Bayar Saman Punya Cerita.

5:09 PTG JunAina 13 Comments

Promosi berakhir hari ini dengan potongan nilai saman sehingga 50% selepas ini sendiri mau ingatlah!
Tak perihatin atau memang tak mengambil tahu tiba-tiba ja dapat tahu pada hari Khamis yang promosi untuk membayar saman akan tamat pada hari Isnin 28.2.11. Dek kerana kesibukan pada hari tersebut tak sempat nak menginternet untuk bayar saman. Esoknya Jumaat pagi-pagi lagi dah buka internet kat opis, hah!!! Tau apa jadi...


Sampai la hari ini tak boleh masuk jugak. Saman tu biaq pilah tang tu nak kena bayaq RM300 pun tak palah, tak sanggup pi beratoq lama-lama di Balai Polis Trafik mahupun di Pejabat Pos, lepaih ni kalau kena blacklist pon apa buleh buat...biaqlah Luncai makan labu-labunya...hikhikhikkk...
Adoyaiii!!! Bukan saman apa pun, satu saman speed trap kena kat Sungai Besi. Geram sungguh balik sampai Perelih dok speed alhamdulillah tak pernah kena lagi, tup-tup hat sejengkai nak pi rhumah pulak kena.Ishhhkkk...sakittttt....betoi hati ni!!! Mutu buruk ceq tu pon kena jugak ada tiga saman 'traffic obstruction' yang tu kena area KL dalam 4 tahun lepas. Obstruction tang mana tah mutu kecik tu! Menyampah...nak buat lagu mana tu kereja depa biaq pi la kat depa no, kalau depa tak saman sat ni orghang kata depa tak buat kereja pulak...

Itu bab saman polis bab saman DBKL tak kira lagi. Parking mutu tak sedia bila orang parking kat kaki lima Pertama Kompleks depa saman, tang tu saja berapa banyak mutu dok parking tiap-tiap hari kayalah DBKL(termasuk ceq dok pi shopping kat SOGO...hehehee...). Agaknya pasai orang ramai dok komplen la ni depa buat parking mutu dah tepi tu. Tak dak la orang buat salah bila ada kemudahan.Dulu tu bulan posa Aina parking mutu hujung sebelah ARIANI rasanya tak ganggu pun pas tu kena saman, kebetulan masa tu penguatkuasa tu ada area situ lagi. Aina tanya depa, saman tu saman jugak encik habis semua lot parking mutu jadi gerai kami nak parking mana? Sana kutip hasil sini pun kutip hasil ka? Dalam nada sinis ja coz tak mau nipiskan pahala posa ceq...

Nukilan Aina: Saman oh saman kalau tak mau kena saman naik bas sajalah bagi dreba bas ja yang kena saman. Entri geram...sampai keluaq bahasa ibunda...hahahaaa...

13 Rider Beraksi:

1st Give-Away by DeeKuntum

5:58 PTG JunAina 8 Comments

Percubaan pertama Aina sertai GA dan harap bertuahlah badan kali ini. GA dari Puan Wahidah dan ditag oleh NURKAS . Tocey-tocey...

Entri ini special for this GA...mempersembahkan TADAAAAAAA.....

GA ini telah di lahirkan kat SINI, jom jalan-jalan...
Akan berada di pasaran hanya sehingga  12 malam, 28 Febuari 2011

Aina nak tag sapa ek...first time nak tag orang ni...
zafiranabilah

azzey
dan anda dikira sesangat bertuah...

8 Rider Beraksi:

Lawak Petrol Pam

9:17 PG JunAina 19 Comments


Pagi ni merempit sendirian membelah angin pagi yang sejuk sambil tu menjeling-jeling meter minyak, dah merah pulak dan buat keputusan singgah di Shell sebelum tol Sungai Besi. Jarang pun singgah kat sini coz kebiasaannya Pak Tuan akan ambil minyak kat Petronas Teknologi Park, di sebabkan malas nak jalan pegi bayar kat kaunter singgah le kat situ.

Pekerja berasal dari Bangladesh melayan dan Aina namakan dia sebagai Bangla kat sini. Berikut perbualan kita orang (ishkkk...macam soalan SPM la pulak...hahahaa...)

