Retrenchment
Mau tak stressnya hari ni sahaja 3 entri sekaligus.Rasanya baru nak senyum-senyum lepas melalui kemurungan. Baru rasa ada semangat sedikit nak masuk kerja tiap-tiap hari. Baru nak gembira layan suami dan anak-anak.
Masuk kerja memang dah ada ura-ura pengurangan pekerja cumanya hanya melibatkan PO dan pekerja kontrak sahaja. Mesyuarat bos-bos pun tak sentuh tentang pekerja tetap ni. Beberapa minggu lepas jumpa bos berkenaan cuti pun bos bagitahu tak ada arahan lagi untuk pekerja tetap.
Tup-tup hari ini 2 orang drafter pekerja tetap turut dapat surat bersama dengan pekerja Iran dan PO yang lain. Aku kesat peluh. Terus sejuk-sejuk badan. Selsema yang ditanggung dari semalam terasa makin teruk. Panas membara kat muka.
HR Manager jumpa Electrical Manager tengahari tadi dan mengikut paparazzi kat department floor bos hampir pitam. Katanya 2 orang lagi Senior Drater perempuan terpaksa dipilih. Terasa jantung berhenti berdegup. Aina termasuk dalam kumpulan ini. Kami hanya 5 orang, nampak gayanya lambung dadulah kami. Setakat ini tak banyak yang mampu dilakukan. Berserah. Bertawakkal. Andai rezeki masih di sini alhamdulillah, kalau tidak terpaksalah kuatkan semangat dan mencuba ditempat baru. Hidup terpaksa diteruskan.
Serabut. Komitment pulak banyak. Rumah baru je beberapa bulan mula bayar. Bukan sedikit. Tak termasuk lain-lain hutang. Pasrah. Semua orang ada tanggungjawab. Entahlah mampu ke tidak aku mengharungi semua ini. Berbelas tahun lepas Aina tabah melaluinya, tanggungjawab tak banyak. Anak-anak masih kecil belum bersekolah. Rumah kecil tu suami yang bayarkan. Setakat belanja makan masih tiada masalah. Kini suami dah bersara, rumah pulak dah terbeli yang besar sikit baru-baru ini. Tidur letak tangan atas dahilah malam nanti.
Allah permudahkanlah bagi ku. Tenangkanlah hatiku.
Berdoa byk2 moga Aina tak terkena retrenchment ini..
BalasPadaminsyaAllah kak. kalau rezeki masih di sini, alhamdulillah. kalau bukan, pasti Allah akan bukakan jalan hijrah yang lebih besar lepas ni. jangan risau kak. apa sahaja keputusannya pasti ada hikmah yang besar.
BalasPadamakak jangan risau sangat ye...
Assalamualaikum Aina
BalasPadamInsyaallah
ada rezeki yg Allah akan berikan untuk Aina sekeluarga
Allah tentukan rezki.teruskan doa...dan yakin.
BalasPadamFaham sangat apa yang aina rasa. Che Mid baru saja 'terlepas' dari ujian itu. Suami Che Mid pun terkena perkara yang sama.. langsung tak dapat apa-apa pampasan pun, Che Mid tak kerja.. tu sebab skrg ni Che Mid buat emcee job dan apa yang boleh. Skrg ni suami baru keje semula. Percayalah, Allah nak bagi kita rezeki lebih baik tu, cuma Dia nak kita hadapi dulu ujiannya.. kalau nak mengadu dan menangis, buatlah atas sejadah.. cakaplah apa saja yang terbuku di hati.. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Perancang..
BalasPadamAllahuakbar...saya yg baca ni pun berderau jantung dibuatnya...
BalasPadamInsyaAllah kak, apa terjadi ada hikmahnya kak...kalau bukan rezeki akak kat situ, mungkin ada tempat lain yg lagi bagus...InsyaAllah...
bertabah ye kak...bykkan berdoa...
kami kat sini pun doakan akak...
Insyaallah dipermudahkan oleh Allah. Banyak2 berdoa kak ...
BalasPadambaru ayu nak ucap tahniah sbb bjaya hadapi dugaan y lepas.
BalasPadamkakkkkk.
bertawakal. in shaa Allah.. DIA xakan uji seberat ktabahan kak..
semuanya pasti dipermudahkan
Assalamualaikum,
BalasPadamAllah beri sesuatu yang terbaik untuk hambaNya. kalau Aina yang terpilih, maknanya Dia dah tentukan jalan lain yang lagi baik. Kalau ada rezeki masih tetap juga di situ, bermakna di situlah yang terbaik.
Chaiyokkk ya.
semoga semuanya baik2 saja yer aina..
BalasPadammoga semuanyer baik2 aje yer
BalasPadam