Pengalaman Naik Bas Ekpress Dari Kangar ke Kuala Lumpur Bahagian 1
Pagi ini buka surat khabar terpampang di dada akhbar sebuah bas berwarna kuning dan oren yang terbalik dengan tajuk '16 Penumpang Bas Tercampak, Drebar Maut'. Al-Fatihah. Terasa ingin berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan bas yang sama minggu lepas.
Pengalaman naik bas ekpress dari Kangar ke Kuala Lumpur saya sangat pelbagai setelah hampir 20 tahun tinggal di kota metropolitan tetapi ini adalah pengalaman pertama saya menggunakan perkhidmatan bas ekpress tersebut. Biasanya saya akan menggunakan Sani Ekpress kerana ia lebih selesa, pemandu pulak boleh bertolak ansur dan tidak sombong. Bas Ekpress Etika akan menjadi pilihan kedua. Di sebabkan kehabisan tiket kerana cuti hujung minggu bersambung dengan cuti Hari Malaysia saya tiada pilihan kerana itu adalah tiket terakhir yang ada.
Perjalanan 10.30pm, bermula pengalaman yang kurang menyenangkan buat saya. Pergi ke kaunter dan diberitahu penumpang ke Kajang akan menumpang bas yang akan ke Klang/Shah Alam ke Alor Setar kerana masalah kelewatan bas sampai dari Kuala Lumpur. Dari Kangar ke Changlun mengambil penumpang kemudian ke Jitra di sana berlakulah sedikit perselisihan faham. Saya dan anak serta 2 orang penumpang yang akan ke Kajang diarahkan turun setelah pemandu dan agen bertekak hampir setengah jam di bawah. Rupanya ada yang mengugut untuk meminta bayaran balik tiket sekiranya tak dapat naik bas tersebut (itupun saya dapat tahu bila saya mula nak naik angin dengan agen).
Bayangkan ketika itu hampir pukul 12 malam, anak saya sedang nyenyak tidur. Saya memberi alasan anak tidur. Apa yang membuatkan hati saya sangat marah ketika itu adalah pemandu dengan angkuh terus berkata 'Gerak jugak sampai bangkit' dengan kasar. Saya rasa kalau dia bercakap secara sopan dan meminta maaf atas kesulitan saya akan faham tetapi bila begitu keadaannya hati saya sangat bergelora tetapi saya pahat di hati apa yang berlaku ada hikmahnya. Beristighfar. Pelan-pelan saya kejut anak yang sedang tidur, angkat 2 beg kecil yang ada bersama, turun ke bawah dudukkan anak di koridor kerana semua bangku sudah penuh kemudian mengangkat 2 lagi beg pakaian di tempat penyimpan beg di bawah bas. Tiada siapa ingin menolong! Tidak pemandu, tidak juga wakil agen bas tersebut di Jitra. Pemandu muda yang ada rupa, bersuara sedap di rangkaian radio pemandu bas agaknya tetapi tidak mempunyai perilaku yang baik!
Bayangkan ketika itu hampir pukul 12 malam, anak saya sedang nyenyak tidur. Saya memberi alasan anak tidur. Apa yang membuatkan hati saya sangat marah ketika itu adalah pemandu dengan angkuh terus berkata 'Gerak jugak sampai bangkit' dengan kasar. Saya rasa kalau dia bercakap secara sopan dan meminta maaf atas kesulitan saya akan faham tetapi bila begitu keadaannya hati saya sangat bergelora tetapi saya pahat di hati apa yang berlaku ada hikmahnya. Beristighfar. Pelan-pelan saya kejut anak yang sedang tidur, angkat 2 beg kecil yang ada bersama, turun ke bawah dudukkan anak di koridor kerana semua bangku sudah penuh kemudian mengangkat 2 lagi beg pakaian di tempat penyimpan beg di bawah bas. Tiada siapa ingin menolong! Tidak pemandu, tidak juga wakil agen bas tersebut di Jitra. Pemandu muda yang ada rupa, bersuara sedap di rangkaian radio pemandu bas agaknya tetapi tidak mempunyai perilaku yang baik!