Bangla: Brapa (dengan telor Bangladeshnya.)
Aina angkat tangan tunjukkan tiga jari, dia nampak macam blur cepat-cepat Aina cakap tiga (hari ini last kerja untuk minggu ini minyak tak leh masuk banyak coz kat rumah banyak penyangak kadang-kadang curi minyak jugak, almaklumlah duduk rumah bertingkat-tingkat moto kena le tinggal kat bawah.)

Bayar duit dan pusing angkat pam.

Bangla: Boleh masauk sendri ka?

Aina: Boleh. (Sambil anguk.)

Bangla: U Melayu ka? (Hah! Apa rupa aku ni nampak macam Bangla ke? Pepagi bikin hangin.
Bukannya Aina pakai helmet full face pun, agaknya dia ingat Aina ni Indonesia kot)

Aina: Melayu (sambil senyum-senyum paksa).

Bangla : Mana kerja?

Aina: KL (sambil tu dok pam minyak).
Bangla: Selalu sini ka?

Aina: Jarang-jarang (layan nak tak nak je).

Bangla: U dah kawen ka?

Aina: Dah!!!!! (Hahahaa...ada hati nak try-try...kalau bulum kawen pun ceq tak mau la, baik cari orang Melayu jugak.)

Adoyaiii!!! Mau berayaq mata gelak sorang-sorang sambil bawak motor. 

Nukilan Aina: Bukan ingin memandang rendah, jauh sekali ingin menghina tetapi kalau dapat minta dijauhkan berkahwin dengan bangsa asing. Banyak yang kita lihat yang kita dengar yang kita baca masalah-masalah yang timbul di pengakhirannya. (Ada anak bawak lari balik negara dia mana nak cari...waaa...)

19 Rider Beraksi:

Merlimau. Agaknya banyak ke limau kat sana?

10:43 PG JunAina 11 Comments

Merlimau? Jenuh le agaknya makan limau! Hahahaa…tugasan terbaru Pak Tuan makan limau kat Merlimau tapi still nak makan mee bandung Muar jugak dan pekena beriani gam Air Itam yang glamer tu. Pasai tulah tugasan kat Merlimau duduk kat Muar.

Bermulalah edisi merempit sendirian lagi selama hampir dua minggu. Bila dah lama selesa kat belakang terasa peritnya nak merempit sendiri, ishhkkk...banyak sungguh kereta kat KL ni. Jenuh le nak mencilok sana-sini, nak mengelak kereta dan lubang jugak. Jalan raya kat KL ni kereta banyak lubang pun banyak jugak. Kenapa tak bawak kereta? Kalau dengan kereta ceq lagi merana, pukul 7 keluar rumah agaknya pukul 9 sampai opis kot. Jalan Tun Razak tu menyiksakan batinlah, pas tu Jalan Sultan Ismail traffic light dia menyakitkan mata. Lagipun spesis tak tahan jem macam Aina ni tak leh bawak kereta dalam KL kecuali terpaksa.

Balik memalam pulak tu, gerun jugak tetapi tawakkal jelah kita keluar rumah dengan ikhlas nak mencari rezeki. Berserahlah kepada Allah (s.w.t) dan memohon segala kebaikan buat kita. Bukan takutkan apa cuma takutkan orang coz sekarang ni macam-macam perkara dah jadi tambahan perempuan pulak merempit sendirian dari KL ke Kajang takut ada yang berniat jahat. Bab pancit tak risau sangat coz sejak guna rim sport dan guna tayar tiubless jarang-jarang sangat le nak buat perangai. Sebelum tu sebulan pernah 3-4 kali kena. Serik tolak motor kat highway tukar guna rim sport, rabak jugak poket...

Hujung minggu ini ada harapanlah nak pegi makan limau kat Merlimau! Nak soh Pak Tuan booking limau banyak-banyaklah...heheheh...

Nukilan Aina: Buat semua kekngkawan hari ini tak dapatlah nak buat blogwalking, kerja tengah bertimbun lagipun hari sabtu ini tak mau kerja, nak pi makan limau! Petang-petang sikit ceq curi-curi masa na...

11 Rider Beraksi:

Kehidupan

10:54 PG JunAina 4 Comments



Mentari muncul lagi…
Menyimbah sinar keemasan...
Serata pelosok alam...
Memberi nafas kepada setiap insan...
Membawa hidup sekelian alam...
Titis embun mula menyirna...
 
