Cincau Labu

8:29 PG JunAina 27 Comments

Sebelum pergi ke Bukit Tinggi buatlah research jugak kat internet. Kononnya tak mahulah ketinggalan benda-benda yang biasa dilawati dan dicuba oleh pelancong kat sana. Salah satunya yang terbaca kat blog cendol labu. Memang teruja habis nak cuba.

Sesi mencendol ni kami lakukan semasa dalam perjalanan balik dari Danau Maninjau. Kami singgah di sebuah kedai menjual pelbagai kerepek Bonda Kanduang dan kat situ juga ada gerai kononya cendol labu. Bila tengok kat banner di tulisnya 'cincau labu'. Aina pelik jugak. Apa jauh benar bunyinya cincau dan cendol tu. Mungkin cara hidangannuya tu sama dengan cendol kat Malaysia jadi depa letak jelah nama cendol labu yang kat sana disebut cincau labu.

Tokey kedai tengah tuang susu dalam cincau labu yang sangat kalerfull. Gerai ni kecik je bersebelahan kedai jual kerepek. Special kat sini hanyalah cincau labu le. Tengok dia orang makan memang marbeles. Nama tempat memang tak ingat tapi kalau dah guna pemandu tu bagitau ja mesti depa singgah.

Cucu ni memang jadi escort mak tok je sepanjang berjalan kat sana. Dulu sekolah dengan mak tok setahun, masa kecik-kecik dulu pun pernah duduk dengan mak tok lama jugak. Bila ambik balik merajuk-rajuk jugalah orang tua tu...hehehee... Tapi dia memang rapat dengan mak tok.

Daddy tengah semangat menyedut cincau labu sorang-sorang. Belakang tu tuan punya gerai. Jangan tak tau walaupun di atas bukit di tengah hutan macam tu dan di gerai yang kecil tu je ada WiFi. Perghhh...Terbaiklah.

 Inilah ropernya cendol labu ataupun cincau labu. Biasanya kebanyakan pemandu pelancong kat sana akan bawa kita singgah kat sini. Cubalah rasa supaya bila balik Malaysia tak lah terkilan. Aina tengok jelah coz benda tu di buat dari tepung yang dicampur labu yang diletakkan bermacam-macam warna, masuk santan, gula dan ais. Labu bersifat sejuk, mak tok kata jangan makan jadinya tengok jelah.


You Might Also Like

27 ulasan:

  1. Macam bubur ca-ca ye Aina. Sedapnya kakak teringin macam kita boleh buat kalau rajin. Tak apalah buat masa ini berpantang dulu. Dah betul-betul sihat boleh buat sendiri kakak rasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tekstur cincau tu sangat licin, bila kita cedok je terus jatuh balik dalam mangkuk. Cara makan terus guna staw sahaja. Aina pun tak sure buat dengan tepung apa tapi nanati nak tanya mak.

      Padam
  2. wak pon pestaim dgr cendol labu nii.,iHIks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum pergi beria2 Aina nak cuba tapi 2 minggu sebelum pergi keguguran so jalan2 still berpantanglah.

      Padam
  3. sedapnya nampak...tamabh2 musim panas sekarang ni...berwarna warni..

    salam kenal..thanks follow blog saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah sini. Memang kalau time panas2 ni sedap je makan benda2 sejuk makin tertarik dengan kaler dia tu.

      Padam
  4. Tengah haus ni, tengok gambo tu bertambahlah hausnya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan sampai meleleh air liur dah le ye kakcik...:)

      Padam
  5. akk x mintak resepinya sekali ke? ;-)

    BalasPadam
  6. mcm bubur cha cha pulak dee tgk..

    BalasPadam
  7. Fuh.. Macam terbaik je cincai labu / cendol labu ni.. Jauh pulak nak cari kat sana.

    BalasPadam
  8. ermmm terliurnyer...tak pernah makan ni...

    BalasPadam
  9. Sedappnyaa...
    Terasa sejuk je tekak ni...

    BalasPadam
  10. memang macam cendol m'sia lah rasanya kak ?...kalerful tu yg best buat org sini terliuq nih..haha 'meleleh dah' !

    BalasPadam
  11. Salam Jun,

    Akaknya macam bubur cacar kat malaysia tak. Nampak warna warni sekali.

    BalasPadam
  12. nmpak mcm buboq caca.masa saya disana dulu tak makan pun bnda ni..

    BalasPadam
  13. Salam aina..

    cucu tok ya anak abang tu.. baguslah bila dia rapat dengan nenek.. nampak mengancam cincau labu tu.. terus rasa teringin he..he..

    BalasPadam
  14. Fuyoooo menarik sbb kalerful betul! Mcm bubur cha cha pun ade tuuu....

    BalasPadam
  15. nampak cam sedap lagi2 kalerful gitu kan!

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Aina

    sedapnyaaaaaa

    BalasPadam
  17. Mungkin sedap juga tu, labu di cendolkan...hihihihi..
    Mmg confirmed ada Wifi kedai tu ke? atau saja saja dia letak signboard Wifi tu? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Confirm lah DZ coz husband akak try masuk guna hp dia.

      Haaa...nanti boleh soh mommy buat cendol ni eh...

      Padam
  18. Nampak sedapnya.. makchaq memang suka labu.. kat sini tak dak ka?
    Jenuh la kalau kena pi BT kalau nak makan..

    BalasPadam
  19. Hai JunAina... done follow sini

    tahun 2007 Saya pernah pergi Bukit Tinggi... tapi tak der pulak tourist guide bawak kami singgah sini... mungkin masa tu belum ada kot..

    BalasPadam
  20. uish..kaler maler cincau labu berkenaan....rasa nak slurrrp je..adess..sabar..sabar!

    labu memang sejuk. orang tua cakap..angin jugak. sesekali teringin, tak salah, bedal je..hehe.

    warung2..restoren2 di malaysia wajar mencontohi warung kat situ...ada free wifi tu. malu aih...

    BalasPadam
  21. perghhhhhhhhhhhhhhhh...warna-warni dlm cendol buat x blh tahan ni...*terliur*

    BalasPadam