Riang-Ria Raya
Syawal 29. Detik-detik terakhir kemeriahan bulan raya masih di teruskan. Kali ini tentu bahagian kami meraikan Hari Raya bersama juga meraikan kawan-kawan yang mendapat cahayamata juga kawan-kawan yang berjaya dalam perjuangan pelajaran mereka. Bekerja tak bermakna tidak boleh belajar. Saya tabik mereka ini.
Terasa sedikit janggal makan-makan kali ini. Biasanya bilangan kami melebihi 100 orang tetapi kali ini agak lenggang. Sedih. Kami yang tinggal kurang dari 30 orang untuk meraikan majlis ini setelah di tolak kawan-kawan yang telah diberhentikan, sukarela berhenti kerana mendapat tawran lain juga yang terpaksa berkerja luar kawasan, bercuti mahupun bercuti sakit. Bilangan keseluruhan yang tinggal hanya 50 orang. Majlis sangat tidak meriah tetapi kami tetap makan-makan dengan meriah!
Seperti biasa majlis dimulakan dengan ucapan Manager Of Department (MOD). Bos kami telah naik pangkat berada di level management, buat masa sekarang di pangku oleh Mr. Eugene dan insyaallah mungkin akan megambil alih secara rasmi tidak lama lagi. Kami akan terima bos baru, sekrang pun dia telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Saya harap dia akan jadi bos yang baik untuk selamanya. Bukan senang nak jadi bos. Buat Mr.Eugene tahniah. nanti bagi increement bagus-bagus ya...hiksss...
Kemudain memberi peluang kepada our ex HOD yang telah menjadi Advisor untuk bahagian kami, naik pangkat jugaklah. Willem Frederik De Vos dan saya lupa nama Islam dia. Dulu dia yang interview saya lepas tu masa dia jadi bos jugak saya dapat status 'Senior'. walaupun senior kerja saya kecik almaklumlah saya akan berada paling bawah dalam carta. Saling lengkap-melengkapi.
Hidangan raya seperti biasa wajib ada lemang dan rendang ayam, nasi impit dan kuah kacang, nasi goreng, bihun goreng dan capati for vegi, kuih muih dan biskut raya. Tak lupa air oren dan teh tarik yang menjadi 'trade mark' setiap kali acara makan-makan. Satay yang hanya tiba bila semua orang selesai makan dan akhirnya kami bungkus dan hantar kepada kawan-kawan yang telah balik ke lantai masing-masing (satu dept berlainan lantai, lumrah). Satay yang sedap tetapi pengurusan masa membuatkan majlis kami terganggu, bukan sekali dah berkali-kali kena rasanya seperti perlu mencari 'supplier' baru (hilang satu bisnes)!
Hidangan raya seperti biasa wajib ada lemang dan rendang ayam, nasi impit dan kuah kacang, nasi goreng, bihun goreng dan capati for vegi, kuih muih dan biskut raya. Tak lupa air oren dan teh tarik yang menjadi 'trade mark' setiap kali acara makan-makan. Satay yang hanya tiba bila semua orang selesai makan dan akhirnya kami bungkus dan hantar kepada kawan-kawan yang telah balik ke lantai masing-masing (satu dept berlainan lantai, lumrah). Satay yang sedap tetapi pengurusan masa membuatkan majlis kami terganggu, bukan sekali dah berkali-kali kena rasanya seperti perlu mencari 'supplier' baru (hilang satu bisnes)!
The girls yang tinggal mana Kak Kiah menghilang seorang tercicir. Hanya ini yang tinggal setelah katanya 'right sizing'. Hiba mengenangkan rakan-rakan yang sudah tidak bersama kami, berjuang di sini.
Yezza...Kak Kiah tiba-tiba muncul, sempat lagi posing kat pantry. Masa ini tengah buat persiapan, menghidang bagai.
Kami sedang tekun mendengar perutusan dari MOD Mr. Eugene Ong.
