Benelli TNT600 Saya Berangan Lagi

9:30 PG JunAina 24 Comments


Borak-borak bersama geng-geng 'jantan' kat pejabat. Memang saya satu-satunya bunga dilingkungi kumbang di lantai sayap kanan tempat saya bekerja tapi nasib baik bunga ini sudah berpunya. Sedikit sebanyak saya tidak dapat lari dari borak-borak kosong dan kadang-kadang borak berisi dia orang. Sesekali saya tetap menyampuk.


Saya peminat motor berkuasa tinggi, depa bersembang berkenaan motor Benelli. Pernah beberapa kali saya menulis secara langsung ataupun tidak langsung. Sekali saya pernah sentuh di entri ini. Bila tajuk borak-borak depa kena dengan jiwa saya secara tak lansung saya turut terjebak. Budak-budak yang tak biasa dengan saya tercengang macam mana mak budak ni boleh join cerita pasal motor besar. Kesian.


Malaysia semakin membuka pasaran yang luas kepada peminat motor berkuasa tinggi, memberi lebih banyak ruang dan pilihan kepada peminat-peminat tegar. Juga bolehlah membuat perbandingan pro dan kontra serta memilih yang terbaik mengikut bajet masing-masing. Nak keluar duit mestilah memilih sedikit, biarlah berbaloi mutunya dengan wang yang dikeluarkan.


Benelli antara jenama yang boleh di pertimbangkan oleh peminat 'naked bike' masa kini. Jenama Benelli beasal dari Itali tetapi tetapi telah di beli oleh sebuah syarikat besar dari China. Persaingan yang sihat memberi kelebihan kepada pengguna. Mempunyai 'body cutting' yang sangat menarik. Enjin 4 stroke memberi kelebihan tersendiri buat motor ini kerana ia akan memberi lebih keseimbangan kepada motor ketika di pandu mahupun ketika berhenti di lampu merah. Bunyinya jugak lebih senyap.





Model : TNT899
Type : 3 cylinders, 4 stroke, 4 valve
CC: 898
Brochure klik sini.



Model : TRE1130K
Type : 3 cylinders, 4 stroke, 4 valve
CC :1131
Brochure klik sini.



Model : Beneli TNT600

Displacement : 600cc
Max Power : 82 Hp (60 KW) @ 11.500 Rpm
Engine : 4 Cylinder, 4 Stroke
Ignition : Walbro ECUA-1
Starter : Electric
Transmission : 6 Speed
Frame : Upfront Steel Trestle
Horsepower @ RPM : 44 @ 11500
Torque @ RPM : 38 @ 10500
Energy : Fuel Injection
harga : ± RM 30,000

Rivew boleh tengok kat sini.

Harga on the road lebih kurang Rm32k, boleh dipertimbangkan dengan bajet. Gosok-gosok Pak Tuan tapi masih tak jalan-jalan jugak. Walaupun sejak awal tahun saya bersara menjadi 'rider' tapi kalau ada sebiji macam ini mahu saya tarik balik penggantungan lesen motor saya tu.


Buat masa sekarang ini saya simpan sahajalah angan-angan tu tetapi kalau ada rezeki terpijak memang saya akan sambar jugak satu. Anak bujang saya memanglah asyik kenen suruh saya beli moto besar nanti bolehlah dia tumpang sekaki. Dalam masa terdekat ini mungkin tidak kerana banyak komitment lain yang lebih penting berbanding kehendak saya nan satu ini. Masa depan anak-anak lebih penting dari memenuhi kehendak sendiri. Kalau mampu apa salahnya. Reward diri sendiri dengan barang-barang kesukaan.



You Might Also Like

24 ulasan:

  1. wahh..hensem moto tu kak.. masa kecik kecik dulu saya suka motor.. skang ni kurang sikit..

    BalasPadam
  2. wah..hebat2 semua tuh..semoga suatu hari nanti akak dpt memilikinya yer...

    BalasPadam
  3. assalam aina..kereta pun acik tau kete malysia je..moto lagi la tak tau he he

    BalasPadam
  4. oooo, akak minat ye, boleh geng dgn laki saya la kak...dia minat giler ni...

    BalasPadam
  5. Fuh buat saya telan air liur. Kalau dengar deruman enjin lagi cair hati. :-)

    BalasPadam
  6. Fuhhh! boleh tahan jugak rege tu, boleh dapat kereta jugak ni :)

    Tp kalau minat apapun sanggup kan ;)

    Moga angan2 jadi kenyataan ye kak :D

    BalasPadam
  7. Kalau dah minat jun,aoa salahnya...

    BalasPadam
  8. Saya ni berbadan rendah tak dapat nak bayangkan kalau naik motor berkuasa besar ni.

    BalasPadam
  9. Bestkan dpt bawa moto besar.. Saya dpt bonceng pun jadi laa.. berdesup peginya.. :)

    BalasPadam
  10. akak, sila beli..
    nnt boleh iyra folo join ride skali.. hehehehe~

    BalasPadam
  11. dah lama tak naik motor
    aritu bila terpaksa naik motor acu jadi cuak lak bila nak menyelit pada hal sebelum ada en.satria bukan main merempit lagi serdang-KL..huhuhu

    BalasPadam
  12. Wow akak...hebat ni....mesti anak2 akak kagum dengan akak

    BalasPadam
  13. beso sungguh moto tuu...mesti berat

    BalasPadam
  14. Fullamak aina
    Cakap pasal motor mmg lancar
    Macam dengar abang motor borak..
    Cantik motor tu..
    Tapi akak jenis penakut jatuh motor.. Sekadar mengagumi dari sini...

    BalasPadam
  15. saya cuma suka tengok je..... kalau terserempak dengan konvoi motor besar tu kagum jer.... tapi tak pernah rasa teringin pun nak naik

    BalasPadam
  16. kalu nak travel satu msia kompom tk sengal montot nih...

    BalasPadam
  17. wow..Benelli..tapi kalau disuruh dee duduk atas motor besar ni skrg..mau cuak..dah tua..jantung tak tahan..hahaha..

    BalasPadam
  18. saya suka sgt motor, tpppp nak kayuh basikal pon x reti, mcm mana he3....

    jd sy mmg setia tengok GP jer la saban tahun ;p

    BalasPadam
  19. fuh cayalah kak...teruslieya terbayangkan erra ummie aida tu ...dieorg kan suke moto besar..tak sangka akak pun gitu...patut le akak letak name rider tuh....hebat la akak....

    akak tau tak, lieya ni penakut naik motor sbb penah jatuh motor dulu...serik dah nak naik lepas tu....

    BalasPadam
  20. YA okje pernah baca pasal kegilaan awak dengan motor besar ni...OKje suka gak motor besar ni tapi hanya suka jadi pembonceng kat belakang tu ajelah ...tak delah sampai tahap boleh bercerita pasal motor hehe
    Ada lesen motor besar ke JA? pergh!!! mmg tabik spring!

    BalasPadam
  21. kalau tengok harga masih mampu, kena buat loan lah... lambat lagi kot. tinggu aina jual 2nd hand.

    BalasPadam
  22. Rasa macam dah komen semalam....belum approve lagi ke?

    BalasPadam