Langit membiru..
Awan gemawan mencorak rindu…
Gelap tanah mewarnai penghidupan...
Cuaca cerah meraikan alam...

Bermulalah hari baru...
Bermulalah detik nafas yang baru...
Memanjat syukur pada yang SATU...
Bertafakur memohon restu...
Hari ini moga lebih baik dari semalam....

4 Rider Beraksi:

Bicara Tentang Hati

10:13 PG JunAina 19 Comments

 
Sekadar ganbar hiasan. TQ enche.google. 

Kata orang hati wanita sukar di duga...
Tenang di luar berkocak di dalam...
Kata orang juga hati wanita sukar di baca....
Entah apa yang di fikir entah apa yang dirasa...
Ada juga orang berkata hati wanita mudah rapuh...
Kekadang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Bagi mereka hati wanita mudah tersentuh...
Jiwa dan hatinya mudah terusik, terlalu halus...
Bagi mereka juga sekeras hati wanita umpama kerasnya kerak nasi...
Disiram-siram lembutlah ia...

Namun mereka terlupa...
Hati wanita juga
Tak bisa di usik apatah lagi terusik...
dan...
Ada ketikanya hati wanita bisa menjadi sekeras kerikil...
Menjadi sedingin salju...
Membeku...
Dan selepas itu tiada lagi kata-kata maaf bisa dilagukan!

19 Rider Beraksi:

Apa nak jawab?

8:06 PTG JunAina 6 Comments

Petang ini dalam kesibukan bekerja tiba-tiba sms berbunyi kat my pinky...dan tertera nama HAYANI my beloved daughter. Buka sahaja sms terkaku aku membacanya...
Hayani bersama si kecil-anak tumpang sanggup tinggalkan umi nak ikut mama berjalan.


Macam mana nak jawab soalan ini agaknya?

Nama mak tok apa? Tentu-tentunya Hazizah, mak sendiri takkan lupa.
Keluarga arwah apa? Nama isteri ayah arwah apa? Ishhkkk...soalan jenis apalah yang anak aku tanya petang-petang macam ni. Sayu saja dengar dalam bedebar-debar.

Terus angkat telefon dan call dia. 
'Kakak tanya apa mama tak fahamlah?'
'Ni hah ada kerja sekolah cikgu nak esok. Isteri kepada bapa arwah nama apa?
Aina pun pening-peninglah nak jawab soalan dia, pelan-pelan susun balik ayat dia. Di hujung sana sudah terdengar suara mendengus, marah agaknya sebab maknya tak faham-faham lagi.
'Ooo...nenek le tu. Namanya Hajah Mariam'
'Abdul Rahman tu bin apa, berapa adik beradik dan nama dia orang?'
'Aaaa...' terngangalah mulut maknya hendak menjawab.

Nukilan Aina: Bila putus kasih dan terputus juga silaturrahim sesama keluarga inilah akibatnya. Anak-anak menjadi mangsa, buta salasilah, tak kenal keturunan. Akukah yang bersalah atau memang inilah takdir anak-anak? Al-fatihah buat Hajah Mariam, Haji Abdul Rahman dan Satmi Abdul Rahman, sejarah dahulu tersimpan jauh di sudut hati tanpa dendam kerana masih ada yang sudi menerima seadanya dan melayari bahagia insyaallah sehingga ke hujung nyawa.

6 Rider Beraksi:

Mentor Vs Protege.

10:17 PG JunAina 8 Comments

Dalam kesibukan menguruskan kerja rumah yang tak habis dari pagi membawa ke malam hari ,sempat juga le layan-layan tv tapi masa berita tu wajib le tak boleh alih-alih siaran coz mama menggunakan kuasa VETO kalau masa lain tak apa. Tv pulak dah tinggal satu entah bila boleh berganti, mengadap le tv kecil yang dibawa keluar dari bilik belakang bila tv utama rosak. Dah berbulan tapi belum berganti walaupun sudah ada idaman hati.




Sesungguhnya bukan cerita itu yang nak dikongsi. Lepak-lepak yang tak lepak sangat coz masih mencuri-curi masa melipat baju sambil melayan TV3 dan rancangannya adalah MENTOR. Malam tadi mentornya Rahim Maarof, Noh Hujan, Sharifah Aini dan Edry (KRU) juga seperti biasa Ajai akan turut bersama dan berpusu-pusulah remaja-remaja kita berbaris panjang nak menguji bakat (yang hairannya pergi majlis keilmuan tak ada pulak yang sanggup macam tu, yelah berbaris dari pukul 6 pagi!).

