Pasar Koto Baru, Rumah Gadang, Malim Kundang

7:43 PG JunAina 23 Comments

Hari ketiga kami di Bukit Tinggi, perancangannya hari ini akan ke Padang tapi tak sangka pulak pagi-pagi lagi Aldi dah cadangkan kami bertolak ke Padang mungkin dia mengejar booking untuk petang kerana selepas sampai di Bukit Tinggi Ricky menggantikannya sebagai pemandu. Tak sempatlah hendak pergi ke Hajah Rosma, Pasar Aur Kuning mahupun tempat-tempat sulaman yang selalu di ceritakan dalam blog. Selepas sarapan kami berkejar sekali lagi ke Pasar Atas coz daddy nak tukar barang. Dua jam kat situ, sempatlah juga beli barang-barang sedikit. Lepas tu kami bertolak. Hari isnin yang sangat macet. Rupanya kami melalui pasar pagi yang sangat sibuk. Jalan pulak kecik, 2 jam terperangkap kat situ sahaja.

Jalan-jalan di Bukit Tinggi kami tiba-tiba sampai ke Kelantan! Jangan panik. Ini adalah Pasar Koto Baru di Bukit Tinggi. Elakkan menggunakan jalan ini di pagi Isnin. Menyesal tak ikut jalan melalui Danau Singkarak, konon nak cepat sampai, akhirnya 5 jam jugak baru sampai Kota Padang.

Sama seperti di Kota Bharu, Kelantan. Kat sini kebanyakan peniaga adalah terdiri dari kaum wanita. Pasar ini sebenarnya pasar borong.

Perit melalui jalan yang macet, kami singgah di Rumah Gadang yang merupakan muzium adat. Bayaran dah tak ingat berapa. Kat sini petugas akan bagi taklimat berkenaan Rumah Gadang dan adat pepatih. Rumah ini dibina tanpa menggunakan paku. Gempa pada tahun 2009 sedikit pun tidak menjejaskan strukturnya.

Kami ambik peluang bergaya dengan pakaian pengantin di sini. Kalau tak cuba mahu balik teringat-ingat pulak. Nak datang lagi entah bila pulak. Abang suka spoilkan gambar tapi yang ni senonoh sikit.

 Panglima Melayu. Suka gambar adik yang ni. Adik mengenakan baju sama warna dengan mama dan abah.

 Kakak bagai puteri dalam persalinan berwarna ungu. Cantik sangat, mama suka.

 Mak tok pun tak lepas peluang nak jugak try jugak. Dah sampai mestilah cuba kot-kot balik Malaysia pejam mata dok teringat-ingat pulak. 

Gambar ini sebenarnya bukan nak tayang adik tapi nak tunjukkan betapa halusnya ukiran kerja tangan orang Minang. Sangat cantik. Kalaulah dapat buat rumah macam ni bestnya.

 Akhirnya kami late lunch lagi di Rumah Makan Palanta. Menghidangkan makanan laut. Pak Tuan pun berangin lagi. Muka dah ketat masing-masing lapar sangat. Pulak tu bawak ke tempat makan yang odernya kena tunggu lama. Bakar ikan. Service memang lambat. Mintak air pun berjam-jam baru sampai sedangkan waktu tu tak ramai pun pelanggannya. Tak ada gambar ikan bakar yang di snap, penat layan angin Pak Tuan.

Adik suka laut. Sejak sampai sehinggalah makanan terhidang dia tak jemu-jemu mengadap laut. Banyak soalan-soalan yang ditanya termasuk macam mana ombak terjadi. Susah omak nak jawab, guna ayat-ayat sains nanti anak pulak tak faham.

Akhirnya kami check in di Edo Hotel. Memang tersangatlah letih seharian dalam perjalanan. Kalau ada lain kali memang masa akan di habiskan di Bukit Tinggi sahaja tak mau singgah Padang lagi. Perancangannya nak   bershopping di Ramayana ataupun sekitar pasar di Padang tetapi dah tutup pulak. Siang esoknya ingat nak habiskan rupiah yang ada tetapi hajat yang satu nak jugak buat. Bawak anak-anak tengok Malim Kundang. Malam tu je dapat keluar jalan-jalan sekitar pasar tu pun dah nak tutup tapi blouse, skirt, kasut semua murah-murah sangat kat situ.

Sarapan di Edo Hotel rate sama sahaja dengan Nikita Hotel yang kami dapat dari Aldi. Kalau teringin hendak bershopping di Ramayana bolehlah pilih hotel ini. Bilik luas dan selesa, bilik air pun bersih.

Panjat bukit kemain tinggi nak sampai sini, terhenjut-henjut van tu nak bawak kami semua dan barang-barang shopping. Melalui pantai dan melintas bukit. Akhirnya sampai jugak. Kalau kat Malaysia rasanya tak teringin kot orang nak pergi dengan keadaan tempat macam tu. Tulah jalan nak pergi tengok anak yang di sumpah ibu. masa balik ada budak minta sumbangan kononnya nak buat jambatan untuk kemudahan kat situ. Pejam mata bagi jelah seribu dua.

