Allah Lebih Tahu
Hari ini merupakan hari sangat sibuk bila ada drawing yang perlu di ubah sana-sini tetapi bukanlah kerja-kerja teknikal tetapi lebih kepada client request untuk masukkan itu dan ini pada title block. Mereka buat permintaan saat-saat akhir di garisan penamat! Toinkk..toinkkk dah kepale...
Tiba-tiba dapat email pulop minta hold everythings, katanya client tak setuju dengan pertukaran dibuat padahal dah hantar template bagi depa. Itulah masalahnya bila kita kerja depa tido, kita dah petang baru depa masuk kerja.
Hati saya rawan. Bila stop semua kerja ingat nak rehatkan minda, tetiba my pinky berbunyi nyaring. Nombor pulak tidak di kenali tapi angkat jugak.
'Assalamualaikum'
'Adik Jun ke'
'Ni Ayah Ngah dari Terengganu, nak bagitahu Ayah Long kritikal di Hospital Terengganu'
Saya kaku. Kaku sebab tak pernah dengar abang sulung arwah ex-husband ni sakit sebelum ini.
'Setahu saya Abang Lim sihat. Kenapa pulak tiba-tiba masuk hospital?'
'Pagi tadi dia pergi mengajar macam biasa, kena serangan jantung kat sekolah'
Terlopong. Kesian Kak Lah, kesian anak-anak mereka.
'Ayah Ngah telefon bagitahu sahaja, nanti kalau ada apa-apa perkembangan Ayah Ngah bagitahu. Boleh kan telefon bila-bila masa pun?'
'Boleh, tak ada masalah. Saya doakan Abang Lim sembuh seperti sediakala'
Lepas Ayah Ngah bagi salam dia letak telefon. Saya tak berani nak telefon mahupun sms Kak Lah.
Hati saya menjerit. Wajah Abang Iqbal dan Kakak Hayani bermain di mata. Itulah satu-satunya bapa saudara mereka yang ada. Ikut hati hendak sahaja terbang bawak anak-anak ke sana tapi siapalah saya. Syurga saya sudah berpindah milik, pasti tidak akan ada ke izinan darinya. Bagi dia anak-anak mejadi tanggungjawab dia sepenuhnya setelah di tinggalkan arwah bapa mereka begitu sahaja. Saya tak salahkan dia, ada kewajaran dihatinya terpalit dendam kerana anak-anak membesar tanpa ehsan keluarga sebelah sana. Tetapi hati seorang ibu tetap tersentuh.
Saya mendoakan yang terbaik buat Abang Lim. Hati saya turut berduka dengan apa yang menimpa. Kuatkan semangatnya Ya-Allah untuk menempuh ujian-Mu ini. Kuatkan juga hati Kak Lah, hati anak-anak mereka serta semua keluarga di sana.
doakan semoga smua selamat..
BalasPadamKuatkn semangat kak jun..mesti ade kebaikan disebalik dugaan..
BalasPadamChe Mid PERNAH mengalami keadaan yang sama, di mana suami tak suka kita berhubung dengan keluarga ex hubby. Hinggakan Farhan tak dapat berjumpa dengan arwah ayahnya (memang ayah tak jenguk langsung pun) sehingga ayahnya meninggal, itupun akak berkeras nak bawa Farhan ziarah tapi dah sehari lewat..sedih juga sbb Farhan tak dapat 'bayangkan' wajah ayahnya langsung kerana ditinggalkan semasa bayi lagi. Tapi demi kebaikan masa depan, elok disambungkan silaturrahim lebih2 lagi disebelah bapa.. kaitan mahram sangat rapat.. mungkin boleh jadi wali.. kita jadi ibu memang serba salah kan..
BalasPadamcubalah call kak lah. memang kitatak berani nak call seseorang yang dalam kesusahan seperti kak lah. insyaAllah, panggilan dari jun boleh mengurangkan bebanan yang bersarang difikirannya.
BalasPadamAllahhuakbar~ moga selamat semuanya~
BalasPadaminsya allah semua nyer akan selamat
BalasPadamsama-sama kita doakan ..
BalasPadammoga ada jalan yg membahagiakan semua....
BalasPadammmg sedih...