Mengundi Kali Pertama

4:42 PTG JunAina 9 Comments

Bagaimanakah perasaannya? Lupa sudah. Kali pertama mengundi di DUN Guar Sanji (tak pasti tetapi sekarang memang DUN tu). Parlimen Arau. Mengundi di Sekolah Menengah Syed Ahmad sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad. Ada kereta ambik kat kampung bawak pergi sekolah. Ada pondok panas. Ramai penyokong-penyokong kiri kanan jalan yang kadang-kadang buat kita rasa takut nak jalan masuk kawasan sekolah.

Kalau PRU ok lagi coz semua orang sibuk di kawasan masing-masing. Menjadi masalah bila pilihanraya kecil. Pernah merasa betapa panasnya keadaan masa tu. Menakutkan bila penyokong parti yang bertanding saling provoke antara satu sama lain. Parti biru sebelah kiri jalan parti hijau sebelah kanan jalan. Terjerit-jerit. Muka-muka yang ada pulak semuanya tak kenal. Kalau orang tempat sendiri seorang dua mungkin kita kenal. Kita yang nak pi mengundi pun jadi takut.

Bila sampai kawasan sekolah hati jadi lega. Kawasan tak adalah sesibuk kat luar yang ada cuma petugas. Tak ada lambang parti mana-mana waima payung yang ada lambang pun tak boleh masuk kawasan tersebut.  Ada lambang semua sampai pagar sekolah ja. Di bawa ke tempat mengundi, periksa IC kot-kot salah tempat pulak. Ada meja untuk pemerhati setiap parti yang bertanding. Lain-lain memang tak pernah ambik tahu.

Tahun ni kali pertama akan mengundi sebagai pemastautin Selangor. DUN Bangi, Parlimen Serdang. Undi apa? Jangan tanya okeh. Undi itu rahsia. Selagi boleh kerja cari rezeki, hidup dengan aman tanpa kacau bilau sudah sangat bersyukur. Hidup bukan hendak menongkat langit pun. Jadi bersederhanalah dalam berpolitik. Jangan sampai politik tu memakan diri sendiri. Paling penting jangan gunakan politik untuk rosakkan agama. Siapa menang dia bertanggungjawab terhadap amanah yang telah di berikan. Amanah bukan setakat dunia sahaja tetapi bakal di jawab di akhirat.

Arwah Tok Ayah (ayah mak) dulu orang kuat UMNO. Jadi JKKK. Antara orang kuat UMNO yang dihormati di Perlis. Juga pejuang yang pernah merasa peritnya sebelum merdeka. Dia di hormati oleh kawan dan lawan kerana karismanya. Tiada beza baginya dalam bermasyarakat walaupun berlainan parti. Hubungan tetap erat. Bukan macam orang zaman sekarang kerana perbezaan politik adik beradik bergaduh, suami isteri boleh bercerai, antara jiran bermasam muka. Caci mencaci perkara biasa. Fitnah menjadi makanan seharian.

Sebelum Tok Ayah pergi dia pernah berpesan. Jangan ada diantara anak cucunya yang bergiat aktif dalam politik kerana politik zaman sekarang adalah politik kotor tidak seperti dulu. Bukan berdasarkan perjuangan menjaga maruah bangsa. Mempertahankan apa yang kita ada. Sebaliknya semua sibuk ingin menduduki takhta. Menjadi yang berkuasa.

You Might Also Like

9 ulasan:

  1. Berpolitik dulu betul-betul nak jadi wakil kepada rakyat bukan ambil kesempatan nak raih kekayaan Aina.

    Tak sabar nak mengundi kan..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Aina

    kita mengundi untuk dunia dan akhirat

    BalasPadam
  3. setuju dgn tok ayah awak...ye..undi..bior lah rahsia kite wey...so janji mesti yg mengepalai kita adlh terdiri dari bukan penyembah berhala sudah...bagi menjamin kedaulatan agama yg dipasak didada yer..

    BalasPadam
  4. Salam kak...kalu masuk ni dah 2 kali mengundi...mengundi di kampung di perak...yg tak bestnya dengar2 anak perantau yg balik mengundi dapat 100 sorg, tapi bila mintak kat brader yg dikatakan handle pasal duit tu, dia tarik kami ( saya & adik ) jauh2 dari pondok panas dan cakap duit dah habis sebab ramai yg claim...sedangkan kami dtg awal pukul 8 lebih...hehehehe

    BalasPadam
  5. saya tak sabar nak mengundi...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    Waaaaaa dah ngundi di bangi
    Daku belum tuko alamat kat ic lagi hu huh uhu

    BalasPadam
  7. sy masih ditempat yg sama...selamat mengundi kak! ;-)

    BalasPadam
  8. mmg teruja nak mengundi ni

    BalasPadam
  9. tak sabar nak mengundi.. siapapun yang menang tolonglah berkhidmat sepenuh hati.. biarkanlah kami rakyat biasani hidup aman damai...

    BalasPadam