Aina memang nak sangat bawak anak-anak pergi sini. Tak kiralah ianya hanya mitos atau rekaan. Nak gak tunjuk kat depa jangan derhaka kat mak-bapak kalau tak mau jadi batu lagu tu...hahahaaa... Tapi tengok area situ macam depa buat balik ja batu-batu tu. Redah jelah.

Lepas tu kami terus ke bandara. Walaupun masih ada 3 jam dan Ricky ajak pergi makan dulu Pak Tuan   berkeras tak mau makan. Takut tertinggal kapal terbang lagi sekali macam kat Sabah dulu...hahaaa... Kami check in dan lepak-lepak kat bandara. Lepas solat zohor kami semua masuk ke balai menunggu. Kapai terbang delay 20 minit.

Overall pergi Bukit Tinggi kali ini memanglah agak kechewa. Banyak tempat yang dah masuk senarai tak dapat pergi. Sedikit sejukkan hati bila tengok anak-anak dan mak nampak hepi ja. Di sebabkan hari pertama digunakan untuk ziarah seorang kawan jadinya aturcara kami di sana sedikit terganggu. Tiada yang lebih penting bila dapat memanjangkan silaturrahim yang telah lama terjalin. Alhamdulillah hajat ke rumah Iyen terlaksana jugak.


You Might Also Like

23 ulasan:

  1. Aina...
    melawat dan menziarah teman memang digalakkan...
    seronok juga rupanya ke Bukit Tinggi tu...
    nanti ada yg ingin akak tanya lebih lanjut...
    berminat rasanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lawatan Aina ni pun tak sempurna Kak Rahmah tapi insyaallah Aina akan bantu mana yg termampu.

      Padam
  2. Segaklah hero-hero berbaju tradisi macam pengantin dah.. Kakak pun dah macam puteri - ayu sungguh.

    BalasPadam
  3. best !......meniti di titian kayu tu terinagt kampung aruah nenek, tempat tu sesuai utk 'bertenggek' ...haha zaman dulu kala..biasak arr tuu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. PCL zaman dulu kala kat Malaysia depa skrg masih ada lagi...:)

      Padam
  4. saya dah tergoda nak explore Padang/Bukit Tinggi ni..
    nak nengok Malim Kundang!

    tiket ke sana selalunya murah!!

    BalasPadam
  5. malim kundangtu akak memang penah dengar kisahnyer.. elok anak2 taukan...moga dapat iktibar... seronoknyer perjalanan cam gini... dah lama tak buat..

    BalasPadam
  6. Tak pernah sampai lagi...
    Seronokknye gi sana...ada rezeki kakain pun nk bwk anak2 kesana jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aina cuma habis tak sampai Rm4k untuk 6 orang. Kira all inlah tu. Tiket kapal terbang, hotel, makan dan transport tp tak derlah shopping sakan. Ambik AA masa promosi je.

      Padam
  7. perghhh... memang menarik.. Tq atas ucap selamat utk adik yer

    BalasPadam
  8. Done cuit2 nuffngx2 juga

    BalasPadam
  9. bestnyaaaaaaaa.
    kalau ikutkan dr pbacaan ayu.
    kbanyakkan tradisi dan cara hidup mereka sebiji mcm melayu kat malaysia


    kann kak jun

    BalasPadam
  10. teringin jugak nak try pakaian tradisional tu....arr..jeles!

    BalasPadam
  11. fuhh terpegun tgk persalinan2 tu..cantik2.....lip lap lip lap gitu hah.....

    BalasPadam
  12. bestnya dapat berjalan2 ke Bukit Tinggi..saya ni bilalah dapat...nasib baik ada kekawan yang tunjukkan gambar2 mcm gini..taklah kita jadi jakun nanti..

    BalasPadam
  13. Steady lah Mak Tok!!! Sporting :)

    BalasPadam
  14. ni yg bertambah2 menggamit sy utk g ke sn..insya allah...
    p/s tingat cite malin kundang dulu

    BalasPadam
  15. Makan dekat sana macam sedikit kecewa je kan.. Kalau servis lambat memang slera makan pun hilang la kan kak

    BalasPadam
  16. Seronoknya jalan2 ke Bukit Tingi..

    Cantik pakaian yg mak tok pakai.. tuh..

    BalasPadam
  17. cantiknya susunan rumah gadang tu.. :D

    BalasPadam
  18. Kak Zai suka tengok rumah gadang tu. Pernah tengok rumah seakan begitu di Medan.

    BalasPadam
  19. kalau saya ke Bukit Tinggi, mmg blog akak saya jadikan rujukan!!

    BalasPadam