Tanah Sekangkang Kera.
Harga tanah melambung-lambung sekarang ni. Seekar pun dah main ratus-ratus ribu. Kawasan Semenyih dan Beranang. Nak beli terpaksa berfikir empat, lima kali lama-lama terlajak jugak jadi sepuluh kali akhirnya selepas dicongak bagai tak jadi nak beli.Kami sama-sama mempunyai jiwa yang agak kampung. Suka pada alam sekitar. Suka tanam-tanam
Pernah juga Pak Tuan menyimpan angan-angan untuk menjalankan projek membela ayam kampung. Bukan kerana duit semata tetapi kerana minatnya. Sebagai isteri Jun hanya mengikut. Membonceng moto ditengah panas terik dari Semenyih hingga ke Beranang (satu lagi sifat kami suka ke mana-mana dengan motor kerana kalau terlepas jalan senang je cilok u-turn). Kami melawat tempat penternakan ayam kampung. Sambil-sambil mencari tanah sekiranya ada yang sesuai. Manalah tahu ada rezeki kami.
Sekeping tanah seluas seekar menarik minat. Harga Rm120k. Dicongak-congak mungkin mampu. Tepi highway LEKAS. Masalahnya jalan masuk pulak. Langsung terbantut hasrat untuk membeli. Tak mampu rasanya nak membeli tanah berharga beratus-ratus ribu macam tu. Tapi kalau kena tempatnya, sesuai dengan hatinya walaupun Rm120k memang sanggup korbankan nafsu terhadap benda lain untuk dapatkannya.
Sekarang masih menunggu. Manalah tahu ada rezekinya nanti. Masih bersabar. Kebun sekangkang kera di tepi sungai itulah masih diusahakan. Setiap minggu pasti ada setandan pisang dibawa balik. Merasalah jiran-jiran dan kawan-kawan di pejabat hasil kerahan tenaga Pak Tuan. Tebu sudah di tanam semula, insyaallah puasa nanti boleh mengutip hasilnya. Sudah ada yang booking juga. Empat biji nagka madu sudah dibalut, sebulan dua lagi yang paling besar boleh dipungut. Belimbing buluh berkali-kali
Ada sesiapa nak jual tanah di kawasan Semenyih dan Beranang?
Inilah tanah sekangkang kera yang kami berhenti tengok semasa dalam perjalanan ke Negeri Sembilan 2 minggu lepas.
Masih ramai lagi rupanya yang sudi berbudi pada tanah kan..
BalasPadamuhh..bangla memang macam tu.. kena tengok2 jugak..nanti habis dengan ubi2 nya lesap..hehe..
BalasPadamtanah makin mahal sekarang ni..tapi kalau area kampung ada lagi kot yg murah2 sikit..
Pak Tuan jenis ringan tulang dan itulah hasilnya Jun. Bukan setakat utk diri sendiri bahkan ada saham akhirat lagi sebab ramai dah merasa hasilnya...
BalasPadamBerbudi pada tanah, hasilnya Isnya Allah tak mengecewakan....Syabas Pak Tuan...tapi saya mmg jenis yg tak geti berkebun..hihihihi..
BalasPadamassalam aina..kalau dah minat memang akan berusaha kan..satu keseronokan bila dapat bercucuk tanam tu
BalasPadamuntungnya rajin berbudi pada tanah.... :)
BalasPadam*akak dah tukar nama belog eh? :D
saya dah pun membeli tanah...tapi bukan se ekar...tanah lot ajer...lama x menjenguk, ntah dah jdk apa agaknya..huuu
BalasPadamjun, masuk tak jalan sungai lalang.. kat traffic masjid semenyih tu masuk kiri... tengok la kat area sepanjang jalan tu.. kot la ada tanah nak jual. tu area kampung.. kalau lalu situ, singgah umah cek okeh.... kita pun suka naik moto bedua ronda2 ngan ciktuan kita.. hee...
BalasPadamCukai tanah pun makin mahal Jun....
BalasPadam:-)
makk aiii, harga tanah dah cecah 120K... makin lama makin naik lah harga tu kan...
BalasPadamKalau saya harga tu baik beli rumah teres je.. dah siap tinggal duduk.. ehehe.. saya suka ngan umah kampung, tapi jiwa macam xleh ngan susana sunyi sangat.. ehe
120K? sy telan air liur
BalasPadamTanah sekarang mahal woo..tunggu lagi 10-15 tahun akan datang,mungkin mencecah jutaan ringgit dah.
BalasPadamsemenyih ngn beranang? tak penah dgr pun..
BalasPadamtapi kalau dkat2 highway/bandar..tanah selalunya mahal..
salam ziarah, perkenalan feel free to view my blog n blog shop
BalasPadamhttp://dakoris.blogspot.com
http://inq-collection.blogspot.com