Kerjaya Polis Pilihan Terakhir
Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang berbakti. Begitu juga pandangan aku terhadap hidup anak-anak. Kalau dapat biarlah berkhidmat sebagai polis menjadi pilihan terakhir dalam hidup mereka. Walaupun Pak Tuan tidak pernah meyuarakan tetapi aku tahu jauh disudut hatinya amat berharap salah seorang anaknya akan mewarisi tugasnya sebagai perjuang negara.Terlalu banyak faktor yang membuatkan hati aku berat mengizinkan anak-anak meneruskan impian bapa. Tugas itu murni. Tugas itu mulia. Hasil dari tugas itu jugaklah anak-anak membesar. Kami hidup. Aku juga mahu anak-anak mewarisi tetapi hati aku berat.
Kini tugas itu menjadi cemuhan. Menjadi bahan kutukan. Menjadi kambing hitam yang perlu dipersalahkan. Keadang hati ini begetar. Bak kata pepatah peha kanan dicubit paha kiri terasa. Manakan tidak terasa dengan gaji menjadi Pegawai Polis suami menyara kami anak beranak dan seolah-olah menjadi polis itu pula suatu dosa. Polis menjadi isu yang tidak berkesudahan tetapi akhirnya masyarakat kembali kepada polis juga bila jenayah berlaku.
Bila berlaku sesuatu insiden secara senaja atau tidak, tiada siapa akan membela mereka. Kesilapan dalam melakukan tugasan juga tiada pembelaan. Makin mengeruhkan keadaan insiden tidak di senajakan terus didakwa dimahkamah. Mereka menjadi mangsa dalam menjalankan tugasan. Menidakkan arahan bermakna ingkar, menjalankan tugasan dan tiba-tiba situasi menimbulkan provokasi yang sebagai manusia biasa kita juga mempunyai hati dan perasaan dan kita hilang kawalan pemikiran sehingga bertindak diluar batasan tidak ada yang akan membela. Maka jadilah mereka mangsa keadaan dan anak serta isteri turut terseret. Emosi isteri terdera tetapi mungkin sebgai orang dewasa kita mampu melaluinya. Bagimana pula emosi anak-anak? Di cemuh rakan-rakan dan dipandang sinis. Siapa yang memahami?
Andai rezeki itu tertulis juga buat anak-anakku untuk menggalas tanggungjawab menjaga keamanan negara aku redza. Doa sebagai ibu akan sentiasa mengiringi mereka sebagaimana doa aku buat suami.
Gambar kenangan menghadiri Mess Nite sempena persaraan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Dato' Koh Hong Sun lama dahulu. Dia tetap segak dalam seragamnya. Itulah yang membuat cinta aku jatuh padanya. Maaf gambarnya terpaksa di blurkan atas permintaan tuan punya diri yang tidak mahu menonjol diri dengan seragamnya.
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga inilah yg terjadi Jun. Tapi walau apa pun jatidiri ada pada diri masing-masing - ular yg menyusur akar tak akan hilang bisanya...
BalasPadamsuami akak polis rupa nye ye :)
BalasPadamsya sangat memahami dan pastinya kata pepatah bumi yang mana tidak di timpa hujan kan?
BalasPadamsaya baru dapat offer jawatan polis sis.. memang xminta badan uniformne.. tp nk wat cm ne... kerjaya masa depan kn :)
BalasPadamsabar kak..hidup ni macam2 dugaan..
BalasPadamapa jua pekerjaan mereka nanti, yang penting halal dan berkat.. ayah saya pulak dia tak mau sorang pun anak2 dia jadi tentera, walau dia seorang tentera pencen.. menantu tentera pun dia tak nak.. siap pesan awal2.. :)
BalasPadamapa pun, kita doa yang terbaik untuk anak2 kita..
Insyaallah...mungkin akan ada yang mengikut jejak..walaupun hati ibu berat..jika anak dah minat susah nak kata kan..
BalasPadamrezeki yg allah bagi janji halal setiap perkerjaan tu...
BalasPadamoo..husben sis polis ya.
BalasPadamtak semua polis jahat. semua kerja pun ade je yg baik dan jahat. mcm dlm keluarga maera, ada 2 org polis, uncle dan sepupu. memang diowg slalu ckp kerja polis byk dugaan, lebih2 lagi ramai bebenor dok 'hulur'. tp kena kuat la utk mengelak. apa2 pun kerjanya, tepuk dada tanya iman, nak jadi ber-etika atau tak, pilihan ditgn sendiri. =)
dulu tiap kali pergi rumah arwah atok sedara, arwah mesti pujuk ai suruh masuk polis.. sampai ke sudah ai pergi.. sikit sebanyak arwah terkilan jugak tapi nak wat camne.. masa tu takde geng.. hehehe..
BalasPadamkerjaya polis disanjung tinggi, menjaga negara...moga mereka dilindungi yang maha ESA....
BalasPadamsemua kerja ada dugaannya
BalasPadammana tak tumpah kuahkan :)
tk semua polis buat jnayah..kan..tp msyrkt..beselah..men tuduh je
BalasPadamOh..suami akak anggota PDRM rupa rupanya...