Bermacam-macam jugaklah ragam dan gelagat yang dapat kita lihat dan kadang-kadang kita sendiri tak berapa sanggup nak lihat. Kadang-kadang nampak macam memperbodohkan diri sendiri pun ada, apa taknya kita kat luar ini pun naik malu nak tengok gelagat dia orang kat tv. Sampai sanggup menangis, ada yang sanggup jual PS, beremo tak tentu pasal bila tak terpilih, sanggup tidur kat kaki lima, ada pergi dengan harapan ingin mengubah masa depan keluarga. Paling tak tahan bila datang Kuala Lumpur tak ada tambang nak balik dan Ajai pulak bagi duit tambang!

Itulah minat dan kegilaan insan. Sepatutnya bila ingin berbuat sesuatu kena ukurlah baju kat badan sendiri, mampukah kita nak buat. Boleh pergi ke uji bakat tapi pastikan persiapan dibuat dengan rapi jangan main hentam sahaja. Tak salah nak masuk MENTOR atas apa alasan sekalipun tetapi jangan sampai menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling kita semata-mata gila nak jadi artis!

Nukilan Aina : Kalau boleh nak didik anak-anak jangan sangat menyintai dunia hiburan, kalau dapat biar lebih kenal alim ulama tanpa meninggalkan perjalanan dunia. Mampukah kita?

8 Rider Beraksi:

Segmen senyum tak nampak gigi.

2:08 PTG JunAina 10 Comments

Macam best je baca segmen senyum tak nampak gigi kat sinarraudah so tergerak pulak hati ini nak join segmen yang di anjurkan muazatuladawiyyah coz Amy dah tag semua pengujung kat blog dia Aina pun ambik kesempatan le memeriahkan lagi segmen.

Kebetulan Aina memang jenis senyum tak suka buka mulut, ambik gambar kebanyakannya senyum tak nampak gigi dan kawan-kawan selalu bising buka le mulut tu baru nampak meriah. Kebanyakannya senyum macam paksa je tapi gambar kali ini macam best je so Aina pilih gambar ini...!!!!


Nampak sangat macam terpaksa senyum....tapi itulah senyum original tak der paksa-paksa mungkin Aina ni tak pandai senyum kot.


Alamak lupa pulak...dengan ini secara rasminya Aina TAG semua pengunjung-pengunjung blog ini untuk sama-sama memeriahkan segmen ini.

10 Rider Beraksi:

SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH

5:38 PTG JunAina 22 Comments


Jalan-jalan makan angin tadi tiba-tiba terbaca kat halaman nurkas berkenaan 
SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH dari ABANG BEN ASHAARI, teringin pulak nak join.

Kira blogger baru jugak le, baru setahun dan baru 3 bulan kebelakangan ni aje aktif sebelum ini tak sempat dan tak pandai jugak nak berblogger. Kadang-kadang boring buat kerja sebagai selingannya rajin-rajinkan jari update blog, lebih baik le dari dok berborak kosong tanpa tujuan.

Apalagi jom ramai-ramai meriahkan segmen Abg Ben ni, sesuka hati jekan entah-entah dah layak di panggil Adik Ben hahahaaa...


Peringatan : Tawaran Sah Hanya Sehingga Malam Ini Sahaja
Jangan lepaskan peluang ni ye...

22 Rider Beraksi:

Persimpangan Dilema.

1:22 PTG JunAina 27 Comments

Berada di sini atau pergi membawa hati. Argghhhh...setelah hampir 7 bulan berada di sini, bertungkus lumus bekerja dengan harapan biarlah segalanya berakhir dengan sempurna. Hati yang terluka dulu kini semakin sembuh tiba-tiba kelukaannya kembali berdarah. Selama 7 bulan itu jugalah aku berhenti berharap dan belajar menerima kenyataan dan setelah selesa di sini dan hati semakin terpaut, patutkah aku kembali....

