Politikus
Sejak kebelakangan ini ramai betul ahli politik lahir di sekeliling aku. Mereka jadi serba tahu, dari A-Z. Info mereka walaupun serong tetap cuba di katakan betul. Bila bercakap berapi-rapi. Mengalahkan Haji Hadi sedang memberi ceramah juga mengalahkan Najib Razak di tempat tercorot.Itu cerita sebelum pilihanraya, bila dah habis lain pulak ceritanya tapi apa yang pasti semua orang tak kena yang kena hanya dia seorang. Paling best cakap berapi-rapi bila kita tanya mengundi kat mana jawapannya aku tak daftar mengundi. Tepuk dahi! Haiyaaa...ini macam punya olang pun ada juga meh.
Paling tak best yang dok cerita tu semua keburukan orang saja sepertinya orang yang diburukkan itu langsung tak ada kebaikan langsung. Kita tidak sempurna tetapi di sebalik ketidak sempurnaan itu Allah tetap memberi sifat-sifat baik untuk setiap hambanya. Begitulah jadinya bila kita mengikut kata hati tanpa mahu menggunakan akal. Masalahnya dia bercakap kita mendengar sedikit sebanyak saham itu dikongsi jugak.
Berpolitik itu atas pendapat masing-masing. Sebagai orang Melayu yang kaya dengan adat dan kesopanan ditambah pula dengan tuntutan agama rasanya masing-masing sudah tahu batasnya. Tak perlu di ajar tentang dosa dan pahala. Tak tahu apa nak jadi andai cendekiawan yang dikatakan cedik, tok guru yang di katakan penuh ilmu agama apatah lagi manusia jahil yang ilmu tak seberapa masing-masing berlumba-lumba membuka aib antara satu sama lain.
“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Dunia politik di negara kita sudah matang tetapi yang menghairankan orang yang berpolitik tidak pula mahu matang. Sokonglah parti manapun perpaduan umah tetap perlu dijaga. Jangan kerana parti politik kita berpecah belah. Biarlah 'cubit peha kiri peha kanan tetap terasa' dalam membangunkan ummah.
Jangan jadi hamba politik!
tu lah...kadang tu pelik jugak...berckp pasal politik bukan main lagi, tapi bila tanya ngundi kat mana, selamba je jwb tak daftar pun...hadoi la hai...
BalasPadamX sabar tgu 5 mei tuk mengundi hehehehe
BalasPadamakak mengundi di mana...selamat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi..
BalasPadamsalam..
BalasPadamsabarlah . kadang-kadang syira pun hiling pale dengor depe ni cakap. bukan main sungguh. haih.
tempat sy sekarang ni seperti tempat2 lain juga..perang bendera semakin menjadi, meriah...best jugak ada senario lain sikit dari biasa bila memandu di jalanraya.. walaupun sini bkn tempat membuang undi sy PRU nanti.., ada yg buat replika meriam dacing tala ke perahu bulan dan roket tala ke masjid dan sebagainya namun masa berjemaah dimasjid tetap mesra seolah tiada sengketa parti antara jemaah..itulah hakikatnya, jgn bermasam muka kerana perbezaan politik yg jd punca meruntuh nilai murni agama kita..
BalasPadamassalamualaikum ... target org politik nih cuma nak menang . tak kira lah apa n bagaimana , mesti boleh menang walaupun terpaksa menambah dosa sendiri dan beri pahala pada org lain . cuma boleh lihat , perhati n geleng kepala ...
BalasPadamKA pun malas nak layan kkdg orng2 yng mcm ni !
BalasPadamBudaya membuka pekung/aib lawan mmg dah tak dapat di bendung di Malaysia, negara Islam...tak mengira idealogi politik. Akal yg waras tak dapat digunakan kerana nafsu mengatasi akal, maka yg mana baik/bagus ( tanpa mengira idealogi), tetap tidak mendapat kredit yang sepatutnya.
BalasPadambiaso lah...org kita ni tak leh nak beza...bila mana waktu berpolitik...bila masa waktu nak berehat kan otak dari memikirkan nya....
BalasPadamtak yah ckap apa.sampai harinya kita keluaq pangkah...
BalasPadambiasalah tu kak...4 thn sekali... ;-)
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSekarang ni best keluar ronda2 nengok bendera hu hu hu