Pengalaman Naik Bas Ekpress Dari Kangar ke Kuala Lumpur Bahagian 2

6:00 PTG JunAina 20 Comments



Sambung dari bahagian 1...


12.45 bas ekpress dari syarikat yang sama sampai dan menurunkan penumpang di luar platform berdekatan stesyen bas henti-henti, rupanya bas tersebut juga akan membawa kami semua ke Kuala Lumpur dan Kajang. Non-stop trip! Naik bas penumpang duduk berselerak ikut suka hati kerana tiada nombor pada setiap tempat duduk seperti kebiasaannya. Saya bernasib baik kerana masih ada tempat duduk bersebelahan yang boleh saya duduk berasama anak kalau tak memang saya minta pemandu atau kakitangannya kira balik penumpang mengikut turutan nombor tiket masing-masing!. Perkara pertama yang saya tanya kepada budak yang memeriksa tiket adalah 'bas ini ada pemandu gantian atau tidak'. Alhamdulillah pemandunya tetap 2 orang.


Kami bertolak sekitar jam 1am dari Alor Setar. Setiap kali pemandu menukar gear akan ada suatu bunyi seolah gear mengalami masalah. Nampak sangat bas berada di dalam keadaan yang kurang memuaskan. Saya hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t melindungi perjalanan kami semua hati sedikit runsing bila memikirkan Changkat Jering dan Gua Tempurung. Saya tak mampu melelapkan mata. Rasanya dalam perjalanan sekali lagi bas berhenti mengambil penumpang sekitar Sungai Petani. Saya hanya tidur-tidur ayam sehinggalah bas berhenti di Hentian Jalan Duta dan kemudian ke Pudu Sentral akhir sekali ke Kajang menurunkan penumpang. Semasa bas berhenti berehat di R&R yang terdapat di lebuhraya saya langsung  tidak turun.


Alhamdulillah saya selamat sampai ke Kajang. Saya meminta pemandu memberhentikan bas di pertengahan jalan di depan sebuah tokong di Jalan Reko tidak terus ke Hentian Kajang kerana kebetulan saya boleh mengikut jalan belakang untuk balik ke rumah. Pemandu kali ini sangat berbudi-bahasa meminta saya tunjukkan tempat sepatutnya dia berhenti. Katanya dia tak biasa dengan Jalan Reko sebab ini sepatutnya bukan laluan dia, hanya menggantikan bas lain yang menghadapi masalah. Bila berhenti dia turun bukakan tempat menyimpan barang serta tolong angkatkan beg-beg saya dan letak ke tepi. Sejuk sikit hati.


Ajal-maut, jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Kita sebagai manusia sepatutnya berusaha. Sekiranya bas berada di dalam keadaan tidak memuaskan seharuslah dibetulkan dahulu. Pemandu harus perihatin, tuan punya harus bertanggungjawab. Saya rasa pemandu pertama yang memandu bas ke Klang/Shah Alam perlu mengikuti krusus cara untuk melayan penumpang. Shamisha Holiday perlu lebih perihatin dengan keadaan bas. Pantau juga pemandu-pemandu yang ada. Saya tidak meletakkan kesalahan kepada orang tertentu tetapi sekiranya semua bertanggungjawab tidak akan timbul banyak masalah, kesilapan teknikal akan berlaku di mana-mana tetapi ia mampu dielak, kecuaian pulak akan membawa padah.


Bagi saya pengalaman pertama ini membuatkan saya serik untuk menggunakan perkhidmatan bas Shamisah Holiday lagi, selagi boleh elak saya akan elak kecuali sudah tiada pilihan lain. Tiba-tiba saya terbayang sekiranya mak yang berada di dalam situasi tadi sebab mak selalu berulang dari Perlis ke Kajang. Terkial-kial turun naik bas di tengah malam kemudian terkial-kial pula mengangkat beg dan biasanya dengan banyak barangan bekalan lain di usia tua sebegitu.


Mungkin rezeki saya tidak baik ketika itu, mungkin juga Allah s.w.t sedang menguji kesabaran saya. Anda ada tak pengalaman yang boleh membuat hati di simbah lahar gunung berapi ketika menggunakan perkhidmatan bas ekpress jarak jauh? Boleh kongsi bersama.