7 bulan yang lalu aku dilepaskan untuk bersama projek lain dengan alasan baik untuk aku belajar, bukan setakat projek lain tetapi juga bersama lead baru dan juga dipindahkan ke bangunan baru. Seperti dalam entri aku sebelum ini dan di sini. Bukan sedikit kecewa kerana setelah 3 tahun bekerja bersama, keserasian sudah ada aku terpaksa berdepan dengan susana baru. Belajar memahami lead yang baru dan mengikut rentak team member yang baru. Alhamdulillah berkat kesabaran, berkat redhanya aku pada kehendakNya semua dapat dilalui dengan baik.

Sehingga masalah tenaga kerja timbul dan wujudlah desas-desus ingin menarik aku semula bersama team lama kembali. Wajarkah? Patutkah aku pergi sekiranya ada arahan dari HOD? Aku keliru, perlukah aku memberi alasan untuk tidak pergi, bukan kerana dendam, bukan juga kerana sakit hati tetapi sangat banyak yang dapat aku belajar dari projek ini. Benda-benda baru yang sepatutnya aku tahu tetapi aku tidak tahu semasa berada bersama team lama, terasa betapa kekurangan diri ini.

Ya, inilah hikmahnya. Projek yang orang lain tidak ingin pergi kerana lead yang lebih mementingkan pendapat sendiri telah mengubah aku menjadi seorang yang lebih proaktif, lebih ingin belajar bukan hanya menerima sahaja arahan dan apa sahaja yang disuap kemulut tanpa ada pertanyaan!



27 Rider Beraksi:

MANAGEMENT BRIEFING.

12:02 PTG JunAina 14 Comments

Minggu lepas dapat email jemputan untuk Management briefing, bukan main lagi buat kat
Ballroom A, Level 1, Convention Centre, Renaissance Hotel Kuala Lumpur. Huhhhh...mengabiskan duit ja briefing pun nak buat kat hotel bagai, dulu boleh pulak buat kat consference room je.

Apa le cerita gamaknya, angin-angin dah melanda mungkin akan pindah ke THE INTERMARK yang diberi nafas baru oleh new management yang asalnya adalah Empire Tower. Hijrah lagi...tapi kali ini hijrah ke tempat asal coz sebelum ke Sunway Tower memang office kat sana.

Habis increement dan bonus tahun ini disalurkan ke renovation dan movers lagi, bukan sikit-sikit anak untuk pindahkan hampir 800 staff dan belum masuk client lagi. Mengada-ngadalah dia orang ni nak menjaga kerenah client staff pulak terpaksa berkorban. Long term business kena le ikut cakap client kot-kot nanti tak dapat projek baru lagi haruuuu...Tak dinafikan memang duduk kat Sunway Tower mat-mat saleh susah nak makan, kita orang ok jer banyak stall tapi kena jalan keluar bagunan sikit le. Kalau kat THE INTERMAKRK dekat dengan Ampang Park banyak kemudahan dan pilihan kat situ.

Apa pun masih mendoakan yang terbaik untuk close account June nanti. Juga mengharapkan persembahan terbaik dari management petang ini....



14 Rider Beraksi:

Hak-hak Pengguna

10:48 PG JunAina 12 Comments

Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:
 
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
 
Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.
 
Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
 
Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
 
Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.
 
Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.
 
Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.
 
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

  
Di copy dari sini sebagai panduan untuk kita sebagai pengguna. Memang panjang sikit kalau nak baca. Sebenarnya apa yang ada di atas tu cuba Aina kaitkan dengan gambar kat bawah nie coz ini adalah contoh terdekat kita sebagai pengguna.


Kita boleh nampak tertulis baucer KFC sebanyak RM 5 pada bungkusan biskut berkenaan dan tentulah ianya penghargaan syarikat pengeluar kepada pengguna-pengguna yang membeli biskutnya.


Menghairankan bila pada tanda harga di sebuah pasaraya yang tak berapa nak besar sangat ini siap tertulis NO FREE BAUCER!!! Kalau anda dapat membacanyalah, terletak kat bawah tanda harga dengan tulisan merah dan tanda seru sekali. Di mana silapnya, adakah salah pengeluar atau peruncit yang mengambil kesempatan? Apa yang pasti syarikat pengeluar akan turut terkena tempiasnya.

Tepuklah dada tanyalah hati perlukah kita membeli bila kita sudah rasa tertipu, memang di tulis tiada baucer tetapi kenyataan yang tidak dapat di sangkal perunciit mengapa mesti ada tertulis pada bungkusannya.

