Danau Maninjau Nan Indah

11:55 PG JunAina 11 Comments

Hari kedua kami merancang untuk ke Danau Maninjau, rumah kelahiran Prof. Dr  Hamka (seorang ulama, guru dan penulis yang tersohor) dan shopping di Pasar Atas. Memulakan perjalanan pukul 8.30am waktu tempatan. Banyak masa di habiskan di atas kenderaan memandangkan perjalanan yang jauh, bentuk muka bumi yang berbukit juga faktor jalan yang kurang baik. Seronok berada dalam kenderaan dengan pemandangan kawasan pergunungan yang di penuhi teres padi, sesetengahnya menanam sayur dan jugak jagung. Bayangkan di tengah-tengah sawah nan menghijau ada orang tanam sayur! Cuaca pun best yang sedang-sedang aje.

Ada jugak yang tak bestnya. Kakak mula muntah bukan sekali tapi berkali-kali muntah. Separuh jalan kami berhenti di satu tempat yang ada kedai jual pelbagai cenderahati dan jaket. Kat situ juga kita boleh menikmati pemandangan yang sangat owhsem. Malangnya hanya guna kamera cap sauh kalau guna DSLR puas hati ambik gambo. Kat situ habiskan duit beratus-ratus jugaklah, kalau guna duit rupiah juta-jutalah. Kakak dah terbekenan sehelai jaket jadinya abang dan adik pun kena belikan jugak. Harga kira oklah hanya Rm30 sehelai. Abah beli beg sandang. Mak tok belikan jaket jugak untuk adik-adik dan untuk angah belikan tali pinggang kulit upah depa kena tinggai.

 Adik yang teruja kat pelantar. Pemandangan dari sini memang sangat-sangat cantik. Boleh lepak-lepak minum kopi jugak kat sini. Paling terkenal kat sini dah tentulah teh halia. Adik berlari naik turun kat pelantar tu.

Nun di bawah sana sebuah masjid di tengah sawah. Subhanallah...memang sangat-sangat mendamaikan. Pemandangan yang hanya kat sini kita boleh lihat. Tidak pasti berada di kelok berapa rasanya kelok 30. Masih perlu meneruskan yang agak panjang untuk sampai ke kelok 44.


Dari tempat yang sama dari arah yang berbeza. Dicelah-celah pepohon menghijau, di celah-celah rumah yang tidak tersusun terdapat sebuah masjid/mosolla. Ianya tidak jauh dari masjid tadi. Mungkin untuk kegunaan penduduk disekeliling itu sahaja. Apa yang pasti mosolla sangat senang di lihat di sini, jaraknya juga sangat dekat antara satu sama lain. Mungkin menjadi kebiasaan penduduk akan berjemaah di mosolla setiap kali waktu solat.

Antara cenderahati yang terdapat di situ. Pelantar untuk menikmati pemandangan berada di belakangnya. Tidak ada apa yang dibeli di sini. 

Danau Maninjau di Kelok 44. Kebiasaannya pemandu akan berhenti di sini untuk kita melihat pemandangan sekitar. Tidak jemu mata menikmati pemandangan yang sangat indah di situ. Langit dan tasik bagai tiada pemisah, bagai bersatu.

Abang duduk termenung di tepi sawah. Menikmati alam semulajadi. Walaupun ketika itu tengahari tetapi tidak terasa panasnya.

Kakak bergaya dengan jaket yang baru dibeli. Permintaan anak-anak mana bisa ditolak. Mak tok mata entah ke mana, agaknya asyik melihat orang berjualan.

 Kat sini juga banyak cenderahati di jual. Pandai-pandailah tawar-menawar. Beg cross stitch yang besar itu di jual dengan harga Rp100,000 untuk 4 biji lebih kurang Rm32 mengikut tukaran semasa. Belilah jugak coz mak tok dah berkenan, ada banyak saiz. Anak-anak beli beg handphone. Ada juga dijual kain batik dan pelikat dengan harga Rm10 tetapi memang cantik kualitinya. Semuanya mereka ini penduduk tempatan.

Perjalanan yang jauh memang memakan masa. Rasanya 4 hari 3 malam memang tidak cukup untuk jalan-jalan di sini. Separuh hari sudah dihabiskan untuk ke sini sahaja, itupun kami tidak meneruskan perjalanan ke rumah kelahiran  Prof. Dr  Hamka yang mengambil masa lebih kurang 30 minit lagi dari Danau Maninjau memandangkan anak-anak dah penat. Kakak pulak dah berkali-kali muntah tapi setiap kali lepas muntah dia elok je makan dan makan lagi.

Sekitar Danau Maninjau jugak terdapat penginapan yang di sediakan. Kami tidak berminat untuk bermalam di sana. Memandangkan banyak aktiviti yang hendak di buat di Kota Bukit Tinggi.

You Might Also Like

11 ulasan:

  1. best nyerrr...dpt tgk padi menguning... ni yg rs x sabo2 nk ke sn.. ;-) insya allah

    BalasPadam
  2. Bila dah tiba tempat org kalau tak membeli sebagai ole-ole mana puas Aina. Apa lagi kalau berkenan dihati dan kewangan juga mengizinkan pasti akhirnya membeli juga:)

    BalasPadam
  3. pic masjid tengah sawah tu paling menariklah !

    BalasPadam
  4. cantiknya pemandangan sawah.. tak pernah dapat jumpa padi masa musim tengah nak masak.. hahaha..jakun..

    BalasPadam
  5. wahhh aina pun jalan jalan jugak.....

    BalasPadam
  6. cantiknyer view sawah tu sejuk mata memandang

    BalasPadam
  7. pemandangan kat indon ni mmg cantik2..cuma kehidupan mereka agak sukar..tu yg kita rasa bersyukur di tanahair sendiri..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Aina

    cantik pemandangan padi bukit mereka

    BalasPadam
  9. Yalah..cantik permandangan masjid dekat sawah tu.. sedap mata memandang..

    BalasPadam
  10. Aina, di bkt tinggi memangla banyak acara.beli kain sulam kan ? he he.

    BalasPadam

  11. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    BalasPadam