Pauh Piaman, Jam Gadang dan Pasar Atas
Bergerak kembali ke Kota Bukit Tinggi hari sudah hampir petang jadinya kami late lunch. Muka masing-masing dah ketat terutamanya anak-anak dan Pak Tuan, walaupun ada bekalan kuih, roti dan biskut yang di bawak seperti tidak lengkap tanpa nasi. Aldi (pemandu) membawa kami ke Kedai Nasi Pauh Piaman, menurutnya di sini paling terkenal gulai ikannya.
Kedai Nasi Pauh Piaman. Kedainya selesa. Ruang luas. Tak perlu berasak-asak dengan tetamu lain kerana kami diberi bilik khas. Kat sini juga disediakan musolla untuk kemudahan tamu tetapi kita kenalah biasakan diri dengan sesuatu tempat kerana musollah mereka adalah terbuka dan berkongsi tanpa ada sekatan. Maksudnya masuk dari pintu yang sama, lelaki akan bersolat di depan dan perempuan akan bersolat di belakang jadi pandai-pandailah menjaga aurat.
Macam biasa hidangan nasi padang. Bagi Aina memang tak kenalah dengan tekak, ini selera masing-masinglah. Hidangan istimewa kat sini gulai ikan, harus cuba sedap sangat. Aina hanya makan ayam goreng, sebenarnya boleh sahaja nak makan gulai tu tapi berlemak dan pedas mak pulak asik jeling-jeling ja.
Menu air. Kami hanya minum air suam. Anak-anak ja oder air yang berais.
Selepas makan Aldi menurunkan kami di Pasar Atas. Hari Ahad merupakan hari libur bagi penduduk Bukit Tinggi. Punyalah ramai umat manusia hari tu. Bukit Tinggi tidak seperti di Bandung kerana ke mana kita pergi kita akan bertemu dengan ramai rakyat Malaysia. Di sini adalah seorang dua yang kita jumpa atau mungkin mata sibuk memandang sekeliling sehingga tidak sempat melihat orang.
Tak mau lepas peluang nak jugak bergambar dengan landmark Bukit Tinggi iaitu Jam Gadang. Antara tempat tumpuan pelancong di sana. Hanya depan Pasar Atas. Dari Nikita Hotel tempat kami menginap kita hanya boleh berjalan kaki ke sini. Hotel Ambun Suri paling dekat dengan Jam Gadang dan Pasar Atas.
Di hadapan Pasar Atas. Kat sini di jual pelbagai telekung, kain sulam, jubah dan lain-lain keperluan. Aina lebih suka membeli di gerai-gerai di bahagian bawah. Sesak tetapi berbaloi-baloi bila tawar menawar. Kunjungan kami di pagi Isnin, tanpa asakan orang ramai.
Peniaga jalanan yang hanya ada pada hari Ahad. Pelbagai cenderahati terutama keychain di jual di sini. Aina lebih banyak membeli t-shirt sebagai kenangan dan buah tangan buat adik-adik dan anak saudara. Kakak Hayani memborong keychain untuk rakan sekelas. Abang Iqbal membeli sehelai T-Shirt untuk kawannya. Adik tak pernah peduli semua tu.
Tingkat satu di Pasar Atas. Kami tinggalkan mak tok kat sini, menumpang duduk di sudut sebuah kedai. Dia penat hendak berjalan dalam orang ramai sebegitu. Akhirnya jubah berwarna hitam disebelah baju biru menjadi mangsa mak tok. Harganya memang murah sangat, jubah berjahit cross stitch.
Adik punya. Kalau yang lain dia tak pernah peduli kecuali mainan. Burung buluh macam tu pun harganya Rm5. Sebab dia tak pernah minta apa-apa mama belikan dua. Satu untuk main di sana satu lagi simpan bawak balik Malaysia.
Keadaan tenang di Pasar Atas pada hari Isnin. Memang sunyi betul. Mak tok bergambar dekat anak tangga menuju Pasar Bawah (menjual barangan basah). Memang penat kalau nak menuruni anak tangga yang tinggi tu.
Di sini kami tidaklah bershopping sakan kerana kali ini adalah percutian keluarga. Bawak anak-anak dan mak jalan-jalan. Membeli pun banyak untuk anak-anak. Kat sini Aina beli jubah sehelai dan t-shirt sahaja. Pak Tuan hanya beli t-shirt. Mak tok dapat jubah dan borong t-shirt untuk adik-adik dan anak buah. Anak-anak jangan cerita cakap sahaja nak apa semua dapat.
Kalau ada yang berhajat nak ke sana elakkan datang ke sini pada hari Ahad kerana tempat ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan penduduk Padang pada hari cuti. Satu lagi pasar yang patut pergi iaitu Pasar Aur Kuning, lebih kepada pusat borong. Harga lagi murah dari Pasar Atas. Di sebabkan kesuntukan masa kami terpaksa lupakan hasrat untuk ke sana. Bawak anak-anak banyak benda mesti difikirkan. Satu lagi sekiranya membeli kain sulam pastikan dahulu panjang dan lebar kainnya, bimbang balik Malaysia tidak cukup pula kainnya untuk menempah sehelai baju. Biasanya mereka mengikut saiz rakyat setempat yang kecil molek di mana kain hanya di potong 3.5 meter untuk bukaan biasa.
salam...baca entry aina..teringat masa percutian ke bukit tinggi tahun lepas..mmg besh.lagi bab sopink
BalasPadamwah..bestnye berjalan2... =)
BalasPadamSeronok juga Aina kakak mengikuti perjalanan ini.. Walau kena banyak berpantang bab makan tapi shopping mesti berbaloi-baloi. Anak-anak mesti puas hati semua nak dapat..
BalasPadamKalau kita kakak rasa 3.5 meter cukup Aina kalau relang besar.
Mesti happeningkan jalan-jalan dengan mak.. cucu-cucu pun tentu suka nenek ikut sekali..Bila dia dah takde nanti, ini menjadi kenangan yang tak boleh dijual beli..
BalasPadamBest kalau dapat berjalan tempat orang ni. Boleh tengok budaya orang dekat sana pulak.
BalasPadamAina...
BalasPadamGulai minang mmg sedapppp
Nak pergi jugalah bukit tinggi.....
kak...camne dgn tawar menawar? bertegang leher x?
BalasPadamRamainya org kat bukit tinggi tu..
BalasPadampernah sampai sini.. okler tapi sebab pergitu sambil2 tak shoppingpun... tak beli telekungnyer... dulu pasar dia sangat teruk lepas terbakartu dah ok nampaknyer...
BalasPadamnama bukit tinggi tu macam nama kat tempat kita sjkan
BalasPadamJam gadang tu jam besar ye maksudnyer....
BalasPadam
BalasPadamAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Nak tahu tentang Bukittinggi Padang? Masuk sini:
BalasPadamhttp://freelancetour.blogspot.com/
Atau Tel:0126665436
Banyak maklumat dan panduan untuk tour ke sana.