12 Rider Beraksi:

Nikmat sihat yang di tarik Allah.

1:09 PTG JunAina 13 Comments

Salam ceria semua...

Dua or tiga hari tak sempat nak menjengah ke halaman ini terasa rindu pula, rindu hendak menulis sesuatu di sini walaupun kekadang ianya hanyalah catatan peribadi dan rindu juga pada halaman kengkawan yang tak pernah putus idea untuk menulis. Hari ini hari Jumaat sementara hero-hero kat opis ni pergi bersolat sempat le menjengah sekejap, melepas rindu...

Dalam kesibukan kerja yang tak berpenghujung coz projek ini hanya akan habis pada bulan November dan mungkin akan berpanjangan jugak hingga awal tahun depan, anugerah sihat yang Allah berikan ditarik sementara waktu. Alpa dengan tugasan sehingga mengabaikan kesihatan jadi cik gastrik pun datang menyapa, mengejutkan dan mengingatkan serta memberi isyarat yang badan juga memerlukan rehat.

Sejak tiga hari lepas inilah teman setia, nikmat sihat ditarik bermakna nikmat makan juga telah ditarik. Sekarang hanya bersarapan dengan roti putih dan susu, makan hanya rebus-rebus sahaja seperti sup, ikan kalau dapat bakar tapi biasanya makan ikan goreng. Tiada lagi cili, makanan yang berminyak, bersantan dan berempah. Terasa hambar hidup ini.

Menanti untuk minggu seterusnya, andai keadaan tidak berubah kenalah ambik package percutian kat mana-mana hospital untuk buat rawatan seterusnya. Kerisauan coz tiga tahun lepas doktor dah detact ulser kat perut melalui endoscopy dan dinasihatkan untuk menjalani endoscopy sekali lagi. Siap warning....ULSER...ULSER AKAN JADI KANSER!!

Jagalah kesihatan! Sayangilah diri anda dan keluarga.

13 Rider Beraksi:

Kebizian dan Kebusanan.

10:13 PG JunAina 6 Comments

Maaf ya kengkawan semua, sehari dua ni tak sempat nak jenguk-jenguk mana-mana halaman pun. Halaman sendiri pun rasanya bakal bersawang sehari dua. Insyaallah ada masa Aina akan jalan-jalan...buat masa sekarang nie tengah kebizian yang sesangat dan keboringan yang melampau...coz benda kat bawah nielah...



6 Rider Beraksi:

Terima bunga dan hatinya pun berbunga-bunga.

2:34 PTG JunAina 5 Comments

Caramu Mencintaiku
Menjauhkan kecurangan
Seperti bintang
Yang setia pada bulan

Memegang kukuh janji
Menemani aku sampai mati
Terpasung hati
Tulusmu mendampingi diriku

Makin aku cinta
Cermin sikapmu yang mampu
Meredam rasa keakuanku
(Mengerti, memahami cinta)

Caramu memanjakanku
Kau rujuki kesejukan pagi
Memasung hati
Tulus aku, memasrahkan diri

Jangan pernah terbesit hati
Meragukan kesetiaan yang tercurah
Aku dan dirimu ditakdirkan satu
Langit jadi saksi


Agaknya macam manalah ekspresi wajahnya bila terima bunga ini. Terkejutkah? Terujakah? Yang pasti hatinya pun bunga-bunga...




5 Rider Beraksi:

Isteri ikut kekasih

2:17 PTG JunAina 12 Comments

'KUALA LUMPUR: Pertemuan semula dengan kekasih lama yang dijejak melalui laman sosial facebook menyebabkan seorang isteri hilang pedoman apabila lari meninggalkan suaminya untuk tinggal bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya itu.
Lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya.

Bertindak atas laporan suaminya, wanita itu bersama bekas teman lelakinya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam, Rabu lalu.
Sumber Jais berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih terbabit gagal membuktikan mereka mempunyai ikatan sah mengikut hukum syarak apabila disoal siasat.'

Laporan penuh rujuk ke sini.

