Kehilangan-Aku Belajar Redza

10:12 PG JunAina 17 Comments

Jumaat datang lagi. Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk terus menghirup udara di bumi Allah ini. Menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Mu.
Sebagai umat yang taat, sebagai isteri, sebagai anak, sebagai ibu, sebagai pekerja dan sebagai anggota masyarakat.
Moga aku mampu menggalasnya dan berbuat yang terbaik.

Detik itu sudah berlalu hampir sebulan setengah.
Selama itu aku berperang dengan emosi. Hidup menjadi haru-biru.
Semuanya jadi lintang pukang.
Perasaan sungguh tidak keruan. Hingga saat ini masih seperti hilang arah.
Seperti anak ayam kehilangan ibunya.

Ujian itu datang tanpa kita duga. Aku belajar redza dan menerima.
Dia memberi peluang untuk aku merasa nikmatnya membawa anak di dalam rahimku lagi selepas 10 tahun. Kesihatan kurang baik sejak mengandung tetapi aku masih kuatkan semangat.
Dalam tempoh seminggu segalanya berlaku. Hilang hanphone yang baru dibeli hadiah harijadi suami (tak sempat nak guna), suami kehilangan cincin bermata delima yang dihadiahkan kepadanya 10 tahun lepas pada hari yang sama. Selang dua hari ibu saudara pula kembali ke pangkuan ilahi. Kembali ke rumah tiga hari kemudian doktor pula mengesahkan janin yang dikandung sudah berhenti degup jantungnya.
Aku terkedu. Sejak itu resah menghimpit kalbu.
Takut akan ada lagi ujian yang bakal Allah s.w.t berikan. Betul-betul takut.

Tidur malam sering terjaga kadang-kadang pukul 2am kadang-kadang pukul 4am selepas itu mata enggan lelap lagi. Otak ligat berfikir.
Termenung, merenung jauh tetapi bila disapa rasanya tiada apa pun yang di fikirkan, kosong.
Ingin menangis semahu-mahunya tetapi tiada air mata yang sudi bertamu. Hati menjerit.
Selera makan tertutup, sebulan kehilangan berat badan 7kg.
Bekerja kerana terpaksa.
Menguruskan suami dan anak-anak bukan lagi keutamaan.
Rumah sudah tiada rupa.
Hidup umpama dihimpit bebola duka.
Mengikut rasakah aku?

Perlahan aku cuba bangkit.
Suami, anak-anak, emak, keluarga dan kawan-kawan menjadi pendorong.
Kini perlahan aku bertatih.
Cuba membina keyakinan diri semula.
Menjadi seperti dulu, memandang positif pada masa hadapan.
Suami dambakan aku, anak-anak perlukan aku. Masih ramai yang perlu ku bantu.
Buat permulaan bantulah diri sendiri.

Mula mendidik diri. Allah sedang mengejutkan aku dari mimpi yang panjang.
Mengubah hidup aku kepada lebih baik.
Menyedarkan aku tentang dosa-dosa lalu yang harus aku perbetulkan.
Meningkatkan amal ibadat sebagai bekalan.
Kehilangan yang di beri punya hikmah yang terlalu besar buat diri aku.
Impak tak terjangka. Moga aku akan terus kuat melawan perasaan.

Keguguran satu kehilangan buat aku. Kecil tetapi aku gagal mengawal perasaan sehingga aku membuka ruang yang luas kepada musuh manusia meniup dan menggoncang hati. Syaitan sentiasa menunggu saatnya untuk memusnahkan akidah manusia dan aku hampir tewas.

Syukur padamu Ilahi aku punya keluarga yang sentiasa menyokong. Ada kawan-kawan yang tak putus-putus memberi semangat disekelilingku. Teman-teman maya yang tak pernah putus-putus bertanya khabar, memberi nasihat dan sentiasa mendoakan kesejahteraan aku. Terima kasih semua. moga silaturrahim yang ada sentiasa utuh.

Luahan rasa pagi Jumaat.

You Might Also Like

17 ulasan:

  1. semoga terus tabah dan bangkit..... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedang berusaha...berusaha dan berusaha...

      Padam
  2. semoga dikuatkan semangat..Ya Allah, bantulah saudaraku ini..amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih teacher kerana mendoakan Aina dan terima kasih juga kerana sudi singgah.

      Padam
  3. Tersedar dari mimpi panjang yg melelahkan Aina
    mimpi yg semuanya adalah realiti yg dihadapi
    namun bersyukur sujud itu telah lebih dulu mengatasi keadaan
    sedar dan sedar semua itu adalah ujian
    Allah melihat Aina sebab itu Dia memberi ujiannya
    Moga terus kuat, tabah, redha dan mohon terus daipadaNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Zakie...sekarang Aina terasa ada air yg ingin mengalir dari mata.

      Padam
  4. Aina, yes bangun la dari lamunan yang pjg tu.Suami , anak2 , kawn2 need you..you yang dulu...Moga semakin tabah mengharungi kehidupan dan liku2nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah Kak IndaMarya. Insan2 di sekeliling adalah penguat semangat.

      Seminggu di kampung terasa ingin jugak jumpa akak tetapi keadaan tak mengizinkan.

      Padam
  5. alhamdullilah..
    kak june dh syer maknanya kak dah redha dan tabah menghadapi dugaan drNya.
    mmg berat mata y memandang. namun lebih berat kak june y menghadapi.

    ketahuilah DIA sebaik perancang.. pasti ada NUR bt kak mendatang..

    salam sayang dr Ayu u kak JUne. ayu pinjamkan ketabahan dan kesabaran ayu u kak..
    ketahuilah rahim ni belum pernah merasai pengalaman mengandung namun Ayu redha ats segalanya

    BalasPadam
  6. kita manusia, kdg kala 2 terbuai2 dek perasaan...tp yg penting, kuatkan sisa2 semangat yg ada..dan jgn lupa kepadaNya

    BalasPadam
  7. Moga akak kuat ya.... inshaAllah ada rezeki yang lebih baik menanti.

    BalasPadam
  8. Semoga terus kuat, cekal dan tabah. Allah sentiasa ada...

    BalasPadam
  9. insyaallah..moga keredhaan akak ini akan lebih memberi ketenangan buat akak..teruskan hidup..kehilangan bukan penamat segala-galanya..sapa tau tetiba ada rezeki lagi..

    BalasPadam
  10. setiap kejadian itu diberikan hikmahNya
    in shaa allah things will be ok back. keep strong!

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum,
    Allah hanya uji mengikut kemampuan hambaNya jua.
    Allah pinjamkan banyak perkara untuk kita, insha allah, akan kita dapat semula di SANA nanti.
    sila kuatkan diri, banyak perkara boleh kita lakukan.
    semoga semuanya akan kembali normal nanti

    BalasPadam
  12. harap Aina tabah menerima dugaan.

    BalasPadam
  13. sedihnya kak yang..sbar la kak yang..smoga apa yg jd buat kak yang lebih kuat daan tabah menghadapi hari2 mendtang..kta msing2 d uji,cara ja yg membezakan..kak yang bertuah rmai yg menyokong..nak tgk kak yang dulu yg sntiasa hepy2 n slalu buat org sekeliling juga hepy2..

    BalasPadam