulhassan.com

    BalasPadam