Terkenang Pilihanraya Dulu-Dulu

9:07 PG JunAina 13 Comments

Waktu puncak untuk berkempen dua minggu ni. Masing-masing bertungkus lumus nak memenangi hati rakyat. Kalut menyusun strategi. Melambung janji. Meyusun kata semanis madu...hikhikhikkk...

Teringat zaman kecik-kecik dulu. Zaman pilihanraya masa kat kampung. Meriah, sangat meriah. Keluarga kami ni kiranya beranak ja dah tengok gambaq kati pasainya tok ayah (ayah mak) adalah JKKK kat kampung kami. Dia antara aktivis politik yang disegani di Perlis jugaklah. Pernah terima pingat dari Raja Perlis Tuanku Syed Putera. Lupa pulak la apa nama pingat tu. PJK kot. Orang kampung terima pingat kira besaq sangat dah. Al-Fatihah untuk arwah tok ayah Senapi Man.

Lepas penamaan calon tu kiranya masing-masing dok kalut berkempenlah. Segalanya amat terhad waktu tu. Mana ada telefon bimbit macam la ni, internet pun tak dak, telefon rumah pun tak dak kecuali bagi orang yang betoi-betoi berada. Kempen pun cara manual saja. Ceramah sana ceramah sini, jemput YB yang bakal bertanding mai markas (bilik gerakkan), panggil orang lama yang dok berjuang dalam politik bagi ceramah. Buat aktiviti kemasyarakatan sedikit sebanyak. Bendera pun terhad. Poster-poster pun terhad. Masing-masing berlumba-lumbalah dok gantung segala poster dan bendera masing-masing. Habih la segala pokok buluh dalam kampung jadi mangsa, terang kampung.

Siang malam markas tu ada ja orang. Lagi meriah bila malam, berkumpoi ramai-ramai. Walaupun masa tu hanya di jamu teh 'o' atau kopi 'o' cicah biskut empat segi keadaan tetap meriah. Semua bersatu. Lepas tu ramai-ramai konvoi jalan-jalan pi markas cawangan lain pulak.

Paling heran dulu tak dak pulak yang hat dok pi cantaih bendera atau poster orang lain. Tak ada pulak dok bergaduh, berparang kena hantaq hospital kena panggey polis. Ceramah pun ada batas tak lah sampai boleh maki hamun, kata orang sesuka hati. Masjid pun masih suci tak dak bicara bab politik, masuk situ kira bab agama sahaja. Parti apa semua letak tepi pasai sembahyang kerana Allah Taala bukan kerana parti.

Paling best bila hari pilihanraya, kalutnya dah macam hari raya. Kami hat budak-budak ni tumpang syok jalah. Budak-budak muda naik mutu pasang bendera kiri kanan konvoi serata kawasan. Kereta keluar masuk kampung bawak pengundi pi tempat mengundi. Part paling best ada makan-makan masa hari mengundi, masa tu buleh la makan sedap sikit. Lauk ayam, lauk daging. Dulu-dulu lauk-lauk tu di kira lauk mewah bukan macam zaman la.

Kenangan berkempen zaman dulu berbeza sangat dengan berkempen zaman la. Berpolitik orang dulu pun sangat berbeza dengan orang zaman la. Semua kerana kuasa, kerana pangkat dan kerana darjat tak kira hat biru ka, hat hijau ka, hat nak naik roket ka hat mata sebelah ka semua sama. Paling penting sapa pun yang menang berbaktilah pada rakyat sebaik mungkin, agama jangan di ketepikan. Lebihnya hampa jawab sendirilah kat akhirat esok-esok na.

