Perang Bendera

10:51 PG JunAina 5 Comments

Cepat-cepatlah penamaan calon. Cepat-cepatlah mengundi. Cepat-cepatlah segalanya berlalu.
Penat. Letih. Susah hati. Geram. Bosan.
Semua macam perasaan ada.

Hari ini perang bendera dah mula kat Kajang Utama. Depan sekolah dah penuh dengan bendera hijau putih dan diselit kat celah-celahnya bendera putih dan beroket pulak. Ke depan sikit penuh pula dengan bendera biru bercap kati. Tak tahu lah pulak kenapa depan sekolah tu jadi port pasang bendera mungkin sebab mengundi nanti kat sekolah kot. Gantunglah ikut sedap korang selagi tak ganggu lalu-lintas. Ada juga yang tak bestnya. Bila gantung bendera dan tiba-tiba menyembah bumi. Tak ada pulak orang nak betulkan kembali. Mana pi tah orang-orang yang dok pasang bendera tu. Kata agung-agungkan sangat parti masing-masing tapi sampai hati pulak dok biaq bendera tu menyembah bumi dan kadang-kadang dipijak sesuka hati.

Rasanya kat tempat-tempat lain pun macam tu jugak kot. Minggu lepas adik balik Kelantan katanya banyak jugak bendera biru bercap kati kat sana tak macam PRU12 dulu yang di dominasi oleh bendera hijau cap bulan. Apapun banyaknya bendera tergantung bukanlah jaminan boleh menang iya dak?

Aku memang nak sangat cepat-cepatlah mengundi. Bila dok dalam keadaan macam ni ekonomi tak stabil. Banyak projek-projek di tanggunhkan. Bukan sahaja projek atas darat projek kat tengah laut pun tertangguh. Kami dah panas, tak sedap duduk. Bila projek tak adak duit tak dak. Bila duit tak dak sendiri mau ingatlah syarikat dok kira nak cut cost je.

Cepat-cepatlah Pak Jib umum hari mengundi kesian kat kami yang tak sabar-sabar nak mengundi. Kesian kat kami yang terumbang-ambing bila ekonomi tak stabil.

You Might Also Like

5 ulasan:

  1. betul tu...cpt2lah pak jib umum tarikh mengundi...

    BalasPadam
  2. sekarang meriah dgn bendera jer...

    BalasPadam
  3. Kalau dah keluar keputusan pilihanraya, jgn lah jadi tak stabil macam kes kat Perak masa PRU 2008 dulu...Buang masa, buang duit rakyat.

    BalasPadam
  4. Walau apa pun bendera berkibaran semua tu hanyaboleh berlangsung tak lebih dari sebulan Aina. Kita memang dah tak sabar kan..

    BalasPadam