Pemanggang Ajaib Happy Call In The House

8:54 PG JunAina 9 Comments

Hari tu Aina ada oder 'Pemanggang Ajaib Happy Call' melalui dalam talian ceritanya kat sini. Katanya penghantaran mengambil masa 15-30 hari jadi sabarlah menunggu. Tiba-tiba hari Jumaat lepas penyambut tetamu kat pejabat telefon mintak ambik barang kat tingkat 18. Uikss...laju pulak sampainya.

Inilah dia barangnya yang ditunggu. Bawak balik hari yang sama jugak heret naik komuter nasib baik tak berat sangat tapi berpeluh tiak jugak le jalan dari Dang Wangi ke Stesyen Komuter Bank Negara sambil-sambil tu sempat jugak tawaf SOGO seround. Kata kawan ada mambercard sale tapi bila pergi SOGO macam biasa ja, nasib baik Aina nak buat kecoh kat blog kalau tak mau ada yang hangin. Tipah tertipu rupanya.

Gelojoh nau, kat pejabat terus bukak. Kena check jugaklah mana tahu rosak ke kan susah. Sila abaikan meja saya yang sangat bersepah.

 Ambik ko! Sekali buka buku panduan tu semua tulis bahasa ibuda depa Bahasa Korea! Sepatah haram pun tak faham. Lepas ni harus belajar bahasa Korea. Hanya mampu pandang gambar jelah.

 Balik rumah gigih perap 'lamb shoulder' yang ada dalam peti ais. Terus guna pulak tu, tak menyabar. Barang baru haruslah trykan. Overall ok tapi kalau bakar dalam pemanggang ajaib ni daging tu sedikit kering berbanding bakar dalam pan biasa. Rasanya walaupun dapur melekit selesa guna pan biasa lagi best kot tapi mungkin ini percubaan pertama belum serasi.

Resepi Perap Kambing.

Bawang putih
Halia
Sos tiram.
Lada hitam (pilihan Aina tak letak)

Tumbuk bawang putih dan halia. Semua bahan lumur pada 'lamb shoulder' dan perap 4-5jam. Aina tak perap pun lumur je terus masuk pan. Makan dengan baki 'black papper sos' yang buat minggu lepas. Minggu ni tak ada kentang putar mahupun salad coz makan dengan nasi.

Pesanan buat Dr.Singa eloklah tak beli pun nanti tambah koleksi perhiasan kat dapo lak...kahkahkahkahhhh... Belum dapat excited dah dapat rasa inilah kehendak bukan keperluan (tepuk dahi).


You Might Also Like

9 ulasan:

  1. kihkihkihhhhhhhhh....


    tak pe..
    boleh masak beger!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pan 10 hengget saya pun boleh masak beger doc. Pastu kalau dah calar2 tu buang je beli baru...ekekee...

      Padam
  2. dee bakal dapat ni..tapi brand ikan tu..menang glassware..pemanggang ajaib generation 2..lagi excited sbb orang bagi as birthday gift..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dee ko demand dgn geng pelangi eh...tak acilah kita beli sendiri je. Tapi hujung minggu ni nak try bakar ayam lak.

      Padam
  3. betul punya excited ni..balik terus eksperimen ye. kalau saya pun...sama jugak! haha.

    mak pun dok beria-ia nak beli pemanggang ajaib ni. katanya kat langkawi boleh dapat harga lebih murah. simpan hajat dulu.hehe.

    BalasPadam
  4. Utk keluarga tak ramai boleh guna ini Aina tapi kalau kena ikan caru besar nak bakar memang tak muat pun. Kalau ikan kecik boleh.. itu pengajaran yg kakak kena...

    BalasPadam
  5. nak beli jugaklah pemanggang ajaib nie... :D

    BalasPadam
  6. Salam aina..

    tergoda tgk lamb shoulder tu.. tq ye berkongsi resepi perapan.. dari hari tu mmg plan nak beli pan tu.. dah order siap habis stok pulak.. sudahnya sampai skrg tak beli.. he..he.. bila baca kome aina utk dr.singa terus rasa mcm tak beli pun tak apa sbb takut jd perhiasan jgk nnt he..he..

    BalasPadam