Aku Ingin Setenang Dia

4:29 PTG JunAina 8 Comments

Syarikat tempat Aina bekerja mengalami sedikit masalah, buat masa sekarang mereka telah dan sedang menimbang untuk mengurangkan jumlah kakitangan. Setakat ini rasanya 300 orang telah menerima notis. Kami hanya menunggu, rezeki semuanya datang dari Allah.

Pagi tadi terjumpa seorang kakak yang tugasnya menguruskan dapur di pejabat, giliran mereka akan bertukar setiap bulan ke tingkat yang lain jadinya kebanyakan mereka Aina kenal. Katanya dia bercuti panjang menjaga cucu kerana anak dan menantunya menunaikan umrah. Dia juga memaklumkan tugasnya akan berakhir pada 21 May nanti. Aina diam. Tak mampu berkata-kata. Bermakna dia juga antara yang mendapat notis singkat tersebut. Alhamdulillah syarikat tetap membayar sedikit pampasan mengikut tahun perkhidmatan.

Wajah dia tenang, masih bercakap dalam senyuman sedangkan dia sedang menghadapi masalah. Orangnya berkulit putih, matanya jernih, wajahnya bersih membayangkan dia seorang yang sangat taat pada agamanya. Dia masih belum ada perancangan cuma mungkin akan mencari kerja lain. Insyaallah ada rezekinya nanti katanya. Lagipun Allah tak akan menganiaya hambanya melainkan semua tu ada hikmah yang belum kita nampak.

Mendengar bait katanya yang penuh ketenangan, hati Aina sangat tersentuh. Redzanya dia menerima ujian Allah. Terasa kerdil diri ini yang sentiasa berkeluh kesah pada benda yang kecil dan tidak perlu. Sedangkan dia seorang ibu tunggal yang hilang mata pencarian masih bersangka baik dengan Allah.

Keimanan membezakan seorang insan dengan insan yang lain. Bila di hati ada iman cahaya itu akan menerangi hidupnya, segalanya di terima dengan redza, apa juga tindakan dilakukan dengan sewarasnya, percaya seyakinnya segalanya hak Allah jua. Terbaik adalah perancangan darinya. Moga Aina akan menjadi sekuat dia.



Gerimis diluar mengundang rindu pada anak-anak semasa mereka kecil sekejap lagi mungkin akan semkin menggila membasahi bumi, moga hati ini tidak akan segila hujan diluar. Hujan itu rahmat, alhamdulillah...




You Might Also Like

8 ulasan:

  1. insyaALLAH segala masalah ada penghujungnya..baik buruk terima dengan tabah

    BalasPadam
  2. ada orang gelabah..., ada juga yg cool dalam menghadapi situasi yang melibatkan masa depan...mungkin agaknya akak tu punya semangat yg tinggi ..walau terdetik di hati keresahan namun tidak terukir di wajah...redha dengan ketentuanNya. Semoga k.Aina juga...insyaAllah.

    BalasPadam
  3. rezeki ada di mana2 shj...yg penting kita fhm bahawa DIA dah tetapkan yg terbaik untuk kita..

    BalasPadam
  4. redho Qada' dan Qadar Allah..

    BalasPadam
  5. Tu la kan Aina....kita ni kalau jadi macam tu...gabra sakan dah...nak senyum pun tak dan dah gamaknya.

    BalasPadam
  6. percaya...rezeki tu rahsia Allah SWT... :)

    BalasPadam
  7. ya..saya juga berharap mampu setenang dia bila ditimpa musibah....sentiasa bersangka baik pada Allah.....

    BalasPadam