Pasangan Ada Hubungan Sulit.

8:13 PG JunAina 16 Comments

Isu hangat sikit hari ini. Agaknya apa korang akan buat bila dapat tahu orang yang anda sayangi ada hubungan dengan perempuan atau lelaki lain kat luar?

1. Hantarkan aku pulang kerumah orang tuaku.

2. Terus-terusan menangis dan menyalahkan takdir (ermm...lelaki pun nangis ke?)

2. Cerai talak tiga (boleh ke isteri ceraikan suami sambil garu-garu kepala).

3. Gaduh macam orang kena histeria.

4. Bagi kata dua dia atau anda.

5. Tinggalkan dia buat sementara waktu minta cuti dari menjadi suami/isteri buat sementara waktu (bagi peluang untuk pasangan berfikir).

6. Cari perempuan tu ganyang je/cari lelaki tu belasah cukup-cukup.

7. Beri peluang kali kedua.

8. Muhasabah diri. Cari kesalahan diri sendiri sehingga pasangan anda sanggup curang pada anda.

9. Maafkan pasangan anda kerana setiap orang melaukukan kesilapan (tapi kalau buat lagi sendiri mau ingatlah ye!)

Hidup itu tak pernah seindah impian, tak semudah kita lakarkan warna pada sekeping kanvas tetapi impian juga kadang-kadang boleh menjadi lebih pahit dari realiti. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Tiada insan yang sempurna. Walaupun kita rasa sempurna tetap masih ada lompong-lompong kosong dalam hidup kita.


Cintailah aku seadanya kerana diri aku. Terimalah aku seadanya kerana hanya engkau yang mampu memayungi setiap kelemahanku. Gambar ehsan en.gugel.

You Might Also Like

16 ulasan:

  1. saya suka pilih yang nombor 5 tu.. tinggalkan dahulu pasangan buat sementara... bila2 kdua2nya berjauhan, insya Allah ada rindu dan boleh bermuhasabah diri..

    tapi bila time berjauhan pasangan kita bertambah2 jugak curangnya, pa lagi? Pilih lah yang nombor 6. Cari perempuan tu ganyang je/cari lelaki tu belasah cukup-cukup.

    Rasain lo... ehehe

    BalasPadam
  2. bab ni mmg tak reti nak komen sbb tak pernah jadi...nauzubillah...

    tapi saya ada kwn menghadapi masalah mcm ni..saya tak tau nak bg nasihat mcm mana, saya cuma berani dgr je kak...huhu...

    BalasPadam
  3. tanya baik2..
    selesaikan dgn cara rasional..

    BalasPadam
  4. Belum 'terkena' macam2 boleh kita kata, bila dah terkena barulah tahu macam mana rasanya. :)

    BalasPadam
  5. Salam jun..Hmm..kat ofis nie dah banyak tengok isteri datang jamin suami yg kena tangkap dengan khlawat dengan perempuan indon..ada yg datang dlm keadaan tenang..ada yg menangis..ada yg pengsan..kesian kan..sedih la rasanya kalau pasangan curang..tak nak..nauzubillah..

    BalasPadam
  6. perghhhh kalau terjadi pd mak, mak kasi ganyang dua dua sekali hehehehe

    BalasPadam
  7. no 8...

    tapi biasanya susah nak maafkan dah pasangan yang curang.. whatever the reason..cumanya.. tak pernah mengalami memang boleh cakap..bila dah hadapi sendiri.. tak tau la nak buat apa..lagi kalau yg anak2 masih kecik..

    BalasPadam
  8. Hmmmm...

    Tak tahu nak pilih plilihan jawapan yg mana satu...;)

    BalasPadam
  9. rasanya point kedua terakhir dan terakhir tu la jalan yg sebaik2nya...

    bawa berbincang dulu...jgn bertindak mengikut perasaan... :)

    BalasPadam
  10. suka ckp kias2 jer.. kdg2 dlm gurau sbb sy tahu asben saya mcm mana. Dia akan sendiri fikir.. lgpun dgn cara tu kalau btl dia buat, dia akan mengelabah tp x blh menidakkan @ marah. Kalau dia x buat dia akan cool & anggap benda tu gurau. nak serang2.. nak mengamuk.. nak gaduh smpai pecah umah tu.. tak kot. Selagi jodoh ni ada.. Insyaallah senakal manapun dia, dia ttp milik kita & Insyaallah dgn ketenangan kita hadapi suami nakal ni akan melembutkan hati dia... tak byk skit pn dia akan fikir.. "kalau bini org lain ni mau pinggan mangkuk melayang." mungkin dgn cara tu dia akan nampak keistimewaan kita berbanding org lain.

    BalasPadam
  11. "Mengapa perlu mencari kesempurnaan jika diri juga tak sempurna. Mengapa perlu mencari kejujuran jika diri juga tak pernah jujur. Kita tak perlu mencari seseorang insan yang sempurna untuk menjadi TEMAN, Cukuplah mempunyai seorang TEMAN yang menjadikan kita cukup sempurna bila bersamanya"...... saya cukup2 suka dengan ayat2 nih....

    BalasPadam
  12. emm...mungkin beri peluang kedua kot
    kalau jadi lagi seperti kata Krisdayanti la "i'm sorry good bye" le... :)

    BalasPadam
  13. pernah dengar orang kata, apa sekali pun, yang bersalah tetap pihak perempuan..ntah ler...

    BalasPadam
  14. harap sangat tak terjadi dalam keluarga kami

    BalasPadam
  15. minta dijauhkan benda ini terjadi... kalau terjadi juga ..anggap itu dugaan kepada kita...

    p/s: kalau saya tau saya memang ngamuk hahahahahahhaha

    BalasPadam
  16. Sy pilih 8..as u said setiap org ade kelemahan sendiri..the idea utk elak is makin berduit suami / isteri kita tu..makin kite sama naik pasang badan..bio perabih duit laki utk kecantikan kita jgn laki perabih duit utk kesenangan org luar..haha...suruh laki / bini pikir balik ustaz Don ckp..kalu perabih duit pada darah daging sendiri / anak yatim lagi berkat dr perabih duit pada mende yg x berpekdah...especially pd SKANDAL..buat tambah dosa jer...kiki

    BalasPadam