Hotel Berdekatan Pulai Spring Resort

4:02 PTG JunAina 22 Comments


Akhir bulan November suami saya akan menghadiri majlis makan malam tempat kerjanya di Pulai Spring Resort, 20km, Jalan Pontian Lama, Pulai, Johor. Masa tu dah cuti sekolah, hajatnya nak bawak anak-anak bercuti sekali tetapi bila cuba booking bilik semua dah penuh pulak pada tarikh tersebut di tempat yang sama. Mungkin syarikat tempat suami bekerja sudah buat tempahan awal secara besar-besaran. Berkenan sangat dah dengan resort ni, cantik dan nampak nyaman sahaja. Saya sudah menghantar email untuk bertanya kekosongan bilik tetapi malangnya tiada juga yang kosong pada tarikh tersebut.



Hotel besar cam gini boleh fully booked. Sob...sob...



Teruja wehhh nengok swimming pool dia walaupun tak tau berenang...wakakaaa...


Ini kali pertama saya akan ke Selatan Tanahair, sebelum ini kalau pergi Johor paling jauh pun hanya sampai ke Muar sahaja. Jalan-jalan di sana pun saya tidak mahir tetapi tak kisah sangat sebab suami akan jadi co-pilot. Masalah besar sekarang saya ingin mencari hotel yang terdekat dengan Pulai Spring Resort supaya senang suami hendak pergi ke Majlis Makan Malam anjuran pejabatnya nanti. Saya sudah minta bantuan google tetapi skill saya agak kurang jadi hanya sedikit info yang saya dapat.


Ada tak antara kawan-kawan yang boleh tolong?

1.  Senarai hotel berdekatan dengan Pulai Spring Resort.

2. Tempat-tempat menarik terdekat yang boleh kami lawati sekitar kawasan tersebut.

3. Tempat makan yang menarik dan sedap yang boleh kami sekeluarga kunjungi.


Makan malam tersebut hanya untuk kakitangan sahaja jadinya malam itu saya bolehlah jalan-jalan dengan anak-anak dan biarkan abahnya berhappy-happy dengan kawan-kawan. Sesekali bagi peluang apa salahnya tapi masih dalam pengawasanlah!



You Might Also Like

22 ulasan:

  1. Saya orang Johor pun tak pernah ke Pulai Spring Resort..Tapi resort tu memang best, cuba tanya kak Zakie (zakiepurvit.blogspot.com) Mungkin dia boleh bagi idea..Saya tak pasti kalau ada hotel lain berdekatan situ, rasa cam takde..

    BalasPadam
  2. pulai spring resort tu dkt umah makcik ayu.. kalau hotel terhampir rasanya rose cottage xjauh dari pulai spring tu. dlm 5minit je. tapi hotel budget.. nanti tanyakan kawan-kawan..kalau ada kite bgtau akak.

    tempat makan, sy suggest ke taman universiti,skudai.. area sana macam-macam ada.. :)

    BalasPadam
  3. Waah nampak cantik laa kolam renang hotel nie.. cam best jerk..

    BalasPadam
  4. Cantiknya resort tu JunAina..

    Ummi pun akak ke Johor esok, ikut suami berkursus.

    BalasPadam
  5. Pulai Spring Resort ni dah dekat dengan rumah parents saya...~ 7km aja...Yg paling dekat dgn resort ni ialah UTM...Akak boleh la try gi Penghujung Benua Asia kat Kukup tu...~ 70km dari resort tu..Yg ni menuju ke arah Pontian la...Kalau ke arah Kulai, ada JPO..Dan kalau setengah jam dari resort ni, ikut jalan ke Gelang Patah, ada Legoland :)

    Kalau akak nak hotel yg simple simple just utk tido dan dekat dgn resort ni, akak gi aja kat Taman Universiti ( taman rumah parents saya)..ada 2 -3 hotel mini..not bad jugak..sebab parents student UTM selalu tido situ masa Pesta Convo UTM..Kos pun murah...Tapi kalau akak nak hotel yg 3 stars ke atas, akak kena menuju ke JB la..which is ~ setengah jam dari resort tu..

