Nikita Hotel, Waroeng Dja Jan, Bukit Tinggi.

9:50 PG JunAina 12 Comments

Percutian keluarga pada 2hb - 5hb Mac 2013 yang dirancang agak lama. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan juga keadaan kakak yang tidak tahan dengan jalan yang bengkang bengkok membuatkan kami terpaksa skip banyak tempat. Jadinya percutian kami kali ini amat tidak lengkap kerana banyak tempat yang tidak dapat pergi. Lagipun separuh hari kami telah di gunakan untuk menziarah seorang kawan di Padang, bila tiba di Bukit Tinggi hari sudah gelap. Cerita Iyen kat sini.


Kami duduk di Nikita Hotel, Bukit Tinggi. Sampai sahaja senja semakin melabuhkan tirainya. Ambik keputusan untuk masuk bilik dan rehat sebelum keluar semula untuk makan malam. Semua dah penat. Perjalanan dari Kuala Lumpur-Padang-Bukit Tinggi memang sangat meletihkan. Hotel ditempah oleh Aldi pemandu kami ketika di sana. Standard Room Rp290,000 dan Deluxe Room Rp320,000, rasanya kalaau walk in mahal sikit kot boleh jugak tempah melalui agoda. Standard room ada 2 single bed dan deluxe room ada 1 bed king size. Abah, mama dan adik sebilik, mak tok, abang dan kakak sebilik. Mummy dan daddy kat standard room. Bilik selesa, layanan mesra tapi masa kami pergi tu nyamuk kacau sikit, pas tu rasa panas semacam ja sampai terpaksa buka tingkap bila tido. Overall ok.


Gambar bilik mak dan anak-anak. Boleh sahaja ambik standard room dan extra bed cuma tambah Rp40,000 tapi kalau boleh nak bagi mak selesa. Dah tak sabar nak landing kat katil.

Malamnya kami singgah makan di Waroeng Dja Jan. Sebenarnya warung ni hanya bersebelahan dengan Nikita Hotel. Konsep makanan kat sini adalah makanan panas-panas. Perut sudah lapar masing-masing oder ikut citarasalah. Air pulak paling best kalau jalan-jalan kat Indonesia ni tentulah jus buah yang sangat pekat. Makanan kenalah dengan tekak rakyat Malaysia tapi dia punya service memanglah lambat sangat. Kena improve. Sebelum makanan sampai depa serve tembikai yang cumel-cumel tu. Sejuk sikit.

Lepas makan tak ada pusing-pusing mana dah coz memasing dah letih. Jalan-jalan depan tu sahaja. Banyak kedai-kedai kecik area situ. Lagipun Bukit Tinggi bila malam taklah happening macam kat Bandung.

Malam ke dua pun makan kat sini coz Pak Tuan lebih selesa makan panas-panas. Murtabak mesir pun tak sempat nak try, cuma dapat beli kuih-muih yang di jual kat gerai-gerai kecil kat situ. Dia orang semua gila minum jus buah yang best. Daddy sibuk tiap-tiap malam dengan jus sirsak (durian belanda). Memang pekat habis. Gambar kat atas tu jus dragon fruit. Aina frust tak dapat minum jus avocado yang best tu. Malam kedua tulah Pak Tuan hangin satu badan, dah le lambat serve pas tu ada pulak budak-budak dok minta sedekah. Memang keluar dia punya true colourlah malam tu sib baik mak, mummy dan daddy cool jerk. Dah faham perangai dia...hahahaa...

Pagi esok memulakan acara dengan sarapan kat hotel sahaja. Menu macam biasa Indonesia tak ada mee basah macam kita so pagi-pagi makan mee kering yang di gorenglah makan dengan keropok, ada nasi impit makan dengan kuah lemak pucuk paku, kolok pisang dan buah. Sebab mak ikut jadi Aina hanya pandanglah   almaklumlah masa tu konsider dalam pantang lagi lepas keguguran.

Pagi kedua sarapan kat Nikita Hotel. Menunya nasi goreng, roti, bubur kacang dan buah. Air macam biasalah teh atau kopi. Sarapan ni dah termasuk dalam harga bilik. Oklah. Boleh jimat duit untuk shopping.

Nikita Hotel : Jalan Sudirman, No.55, Bukit Tinggi.
Telefon         : (0752) 31629 31630 

Waroeng Dja Jan : Jalan Sudirman, Bukit Tinggi.

You Might Also Like

12 ulasan:

  1. wah..boleh rujuk blog sis kalau dee ke padang nanti..tp trip dee next year ke medan..insyaallah..

    BalasPadam
  2. tq share with us yer

    BalasPadam
  3. bukit tinggipun bestkan.. boleh shopping2 gak.. alahai... bilaler dapat ke sana lagi...

    BalasPadam
  4. Kalau order makan serve lambat memang buat kita geram. Kena kacau org meminta-minta lagilah buat kita tambah menyampah tu yg Pak Tuan geram..

    BalasPadam
  5. Insya allah hrp2 thn dpn dpt menjejakkn kaki kt sini...:-)♡♡

    BalasPadam
  6. Paling lemah bila berjalan ke negara org sbb makanan x menepati citarasa... :)

    BalasPadam
  7. Tgk alamat, ingatkan kat malaysia....hahaha...Jln Sudirman...Bukit Tinggi

    BalasPadam
  8. Aina...
    akak dah lama di ajak suami ke Padang dan Bukit Tinggi... perjalanan yang jauh menaiki bas atau van buatkan akak malas nak pergi..
    akak nak cuba jugalah nanti selepas baca percutian u ni... makanannya macam best jer...(makan..makan..makan.. jer akak ni...)

    BalasPadam
  9. tak pernah ke padang dan bukit tinggi...
    bukit tinggi Klang selalu lah ke sana..hehehe

    BalasPadam
  10. bilalah saya nak jejak padang ni...

    BalasPadam