Some token for them. Atas adalah penerima untuk 'new baby born' Zaid Senior dan Zaid Junior. Gambar bawah pula token untuk kerja keras mereka menamatkan 'Master' masing-masing. Design Specialist kami ini memang kuat belajar dan dia suka galkkan kami belajar tapi dah tua-tua ni otak pun dah berkarat dan penyakit 'm' tu yang besar sebenarnya. Baju biru tu our MOD to be tak lama dah tu.
Puding karamel yang marbeles air tangan si tudung halfmoon hijau, Ann sama juga dengan rojak buah tu. Saya hanya bawak perot!
Token for them!
MOD to be Mr. Eugene Ong and Willem Frederik De Vos our dept advisor.
Walaupun yang tinggal tidak seramai dulu tetapi kami tetap makan dengan meriah, masih lagi bersatu demi kelangsungan masa depan. Siapa juga yang memimpin kami akan kami akur dan kami terima dengan gembira kerana mereka ada orang yang telah sekian lama bersama kami meniti susah dan senang.
Makan dengan meriah barulah seronok dan 'bernyawa'... :)
BalasPadamwpun saat akhir syawal.. makan tetap makan hehe ;)
BalasPadamhari ni pun dah last syawal.. x ramai janji masih ada sambutan dan terasa kemeriahan oklah tu ..
BalasPadamkemeriahan dihujung syawal...
BalasPadamsedapnya karamel tuh...
amboi rojak buah...terliur tgk..hihi
BalasPadamwahhhh dah hujung2 ni lebih meriah kan.. selamat hari raya kak :)
BalasPadamsempat lagi beraya disaat2 akhir
BalasPadamwah best nya dapat makan2
BalasPadammakan2 mestilah meriah..walau di hati tetap ingat kt kawan2 lama kan..xpelah sis..kita yg tinggal mmg kena teruskan hidup seperti biasa..
BalasPadammeriah syawal tak habis ya di sana...
BalasPadamsp dah sepi..hee
sy pun kenyang mkn jamuan persatuan tadi...
BalasPadamTengok rojak tuh sedapnya.. Hari nie kat ofis pun ada Bahagian wat makan2 penutup syawal
BalasPadamJun, sambutan raya kat ofis saya minggu lepas... Amy Search pun ada... happening giler kami nyanyi ramai-ramai lagu Rozana dan Fantasia Bulan Madu.
BalasPadamAssalamualaikum. 50 ke 100 kalau 'ngam' pasti terasa kemeriahannya.
BalasPadamWah Aina... masih beraya lagi yee.. jamuan kira besar tuu. siap token2 bagai.. aduii sedap nya rojak buah tu. akak punya feverat tauu..
BalasPadamMeriah...
BalasPadamkak jun...
BalasPadamrojak buah tu nampak sedap jekkk....
ade bagi token gak ekkk....bestnyaaaaa...
makan2 tak kisahler ramaiker sikit yerk.. company besar gak tu...
BalasPadammeriah majlis kak walau akak kate dah tak seramai dulu...biase la tu kak bile ade yg masuk dan keluar....kisah normal sebuah pejabat heheeheh...yg penting mane yg tinggal tu kene ceria2 so baru lah meriah majlis .....
BalasPadamBegitulah Aina... apa pun juga yg tertulis kehidupan kena teruskan. Yg masih kekal teruskan kerjaya. Yg kena retrenched insya-allah di luar masih ada peluang dek kerana experience yg dah ada.
BalasPadamMakan-makan kain beransur tapi tetap meraiah juga. Sate lambat ada hikmah utk bungkuslah tu:)
meriahnya akak...walaupun dah tak seramai macam akak ceritakan...kegembiraan tetap ada...mudah-mudahan kita semua terus diizinkan dalam mencari rezeki yang halal dan berkat
BalasPadamAlahai teringat masa keje dedulu ...makan makan dept sure ada lebih lebih lagi time nak habis Syawal ni
BalasPadam