Apa nak jadi dengan dunia sekarang, selalunya kita di suapkan dengan cerita kecurangan suami yang membuatkan isteri menderita. Bersesuaian dengan sifat wanita yang halus, penuh kasih sayang dan kesetiaan jarang-jarang ada wanita yang berbuat onar di belakang suami. Cerita ini memang betul-betul menjatuhkan martabat wanita sebagai isteri dan ibu.

Siapa yang harus disalahkan antara isteri, suami atau facebook.


12 Rider Beraksi:

For Him - Selamat Ulangtahun Kelahiran.

12:07 PTG JunAina 1 Comments

Kesibukan kerja terlalu membataskan waktu untuk keluarga sejak akhir-akhir ini. Anak-anak sudah mula merungut dan membanding-bandingkan dengan si ayah dan umi yang masih ada masa bersantai bersama mereka berbanding mama dan abah yang ada sahaja urusannya. Kekangan tugasan di pejabat juga membuatkan masa untuk anak-anak semakin terbatas. Sejak lepas Hari Raya bermulalah edisi kerja tanpa henti walaupun di hujung minggu. Terasa sangat penat dan letih.

3hb Febuari - masih berkerja dan tugasan hanya dapat diselesaikan pada pukul 6 petang. Hari ini juga hari ulangtahun kelahiran Pak Tuan walaupun sudah banyak angkanya seboleh-bolehnya sebagai isteri keinginan untuk menyediakan sesuatu yang agak istimewa tetap ada. Seusai kerja, bekejar balik ke Kajang dan sempat jugak mencari-cari menu yang senang untuk di sediakan. Memusing setereng  kereta ke kedai kek dan berkira-kira seandainya kedai tutup terpaksalah menghala ke Bangi pula. Kedai pertama...tutup, terus ke Pekan Kajang dan alhamdulillah masih ada kedai kek yang buka di cuti Tahun Baru Cina.

Balik ke rumah singgah ke kedai, beli ayam dan bahan-bahan untuk memasak yang paling cepat dan mudah. Sibuk di dapur tuan punya diri entah ke mana, punya urusan di luar agaknya. Selesai memasak dan semua di hidangkan di atas meja cuma menunggu si birthday boy (ahaksss...). Lepas magrib baru terpacul tuan punya diri dengan senyum meleret. Alahai...

Hanya  ini yang mampu di sediakan dalam masa tak sampai 2 jam. Ringkas dan mudah, masak sup ayam dan rebus bihun so terhidanglah bihun sup dan sebiji kek dan tak lupa secawan kopi buat Pak Tuan.
Teruja dengan besday kek yang biasa-biasa aje, tak sabar-sabar nak potong dengan permintaan tak nak lilin ye...malu kat anak-anak...hahahaaa...
Semangkuk bihun sup, memang simple tapi habis jugak seperiuk supnya...

Penat memang memenatkan tetapi tidak ada apa yang lebih menggembirakan bila melihat orang-orang yang kita sayang tersenyum gembira tanda terima kasih. Hilang penat hilang letih...hilang segala lelahnya...

1 Rider Beraksi:

Sedingin Hati

10:31 PG JunAina 12 Comments

'Melangkah longlai ke jendela, merenung mentari yang seakan malu untuk menyinar. Di luar udara dingin sedingin hati ini. Tika begini terasa ingin terus beradu, lena diulit mimpi walaupun ia bukanlah pasti. Dipaksa juga kaki ini untuk terus melangkah, melawan kehendak hati, menidakkan kehendak nafsu sendiri. Masih ada tanggungjawab yang masih perlu dilangsaikan, masih ada kesinambungan yang harus di teruskan.

Wahai hati...sabarlah. Dingin yang melitupimu akan hilang seketika nanti, apabila semangat membara mula menguasai suasana. Berilah masa hati...dinginmu hanya seketika...'

Aku masih di sini melayan hati sedingin salju, memujuk hati dalam sendu. Berteman 'drawing' yang bertaburan di meja. Sunyi sepi di tika ini, tiada suara, tiada gelak ketawa, tiada juga bisikan manja...hanya aku bertemankan drawing dan komputer dan sekiranya ada pun cuma suara DJ di radio...

Buat Pak Tuan, bersabarlah sayang...hari lahirmu tak mungkin ku lupa. Pasti ada kejutannya nanti cuma mungkin agak terlewat kerana adinda masih ada tugasan yang perlu diselesaikan tika orang lain sibuk bercuti. Tanggungjawab kedua yang masih perlu dilangsaikan. Apa pun Blackberry tu jaga bebaik ye...tanda kasih, tanda sayang tetapi takkan mampu dibeli rasa kasih dan rasa sayang ini, tiada nilai...

