Kejutan Budaya
Suami : Tali leher abang yang banyak-banyak tu mana?Isteri : Sangkut dalam almari, nak buat apa?
Suami : Abang start kerja esokkan?
Isteri : So?
Suami : Nak pakai le...
Balik kerja...
Suami : Semua orang kat pejabat tak pakai tali leher. Senior Vice Precident pakai kemeja je tanpa tali leher.
Isteri : Hahaaaaa...
Dia selama ini bekerja di Jabatan Kerajaan punya etika berpakaian, cara kerja mahupun disiplin yang tersendiri. Bila beralih angin berkidmat di sektor swasta serba tak kena di hari pertama kerja. Tambahan pula bekerja di syarikat besar dengan majoriti pekerjanya adalah bukan Melayu. Satu cabaran besar buatnya.
Bukan dia merungut tapi terkejut tapi tak adalah terkejut beruk!
1. Hanya workstation/bilik kecil disediakan bukan bilik yang boleh berlari macam dulu-dulu yang siap boleh letak tv, almari baju dan pembancuh kopi sendiri.
2. Mesyuarat adalah short notice, selalulah tengok-tengok email yang masuk. Tak ada PA atau kerani nak ingatkan, juga tiada minit mesyuarat. Bawaklah buku catatan sendiri.
3. Berpuluh tahun dirinya sudah terdidik dengan panggilan tuan jadi kekok apabila di tempat baru hanya pangkal encik digunakan pada namanya.
4. Waktu makan tidak lagi tetap, bukan lagi pada pukul 1-2pm tetapi bergegaslah bila ada masa terluang di tengahari kadang-kadang petang baru dapat menjamah nasi.
5. Mesyuarat hanya disediakan teh cina, kalau dulu penuh meja kuihnya kadang-kadang langsung makan tengahari.
6. Waktu solat jadi tidak menentu kerana tuntutan tugasan, tiada surau disediakan untuk pekerja Muslim di dalam pejabat kecuali pergi ke surau bangunan di basement parking atau berjalan kaki ke masjid berdekatan (ini memang tak boleh terima dek akal betul, ada lagi syarikat yang tak perihatin cam ni).
7. Tak ada fail bersusun-susun kat meja. Klik-kliklah kat komputer sahaja.
Banyak lagi cerita nanti-nantilah kongsi. Baru 2 minggu mula kerja banyak lagi tu kejutan-kejutan bakal menanti. Kerja kerajaan ke kerja swasta ke amanah tetap kena galas. Buat dengan ikhlas.
memang sangat berbeza.... bagai langit ngan bumi.. bersyukurlah siapa yang berkerja kerajaan ... saya penah keje swasta - gomen (kontrak) - terhumban balik swasta.. yang majoriti chayanunalif lagiler beza ngat.. kalau swasta tapi masih lagi majoriti orang kita masih ok....
BalasPadamAina setuju sangat. Sektor swasta semuanya mengejar profit so setiap detik itu sgt berharga. Kejutan jugak la bagi dia majoritinya bukan Melayu dan jenis yang tak reti nak hormat orang, kalau tanya apa2 main sergah je mau tak mengamuk org tua tu.
PadamAina...
BalasPadamPepatah ini mmg kena
Masuk kandang kambing mengembek
Masuk kandang kucing... Mengiaw...
Kan???
Assalam,
BalasPadamKerja di sektor swasta memang camtu. Meeting department and discussion ajer, no masa berjela2 no kueh mueh yg mngabihkan badget . No bilik besar, workstation kecil shj...mama dah biasa cam tu. Dan bila g pejabat kerajaan melihat betapa membaziornya mereka. Duduk2 di surau lama2 nyembang cerita mak nenek...hehehe...
memang kena kejutan budaya di tempat kerja suami akak ni
BalasPadamKerja dengan syarikat korporat, yang penting adalah output yang boleh diberikan...
BalasPadamSetuju dengan kak cik.
Padamkejutan budaya sebegitu, bagi saya lebih banyak yg positifnya. Maaf cakap, kerja di bidang Kerajaan banyak membuang masa ( dengan meeting tak habis habis, berlarutan, padahal tak settle pun satu benda), banyak membuang resources, yakni duit ( makan punyalah macam2 lepas meeting, macam 10 jam tak makan...hahaha)...banyak gossip/birokrasi...Byk bodek membodek...Byk penampilan luaran sahaja, tapi dalaman teruk ( sibuk bergaya pakai kot bagai, padahal tengah2hari panas terik!)
BalasPadamKalau bab meeting tu Pak Tuan pun selalu merungut dedulu masa kerja kerajaan. Katanya banyak kerja tertangguh bila meetin tak habis2, pas tu org atasan marah pulak bila kerja tak siap sedangkan banyak masa diperuntukan untuk meeting. Sekarang pun dia merungut jugak meeting benda remeh contohnya ada satu pondok RELA dalam kawasan tersebut apa wording nak letak kat situ... Itu pun panggil meeting ramai2?
Padamtak biasa lagi tu sis..mcm kat tmpt dee..kalau meeting di menara atau org2 besar baru pakai tie..jadi bebudak opis ni standby je dlm laci..
BalasPadamorg swasta go for paperless..semuanya kat komputer..jadi kena archivelah byk benda kat server..di samping tu dpt menjaga alam persekitaran..
bab2 mkn dlm meeting pun xde kecuali board meeting..yg lain cuma disediakan kopi/teh je..sbb persoalannya nanti nak meeting ke nak makan? hehehe..time makan pun pandai2lah selit..bila free..kuar cepat2..sbb kalau keje dah bertimbun mkn pun mmg tak sempat..
insyaallah..nanti suami sis aina akan biasa..mula2 susah sket nak adapt..
Kalau Aina nak tahu itulah suasana kerja tempat kakak. Sebab itulah kakak solat di bilik kakak sendiri. Kakak tak benarkan org masuk office kakak berkasut.... Ruang solat kecik itupun kakak yg sediakan buat pekerja Islam (minoriti). Kakak is the only muslim tapi dah biasa mereka nampak kakak solat dlm bilik pun dah tak hairan...
BalasPadamHubby berhenti keje kerajaan ker?
BalasPadamRinna bukan berhenti tapi bersara. Katanya tak nak sambung lagilah rasa macam dah lama sangat berkhidmat.
PadamTak lama lagik biasa lah tu.....mula2....errr....ada open table tak....??
BalasPadamnanti lama2 tu alah bisa tegal dek biasa...:) kan?
BalasPadamAina, yg penting kerja kuat dimana pun kita kerja kan?
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamDaku dulupun terima kejutan budaya jugak dr swasta ke gomen hu hu hu
Skrg ni dzh tak heran, kat opis tu tadak ekon dah masuk minggu ke 3 hu hu hu kena tunggu depa meting dulu hu hu hu mampuihhhh garing aiii!
walau berbeza moha dapt bekerja dgn penuh wibawa yer
BalasPadamSAYA BERMACAM-MACAM KERJA PERNAH BUAT, AKHIRNYA BARU DAPAT KERJA DI SEKTOR KERAJAAN..
BalasPadam