Ibu Bapa : Tanggungjawab, Kasih Sayang atau Belas Ehsan.

10:24 PG JunAina 14 Comments

Menyentuh isu yang terlalu meruntun kalbu sejak akhir-akhir ini. Ramai anak-anak mula bertindak diluar batasan terhadap insan yang melahir, membesarkan serta yang membanting tulang demi kelangsungan hidup keluarga.Banyak cerita-cerita sedih di penghujung usia yang kita dengar. Karma mungkin atau ujian juga. Walau apapun alasannya hati tua mereka tetap tersentap.

Tersisih, menyisih tak kurang disisih oleh insan tersayang meninggalkan luka yang amat dalam, membuatkan lara di penghujung usia terlalu kelat untuk ditelan. Tersish kerana perhatian anak-anak jatuh kepada anak-anak serta isteri sendiri. Menyisih bila terasa diri mereka tidak diperduli dan menjadi beban anak-anak. Disisih kerana ank-anak tidak lagi mahu menggalas tanggungjawab terhadap orang tua.

Ambillah iktibar. Jadikan kisah-kisah di dada akhbar sebagai pedoman. Selagi hayat dikandung badan terimalah amanah ALLAH itu seadanya setelah mereka menjalankan amanah mereka suatu tika dulu. Jangan sampai karma itu kembali kepada kita.

Jika kita mampu membeli rumah yang selesa, kereta yang berjenama tiada salahnya kita juga menghulur seratus dua kepada ibu bapa setiap bulan. Jangan dikira beban yang ditanggung kerana berkatnya rezeki yang diberi kepada ibu bapa akan dibalas lebih besar oleh ALLAH. Doa ibu dan bapa bukan kerana duit yang diberi tetapi kerana kasih sayang mereka pada anak-anak.

Muhasabah diri, Sekadar ingatan untuk diri sendiri.


gambar mak
Sejak berusia dua tahun hanya mak yang aku ada. Jasanya, pengorbanannya walaupun sepincing tak mampu kubalas. Seboleh dapat aku cuba penuhi setiap permintaannya, menunaikan setiap keinginannya hanya kerana aku mahu dia gembira melalui hari tuanya setelah pengorbanannya membesarkan kami.


You Might Also Like

14 ulasan:

  1. tetiba rindu dengan makk..

    BalasPadam
  2. saya sedih sebab tak mampu beri yg terbaik utk mak ayah saya. :(

    BalasPadam
  3. sama ngan saya kak...sejak usia 2 tahun, ayah dah tinggalkan saya...sedih...

    semoga kita jadi anak yg sentiasa berbakti pada ibu kita kak...jasa ibu mmg tak terbanding...

    BalasPadam
  4. syahdunyer baca n3 ni... singgah n dah follow u

    BalasPadam
  5. hope aku sentiasa jadi seorang anak yang sentiasa mengenang jasa kedua ibu bapa aku.. aminnnnnnn

    BalasPadam
  6. Beruntung mereka yg masih diberi peluang bersama yg dikasihi. Buat yg terbaik agar tidak ada sesalan dan karma seperti yg Jun katakan dlm N3 ini...

    Siapa si baju purple tu Jun?

    BalasPadam
  7. Tapi perlakuan anak yg menyisihkan ibubapanya mgkn ada kitan dgn ape yg pernah ibubapanya bt masa membesarkan anak2 dulu.

    Sy andaikan saja....tp walau apapun, sgt tak ptt anak2 bt begitu.

    BalasPadam
  8. moga kita sentiasa tergolong dlm kategori yg bertggjwb n berkasih syg...especially pd parent kita sndiri
    follower ke 198

    BalasPadam
  9. kalau cakap pasal mak..mseti rasa sedih..tu tak citer pasal abah lagi...sementara dorang ade la kita bahagiakan dorang..

    BalasPadam
  10. sedih plak baca.. tiba2 teringat mak kat rumah... ya, ini lah masa yang ada untuk kita balas jasa dan pengorbanan orang tua kita... kerana suatu masa nanti kita pun akan turut sama tua

    balik umah pohon lah maaf andai ada silap dan salah yang bisa mengguris hati orang tua..

    BalasPadam
  11. Kakzakie...Jun berharap sangat dapat beri yang terbaik buat mak.

    Baju purple itu adik nombor 5 tapi kami berlainan bapa. Itulah adik2 yang ada mengharapkan untuk menjaga emak.

    BalasPadam
  12. Hmm kalau wife saya baca ni, sedih dia .. huhuhu ... hmm mak mertua meninggal disebabkan kanser ....

    www.hasrulhassan.com

    BalasPadam
  13. bila berkisah ttg ibu, tak terkata rasanya..

    BalasPadam