Management Corporation Meeting Flat Phase 1B Taman kajang Utama
Flat Phase 1B Taman Kajang Utama terdiri daripada dua blok A dan B.
Jumlah rumah 200 dengan setiap blok ada 100 pintu. Flat 5 tingkat setiap tingkat ada 20 rumah.
Dari 200 rumah 69 rumah telah memiliki strata title ataupun dah ambik geran.
Dari 69 pulak hanya 15 orang yang akaun penyelenggaraannya bersih dengan MRCB sebagai pemaju.
Jadi hanya 15 orang di harapkan untuk mengundi dan menjadi AJK yang lain sebagai pemerhati.
Kami mesyuarat kat sini, Ahad nanti datang lagi breakfast free.
Perjumpaan 2 minggu lepas hanya di bawah khemah berdekatan flat menerangkan undang-undang dan tata cara serta jugak penerangan daripada pihak MRCB dan jugak wakil Majlis Perbandaran Kajang. 200 buah rumah yang ada cuma 28 orang yang hadir. Kesian. Surat sudah berminggu-minggu diedarkan.Hari Ahad (17 Jun 2012) ada perjumpaan di Bangi Golf Resort untuk Mesyuarat Agung Kali Pertama. Kami hadir sebagai pemerhati kerana belum ambik geran dan ada baki penyelenggaraan yang masih tertunggak. Dok diam-diam.
Penyudahnya kami semua balik hampa. Mesyuarat ditangguhkan kerana penduduk layak mengundi yang hadir hanya 6 orang sedangkan memerlukan minimum 8 orang. Satu yang sangat di kesalkan tanggungjawab penduduk sendiri seolah-olah lepas tangan dalam urusan masyarakat. Walaupun tidak mengundi apa salahnya mengambil tahu perkembangan perjalanan tempat tinggal kita. Bil penyelenggaraan tetap perlu di bayar walaupun MRCB telah mengambil jalan mudah buat mereka dengan melepaskan kepada Perbadanan Pengurusan Bangunan kepada penduduk.
Ikut hati yang geram. Biar serah kepada Majlis Perbandaran lepas tu bagi sahaja 3rd party company yang uruskan. Sekarang bayar Rm30 lepas ni bayar le Rm60 atau lebih. Masalahnya yang Rm30 pun bertangguh-tangguh tertunggak bagai macam mana nak bayar Rm60.
Hari ini sibuk telefon pemilik rumah yang layak mengundi minta jasa baik datang mesyuarat untuk kebaikan bersama. Bil penyelenggaraan bukan dituntut terhadap penyewa tetapi pemilik.
Wakil MRCB dok atas pentas. Pengerusi Majlis merah muka bila Jun mintak senarai nama dan no telefon orang yang layak mengundi. Ada ke patut suruh pi opis depa ingat aku tak kerja apa.
Penduduk yang hadir. Tak sampai separuh pun daripada 5 barisan kerusi tersedia, kosong lebih banyak.
Sarapan pagi tersebut. Nasi goreng, mee goreng, kuih-muih, puding roti, pudding sago, teh, kopi dan fresh orange dan makanannya lebih separuh tak dijamah.
Kami hanya penduduk flat, hanya golongan biasa-biasa. Pemandu teksi, peniaga kecil-kecilan, pekerja kilang dan kerja yang biasa-biasa tanpa penduduk yang bersatus golongan profesional. Minda sedikit tertutup boleh le korang nak gula-gulakan! Tapi Jun tak bagi peluang punya jangan nak pijak-pijak kepala kita orang ek.
yup.. skong kamu! terus berjuang ye
BalasPadamperkara yg best ketika meeting adalah eating.. kannn?
BalasPadambila tak ramai org datang, boleh le kite makan banyak2. hahaha!
BalasPadamsabo je la kak...
BalasPadampelik betul penduduk lain tak nak amek tahu langsung ke? adoi la hai...
wahhh.. syok tu dpt makan free kat BGR
BalasPadamAda yang tapau makanan tu tak? :)
BalasPadamSepatutnya pemilik rumah kena turun utk ambl tahu selok belok mesyuarat tu kan. Nasib baik ada kak jun yg tegas dan btgjawab
BalasPadamMakanan banyak bukan main yg dtg tak ramai ituyg sedih ye Jun. Kalau yg hadir tak ramai nak buat usul pun susah juga. Mesti sedih yg hadir pada hari itu..
BalasPadamsedih nye kalau tak dapat kerjasama nie kan??
BalasPadamsalam akak..
BalasPadamkdg2 susah kan kalo nak kumpulkan semua penduduk dtg..tempat sy pon mcm tu gak..xsmpai separuh...syg makanan tu xabis..
biasalah gitu sikap orang kita
BalasPadamkat tempat kita ni pun sama saja
bila time mesyuarat sokmo tak dtg
tapi kalau komplen ...berapi-rapi..huhh!
alahai..kesiannye.. sikit je yg dtg..huhu
BalasPadammiting...sabar ye...
BalasPadammakanan tu..hmm..sedap!
Dalam hal ehwal kawasan perumahan, perpaduan semua penduduk/majoriti penduduk itu perlu kan kak, supaya pihak yg berkenaan tak boleh lepas tangan/menindas...
BalasPadamtapi itulah yg dikesalkan, kadangkala sikap penduduk sendiri ambil acuh tak acuh nak perjuangkan nasib sendiri..
askm. memang masalah biasa taman perumahan di bandar, bila ada meeting, tak ramai yg dapat hadir. sabar je lah,
BalasPadamMkanan tu yg sedap tu..ape pn dharap masalah dpt dselesaikn jgk nnti..
BalasPadamkalau x de kerjasama dari penduduk sendri pon susah kan
BalasPadamBILA X KRJASAMA DR JIRAN2 YG LAIN.. NI LAH YG SUSAH KAN..
BalasPadamalamakkk huruf besar plak.. :-)
pertahankan hak kita kak... kalau xleh blah lagi, pakat ramai2 wat memorandum hantar ke pihak yang bertanggungjawab :)
BalasPadamyep, jangan kasi chan.. golongan sederhana bukan bermakna tak cerdik tauuu..huhu..
BalasPadamsaya golongan bawahan, dok umah murah jekk kat semenyih ...
bagus kak..akak berani bersuara
BalasPadam