BalasPadamBenar kak..
Benda yg baik dibuat org, takde siapa atau amat sedikit yang nak hargai/beri kredit...contohnya macam polis traffik, berhujan berpanas berdebu jaga traffic..siapa yg nak hargai? Tapi bila polis traffic saman sebab salah diri sendiri, semua nya nak salahkan polis..
Macam tu jugak dlm kes kes demo(macam BERSIH)...polis hanya jalankan tanggungjawab/arahan..tapi mereka yg degil/mulut takde insurans ni sedap sedap aja mengata polis barua kerajaan lah, polis anjing kerajaan lah..saya yg tiada kena mengena keluarga polis pun rasa sedih..
Tapi kan kak, memang sikap segelintir kecil polis yg menyebabkan masyarakat lemparkan stigma...polis makan rasuah..sebagai contoh..so polis2 macam ni mmg patut dikesan awal, dan di buang perkhidmatan, demi menjaga nama baik PDRM.
Sorry lah, terkomen panjang lebar pulak..:)
sy pulak, parent mmg nak sy jd polis tp xda rezeki.. :-)
BalasPadamSalam kak...
BalasPadamHaih. Sy ni telinga dah biase dgr org cemuh kerja polis. Mak sy polis. Ayah sy polis. Sikit banyak hati ni kecil dgr mereka caci maki kerja org tua sy.
Tapi siapa sy nak tutup mulut mrk kan? Takpelah...sy tetap bangga dgn org tua sy. Sekurang2nya, kami adik beradik masih hidup dgn sihatnya hingga kini.....
ya Allah kak, percayalah kak, saya sgt suka dgn n3 akak kali ni...n3 ni seolah2 mewakili saya jugak sebagai anak polis...
BalasPadamsaban hari saya makin terkilan sbb terlalu ramai yg mencemuh pekerjaan polis ni..bukan semua polis itu jahat, bukan semua polis itu mkn rasuah, bukan semua polis itu tak buat kerja..mereka2 ni boleh dibilang dgn jari, tetapi bila seseorg polis dituduh melakukan jenayah, diwarkan2 mcm keseluruhan polis tu jahat sgt...
mcm lah pekerjaan lain tu tak ada cacat celanya...
saya beruntung mak saya seorg yg kuat jati diri dan hasil titik peluh dia sebagai polislah, kami adik beradik tak hidup kebuluran...
dan saya ada kwn blogger yg tak nak kwn dgn saya terus sbb tahu saya ni anak polis...apakah?
tapi saya sikit tak heran pun kak, bila rumah dah kena pecah, cari polis jugak...haha...
jiran saya di kampung ramai bekerja sbg polis trafik... semuanya baik2 belaka & bertanggungjawab dlm menjalankan tugas.
BalasPadambagi saya polis adalah baik...ada abang ipar dan anak buah jadi polis...tp yang tak baik adalah pecah amanah, pecah amanah kerja apa pun boleh pecah amanah kalau diri kurang iman dan integriti...
BalasPadamJasamu tetap dikenang...
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
BalasPadamRamai yg telus dan amanah dalam tugas mereka sebagai polis tapi sebabkan ada segelintir yang gelojoh dan tamak habis semua dpt nama busuk.
Tabik untuk PDRM
tapi saya suka uniform polis
BalasPadamnampak segak gitu! :)
tugas polis itu memang mulia.. pengorbanan mereka amat sukar untuk dinilai.. mereka lah anggota keamanan negara..
BalasPadamsemoga segalanya d permudahkan ye
ema pun kerja dgn polis tapi bukan di pejabat bukit amanlah..setiap dua tahun akan bertukar pegawai polis kat sini..dan semuanya baik-baik...
BalasPadamsebenarnya yang menjadi masalah adalah SIKAP individu terbabit. semua kerjaya ada peranan masing2. masalah individu tidak boleh kita palitkan dengan keseluruhannya.
BalasPadamsaya impikan adik bgelar polis....
BalasPadamtapi ibu larang
PS:
kak jun.. anak ngatman tu mmg kampung ayu, tggaroh 1.. ahakss....
naka2 disa bijak dan cerdik. kak kenal yang mana satu?
Akak tak layak jadi poli mat rabun.
BalasPadamAyu...anak Ngatman yang namanya Zohrin kerja kat KL tapi wife kerja kat JB rasanya.
Keciknya dunia...hehehee...
Terima kasih atas komen dan pandangan kawan2 semua.
BalasPadamWalaupun siapa kita seorang polis, cikgu, peguam, kerani, tukang sapu, doktor waima ustaz pun punya naluri dan nafsu tersendiri. Kita tidak pernah sempurna dan bisikan syaitan akan sentiasa cuba merobohkan tembok iman kita. Itu janji syaitan utk menyesatkan manusia. Siapa yang rebah bermakna syaitan telah berjaya menyesatkan mereka.
sedih pulak bc entry ni...mmg btul apa yg akak ckp tue..kdg2 ada yg pndg serong kerja polis..biarlah mereka2 tue semua.. yg pntg suami akak dh jlnkan kerja dgn sebaiknya..
BalasPadam