Ini bukanlah entri berbau politik cuma teringat pilihanraya dulu-dulu zaman kecik-kecik. Jangan tanya Aina pangkah apa na. Pasai ada sorang kawan ni kecik-kecik dulu dia dok ikot mak pak dia pi markas tiap-tiap hari. Tolong boh poster kertas dalam plastik dan stepler (zaman la plastik semua dah), kiranya hidup dia dari kecik sampai besaq dok bawah sinaran bulan tapi bila dah kerja hati dia beralih arah jugak walaupun dia masih dok hormat pak dan kasih kat mak dia. Al-Fatihah jugak buat ayahnya yang kembali ke rahmatullah tahun lepas.

Akhir kata jangan menyampah baca entri kat sini seminggu dua ni na.


You Might Also Like

13 ulasan:

  1. tp plg x suka, time berkempen nmpk je muka smpi naik muak..bla da mng..mmm jgn hrp nk nmpk muka lg..

    BalasPadam
  2. Senyum kakak baca N3 Aina ini. Segalanya menerawang di depan mata kakak juga. Terkenang sama sebab lebih kurang apa yg Aina lalui itulah juga yg kakak lalui sama dulu.

    BalasPadam
  3. Betul lah. Berbeza kempen zaman dulu ngan zaman skang.

    p/s: Nasi liwet tu memang sedap. Wangi dan lembut. Memang tak duri klo mkn kat situ. Harga pon berpatutan. Cubalah ☺☺

    BalasPadam
  4. mmg byk perbezaan pilihanraya dulu dan sekarang...huhu...

    BalasPadam
  5. teringat kisah2 nak pilihanraya ni masa kat kampung dulu.. lebih best dari kat sini... dulu wakil kentutpun kita tahu.. kat sini payah sikit tak tau mana nak cari maklumat...

    BalasPadam
  6. Makchaq dulu2 tak pernah pun minat/ambik tau politik2 ni.. dulu2 tak reti baca..yg tau seronok, meriah macam pesta..

    La ni macam dah jadi pelik pulak.. kata mengata/tuduh menuduh/carut mencarut.. naik bosan..
    cepatla.. habih pilihanraya ni..

    Kalau sakit belikat x baik lagi cuba urut kat atas pergelangan tangan belah hat sakit tu.. bukan kat sendi, atas sikit, bila pegang ada macam tulang tengelom sikit, kalau dah lama sakit belikat, kat situ macam ada bengkak/kelendiaq, urut yg tu la..tekan2 dengan buku ibu jari..ni petua cina.. cuba la kot2 ok..

    BalasPadam
  7. hehe..tak menyampah aih..suka lagi dok ada!
    saya ada jugak pengalaman masa kecik dulu..kira merasa la jugak nostalgia demam pilihanraya dulu-dulu. memang senario yang lebih kurang sama. tapi masa tu..suasana berkempen..perang poster..meriahnya..semua secara aman.

    BalasPadam
  8. apapun x sabar dah nak g undi ni

    BalasPadam
  9. Musim pilihanraya.. bendera tergantung sana sini.. Meriah nengoknyaa.. Moga tak de berlaku apa2 masalah.. Teruja nak gi ngundi.. :)

    BalasPadam
  10. tak sabaq nak pi mengundi...nak pangkah tuuuuttttt.....(mana boleh habaq ...rahsia )

    BalasPadam
  11. dulu lain kan aina..seronok bila tiba masa mengundi..skrg ni beza byk dah..smpi bergaduh2 pun ye..apapun..selamat mengundi lah ye..

    BalasPadam
  12. den tak dapat rasa...ayah tentera....undi pos...dlm kem tiada kempen....

    BalasPadam
  13. Kempen 2013 menakutkn.dulu umah kita kt kg pn depan tu dewan jkkk.time pru memg meriah.dato mustafa ke hapa yg org kelantan tu prnh dtg jmpa ayah mnta tlg brkempen tp ms tu arwah dh x aktif politik.kita ms tu kecik x knl sapa dtg umah.trbongkang je tgk tv.dh besar dok tgk dato tu kerap kuar tv br tau dia sapa.btl tu time pru kg msti buat makan2

    BalasPadam