Buat suami kesayangan hamba terimalah rose biru ini, warna kegemaranmu dan juga kegemaranku...
Rose biru - sesuatu yg misteri atau awak telah mendapat sesuatu yg tidak mungkin... 

12 Rider Beraksi:

Entri Stress : LTDL

6:48 PTG JunAina 17 Comments


GERAM!!! MARAH!!! Atau aku yang tak perihatin?

4 jam tersekat di dalam jem yang teruk kerana LTDL, hanya mampu memandang bangunan office yang terletak hanya 500 meter di depan dengan hati yang panas membara. Hanya kerana tak dapat melintas Jalan Sultan Ismail yang ditutup aku merana di dalam kereta selama 2 jam. Siap tutup enjin kereta lepak-lepak kat luar dengan pemandu lain yang rata-ratanya 'hero'.

Sebelum keluar office sudah berkira-kira adalah sempat sekiranya sampai semula ke Kuala Lumpur sebelum pukul 2 petang coz pelumba LTDL dijadualkan sampai ke Dataran Merdeka pada pukul 3.15 pm. Sangkaanku meleset...sampai sahaja di u-turn selepas Pertama Komplek pada pukul 1.50 petang kereta aku yang pertama di tahan. Chesss...memang tak ong hari ini.

Memang makan angin betul, dari Jalan Raja Laut nak masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit semua telah ditutup, makan angin sehingga Jalan Sentul pusing balik ke Jalan Kuching dan masuk ke Jalan Tun Razak. Ambil Jalan Ampang dan sampai KLCC jalan dah tutup, alahai... Pusing ke Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak kembali masuk Kampun Baru dan Terus ke Jalan Raja Abdullah dan ngam-ngan sampai polis angkat tangan lagi. Waaa...macam nak meraung kat situ. 2 jam lepak tepi jalan...habis pelumba lalu jalan sesak sangat nasib baik aku hanya lintas traffic light dan terus masuk parking depan office kat Wisma RKT.

Rosak program aku hari ini. Drawing masih banyak kat atas meja belum di sentuh dan sekarang terasa nak balik. Daaaaa...

17 Rider Beraksi:

Edisi Makan-makan di Angkasa

10:14 PG JunAina 4 Comments

Tiba-tiba rezeki datang bergolek, dapat pergi Restoran Berputar Seri Angkasa
aktiviti `get together' Electrical Department. Juga dapat vaucher shopping kat Jaya Jusco, Parkson atau Isetan pilih je yang mana suka bernilai Rm280. Best...dah kenyang boleh shopping-shopping pulak. Boleh le beli barang-barang yang sekiranya nak keluar duit sendiri tu sayang sangat. Aina pilih Jaya Jusco tak ada nak shopping apa pun mungkin simpan untuk shopping raya dapat juga jimat belanja raya...Walaupun duduk KL dah berbelas tahun inilah 1st time pergi Menara Kuala Lumpur. Menyimpan hajat nak bawak anak-anak pula selepas ini.

Restoran Seri Melayu ni mengidangkan menu Melayu sebagai sajian utama, ada nasi putih, beriani, lemang, rendang, asam pedas pun ada dan macam-macam lagi. Di sebelah hujung nun di sana, ada jugak disediakan menu makan ala-ala barat dan ada kaunter pencuci mulut yang memang le menjadi tajuk utama Aina hari itu. Tak banyak sangat pilihan tapi paling suka puding roti, kek coklat dan aiskrim yang pelbagai perisa. Macam biasa penutupnya tentulah secawan kopi.

 Hidangan utama nasi dengan pelbagai lauk.

Hidangan ala-ala barat.
 Me adn my project lead Mr.Mansour Nessabi.

 Electrical Department Gurls...

 Head Of Department En. Abdul Rahman.

Electrical Principal Advisor Mr.William Frederik De Vos and my project lead.
 
 Pemandangan dari angkasa.

Kemana-mana juga pergi inilah yang menjadi fokus Aina, segala jenis pencuci mulut yang boleh membuat air liur meleleh. Yummy...delicious...

4 Rider Beraksi: