Melembutkan Daging Menggunakan Pemanggang Ajaib

3:07 PTG JunAina 20 Comments


Tahun lepas saya beli Pemanggang Ajaib Happy Call dengan harapan agar mudah saya hendak bakar-membakar tanpa perlu memedihkan mata menahan asap. Alhamdulillah impian termakbul jadi setiap minggu akan ada hidangan berasakan bakar. Ayam menjadi pilihan utama untuk dibakar.


Sejak mula persekolahan 2014 ketiga-tiga anak bersekolah pagi jadi aktiviti pagi sangat padat. Bangun pada pukul 4.30am saya memasak lauk makan tengahari sambil itu juga menyediakan sarapan pagi buat anak-anak. Sarapan mudah sebab biasanya adik lebih gemar sarapan ala-barat. Kalau saya menggoreng nasi pastinya perlu sekurang-kurangnya goreng kentang untuk dia.


Suatu hari bila badan keletihan minda terlebih rehat lalu saya terbabas. Jam 5.15am semua masih keras di peti sejuk. Sambil menguruskan dapur otak ligat berfikir dan akhirnya daging menjadi pilihan. Saya keluarkan daging potong dua dan rebus di dalam pemanggang ajaib. Sesekali saya buka dan pastikan ketulan daging terpisah. Alhamdulillah dalam masa 20 minit daging sudah empuk. Sejukkan sekejap dan potong nipis.


Kebiasaannya cili saya masak dan simpan di dalam peti sejuk. Saya panaskan sedikit cili tambah air masukkan daging biar mesra. Masukkan serai, daun limau purut dan bawang holland, nah dah siap 'paprik daging' segera saya. Mudah dan cepat.


Lepas ini boleh bereksperimen menggunakan pemanggang ajaib dengan cara lain pula. Suatu hari saya teringin mencuba buat kek menggunakan pemanggang ajaib pula.



You Might Also Like

20 ulasan:

  1. kak, dah nama pemanggang ajaib apa pun boleh
    aritu saya bakar ayam guna pemanggang ajaib bila buka tup-tup dah jadi ayam masak stim.
    ajaib sungguh!!

    BalasPadam
  2. Hampa..takde gambar..hahahaha
    Barang berguna. Value for money. Nnt buat kek bgtau ye.
    Sy blom ada lg Benda tu..huhu..bilakah masanya..

    BalasPadam
  3. Segalanya mudah dengan pemanggang ajaib kan....

    BalasPadam
  4. Penyelamat magic pan ni ye Jun.... cepat empuk pulak daging tu... akak belum cuba bakar daging lagi tapi akak dah cuba bakar kek... memang magic disitu kejadiannya Jun...

    Salam ukhuwah.... akak follow # 567.. jemputlah datang keblog kecik akak ye :)

    BalasPadam
  5. Banyak sudah akak dengar dan baca mengenai keajaiban pemanggang ajaib ini. Akak belum ada lagi,

    BalasPadam
  6. sekarang tengah famous benda ni...mana-mana je ada pemanggang ajaib. mak pun minta.

    BalasPadam
  7. wahh bgs jgk yer.. mmg ajaib ni hihihi 20 minit kira cepatlah jugak tu..

    BalasPadam
  8. nak carik jugak benda yg ajaib akan jadi milik sy dan ada kat dapur sy

    BalasPadam
  9. sesuai dengan namanya..pemanggang ajaib.

    BalasPadam
  10. Wah...blh lembut pakai pemanggang ajaib yer. Blh try nnt nih.

    BalasPadam
  11. Aina
    Kalau jadi kek nanti, share resepi ya...
    Akak nak try daging dulu...

    BalasPadam
  12. memang ajaib kalau tau guna dan pelbagaikan penggunaanya..jangan main sangkut ajer..hilang ajaibnya !

    BalasPadam
  13. nak try rebus daging gak la lepas ni..

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Aina

    saya pun ada 1

    tapi jarang guna...he he

    BalasPadam
  15. Teringin nak.beli pemanggang ni.. tapi sampai sekarang tak terbeli beli lagi..

    BalasPadam
  16. Serius kak? Wah memang ajaib.

    BalasPadam
  17. akak nak share resipi sket guna pemanggang ajaib ni, kite pun ada gak ni but tak idea nak create resipi la

    BalasPadam
  18. nampaknya kena letak pemanggang ajaib sbgai wishlist ni...mudah kerja ye

    BalasPadam
  19. wah sudah bagus nie..banyak fungsi pemanggang ajaib nie..

    BalasPadam
  20. Hebat jugak penangan pemanggang ajaib nikan JA...dpd bakar, rebus....semua serba boleh!

    BalasPadam