    Makan sedap?
    kat JB melambak port makan best best..
    Akak boleh google aja ..or cuba godek entry2 kat blog saya..pasal mee rebus ZZ...pasal kacang pool Haji...ekekekekeke...Tak sah turun JB kalau akak tak pekenan mee rebus johor, kacang pool...mee bandung muar yg best pun ada kat area Bandar Baru Uda...jangan lupa pekena goreng pisang cecah kuah kicap pedas tau...ni mmg style Johor! ahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terimah kasih DZ, banyak info yg akak dapat ni. Maksudnya Pulai tu dah tak jauh dari JB lah. Akak bukan apa takut booking kat JB pas tu husband jauh pulak nak gi situ. Masa google jumpa jugak le hotel2 kat Taman Universiti tu tapi tak tau berapa jauh dari Pulai Spring tu pulak.

      Ingat nak cari hotel yang ada swimming pool tapi kalau jauh dari situ duduk jelah hotel budget tu, tak payah pening2.

      Padam
    2. Bagus penerangan DZ tu sebab dia org JB.

      Saya tak rekemen Aina dan anak2 tinggal di JB pada hari suami ada dinner di Pulai Spring Resort tu sebab agak jauh dari JB. Elok tinggal di hotel di Taman U spt yg dicadangkan oleh DZ tu. Atau boleh menyewa homestay di sekitar kawasan itu. Homestay ni kebanyakannya rumah teres.

      Kalau nk bawa anak2 berenang dan menikmati suasana percutian di hotel boleh cuba hotel yg dekat Airport Senai. Sofitel kalau tak silap namanya.

      Padam
    3. Ya, terlupa saya.Kalau dekat dengan airport Senai,ada Sofitel Hotel...
      Tapi nakke Senai dah ambik masa min 20min ( sebab faktor jem)

      Padam
  6. hopefully u will get a room.boleh la ronda2, masa pak tuan bersuka ria kan?

    BalasPadam
  7. Ala kalau tak dpt tpt juga bolehlah bermalam di rumah mak sayadi kg belahan Tampok, ianya terletak sempadan antara bp/pontian tapi saya tak biasa pula dgn pulai tu. boleh kenal2 ngan mak saya, kat jg percuma saja.

    BalasPadam
  8. panjang lg masa ..
    mungkin akan dapat tempat yg diidaman kan nanti

    BalasPadam
  9. menanti blogger lain untuk memberi makluman...kancil orang Sabah..ndak arif dalam bab di negeri Johor...hehehe

    BalasPadam
  10. tak pandai jln Johor..last year pergi Legoland pn husband yg drive.. hehe
    makan mlm yg happening setahu saya Dangabay. tu je yg sy tau :)

    BalasPadam
  11. mmg best nmpk pool dia.. xtau berenang pn xpe sis.. yg penting berendam.. hihi

    BalasPadam
  12. 3. tempat menarik..
    Tanjung Piai
    Hujung Benua Asia
    68 km dari resort

    BalasPadam
  13. Walau jln menghala ke Pontian tapi sebenarnya kedudukan Pulai Spring ini lebih dekat ke arah JB tau Aina. Dekat dgn S'pore sebab itu yg penuhkan hotel sebenarnya org seberang sana. Hotel berdekatan seperti Golden Hope, Hotel Selesa pun dekat juga. Susah-susah sewa aje homestay banyak di mana-mana. Makan jgn takut merata tempat boleh pergi. Kalau nak ke Skudai Parade tak sampai 20 minit boleh sampai. Utk ke Plaza Angsana atau Singgah Selalu tak sampai setengah jam boleh sampai...

    BalasPadam
  14. jarang juga ke belah selatan.. harap menemuiler apa yang dihajat...

    BalasPadam
  15. cantiknya..saya orang johor.. tapi tatau ada hotel cun gini.. hahaha..

    BalasPadam
  16. waa bestyner...hari tu pi johor pi danga bay jer...jarang-jarang pi johor...

    BalasPadam
  17. saya pernah duk JB 3 bulan...ekekek...3 bulan je la, so tak dapek nak nolong...huhu

    BalasPadam
  18. kak ni nama je orang johor tapi belah JB kurang expert. cuma..kala berkesempatan turun bp tu, jgn lupa pekena nasi beriyani gam mohd shah. kak tak pasti lagi plan november kami sebab sibuk nak urus barang pindah :-)). kalau kak balik johor on that time, kita dating yaaa

    BalasPadam
  19. alamak.. ni kena tanya org johor

    BalasPadam