You Might Also Like

20 ulasan:

  1. sepanjang sy naik bas xpress, mmg x pernah kena mcm ni & yg pasti x pernah naik bas company ni...

    BalasPadam
  2. Aina saya dah 2 kali terkena dgn Shamisah ni.tobat tk naik dah.sebelum naik janji macam2 bila naik tukar bas smpai 2 kali sebelum smpai kangar.tobat tak naik dah..geram rasa macam nak tampaq muka org masa tu..

    BalasPadam
  3. assalam Aina..acik memang tak de pengalaman naik bas..cuma masa muda2 dulu je ada naik bas untuk pi bekursus

    BalasPadam
  4. alhamdulillah.. selamat semunye..

    oo.. akak duduk dekat jalanreko.. akhirnye saye tau.. dari dulu terfikir2 akak duduk mane.. sebab saye duduk dekat sg kantan..:)

    BalasPadam
  5. lama tak naik bas express. geram gak baca ni. itulah pokok pangkalnya budi bahasa...tak kira keje apa pun...sy penah gak naik bas isu tiket...sy naik dr dungun ke kl...org di paka ke mana tak ingat...no. seat sama...agak haru gak masa tu...

    BalasPadam
  6. SA x pernah lagi naik bas untuk perjalanan jauh....nak cuba jugak nanti..

    BalasPadam
  7. Sebab tu la lebih ramai yg suke naik transport sendiri instead public transport kan...

    BalasPadam
  8. Menakutkan bila naik bas.. ginikan..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak, sheila selalu gak naik bas ekspress bila balik kampung dengan suami. minggu lepas naik bas terhoyong hayang. ngeri ok. suami sheila tak berani lelap mata tapi sheila dah hanyut sampai ke Australia ;p

    BalasPadam
  10. macam2 ragam kan kerenah pemandu bas ni
    yumida klo tumpang bas slalu ambik part siang
    coz masa siang blh tgk kiri kanan

    BalasPadam
  11. Salam Aina
    pengalaman pahit juga kiranya tu kan..walaupun perjlnan akak ke Melaka tk sejauh Perlis namun sepanjang akak menggunakan perkhidmatan bas ekspress ni tk pernah lagi jumpa driver yg bongkak mcm yg Aina kena..
    Alhamdulillah semuanya selamat kan Aina..

    BalasPadam
  12. tiada mutu...maka perkhimatan awam..makin di jauhi

    BalasPadam
  13. lama tak naik bas express, jun..
    ada tak ada, naik bas yang disewa; bawa bebudak p rombongan@cikgu2 buat lawatan je.

    BalasPadam
  14. alhamdullilah selamat.Anak saya kena bas rosak sampai 2 tiga kali pebaik.Dari patut sampai awal pagi jadi petang baru sampai.jenuh kena explain kat manager tak dapat pi kerja hari tu...
    La ni bas trans pun dah cacamerba.Juga terkena dgn maraliner baru ni..
    Mungkin tu semua nasib kot...no.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah selamat sampai..nasib baik pemandu bas ke-2 nie bagus kan..=D

    BalasPadam
  16. Syukur Alhamdulillah, Aina dan anak selamat tiba akhirnya. :)

    BalasPadam
  17. Sekarang ni mmg seriau nak naik bas kan JA kecuali terpaksalah...
    Belum baca yg part 1 so mmg tak tak cerita...
    Emak OKje dah tak larat dah JA naik bas, emak JA sure muda lagikan!

    BalasPadam
  18. kadang2 pikir2 balik kesian gak kat driver2 bas ni. Ada skali pengalaman saya, masa tunggu bas express di kampung nak balik ke KL, driver yg baru sampai dgn bas tu siap turun dari bas bawa towel pegi mandi di toilet stesen bas. Gayanya macam baru habis 1 trip. Tak sempat rehat, dah kena sambung bawa trip ke KL. Kesian gak diorang nak cari rezeki. Tokey2 bas ni patut lebih prihatin jaga kebajikan driver2 bas.

    BalasPadam
  19. Ingat lagi masa nak pergi pulau redang, saya naik bas sani express perkhidmatan mmg memuaskan dan sentiasa senyum kepada penumpang, sani mmg terbaik dri segi layanannya. Pemandu tidak sombong dan bas yg selesa. Mmg tiada pilihan lain selain sani.

    BalasPadam