Kami berempat dan dua penumpang dari Jitra dihantar ke Hentian Shahab Perdana, Alor Star menaiki 2 teksi. Allah sudah tentukan malam tersebut rezeki pemandu teksi tersebut saya berbisik di hati. Dari Hentian Teksi yang berada di luar anak mamai-mamai berjalan ke platform masa telah melewati jam 12.30 malam. Pemandu teksi menawarkan diri untuk membawa barang-barang, tetapi saya tetap menolak dengan baik. 1 beg di galas di depan, 1 di belakang 2 beg lagi berada di tangan (nasib baik 2 beg ini hanya berisi kuih-kuih mudah pecah dan selimut sahaja). Sampai sahaja saya ke platform saya lihat bas yang sama ada di situ dan pemandunya biadab turut ada (masa tu rasa macam ada api dalam mulut!). Saya sangat marah!
Bersambung ke bahagian ke-2...panjang sangat daaaa...
kak... buat aduan pada SPAD
BalasPadamAlaaa....bersambunglah pulak...
BalasPadamBaru semangat berkobar membacanya ni... :)
bas syarikat mana tu? huhu..takut pulak kan dengan kemalangan2 yg melibatkan bas ni..dee tak sabar tunggu sambungannya..
BalasPadamya Allah kak...lieya bace ni pun mendidih hati kak...dpt lieya bayangkan situasi akak mase tu...dgn anak2 dah mamai tdo...kene plak ke tempat lain...dgn nak berangkut2 beg...aduhhh....
BalasPadamlieya plak kak dulu mase zaman belajar kat uitm shah alam mmg pengguna tegas pengangkutan bas ekspress nieh....sejak abis study terus dah tak naik bas dah...ade dlm 10 tahun gitu....
cpt kak sambung part 2...tak sabar nak tau...
JunAina..ummi yang membaca ni pun terasa debaran dan bahangnya, tentulah bagi Jun yang mengalaminya sendiri terasa perit dan sakit hati kan. Sombongnya pemandu bas tu..
BalasPadamdup dap dup dap hati akak baca...
BalasPadamakak mmg ngeri nak amik kenderaan awam (ada pengalaman menakutkan jugak - taxi driver gila sex)...bila dgr citer2 camni, lagi laaaa...
suspens jugaknak tahukesah berikutnya nie ..kesian kan tengah malam2 kena turun, dpt sy bygkan perasaan tuh..
BalasPadamHarap kakak dapat mengikuti part 2 tu Aina.
BalasPadamKaka yg baca pun dapat rasa geramnya..
tetiba kan.... nak baulu... hehehee
BalasPadamalaaaaaa....nape sambung lak ni?? baru nak join sekali rasa marah akak tu...huhu...
BalasPadamAssalamualaikum Aina
BalasPadamSubhanallah
Alhamdulillah
kerana masih boleh bersabar
Teruk betul servis bas macam tu. Dari awalpun dah ada masalah. Tak mustahil akan timbul lagi masalah. Tambang teksi tu bayar sendiri ke kak?
BalasPadamdah lama tak naik bus.
BalasPadamEntri Terbaru : Putihnya Cafe Sukan Cakna
tiket nak mahal, sebis macam harom..
BalasPadamSalah satu sebab kenapa saya & isteri beria ia nak migrate...Bunyi nya melampau kan? Tapi saya dah muak tgk perangai driver bas, driver teksi, pemandu pemandu di malaysia...tu tak lagi kisah2 korupsi di negara yg katanya " Islamic country" ini
BalasPadamgeramnya aiza rasa.. teruk betul pemandu bas tu.. langsung tiada sikap bertanggungjawab dan prihatin.. :(
BalasPadamkak orang kangaq ka ??
BalasPadamtk sabar tunggu smbungannya..cepat tulis na..
BalasPadamda bace part 2.. bace part lagi panas hati rupenye.. gggrrr.. geram!~
BalasPadamkesian kak JUne...kurang ajar sungguh driver bas tu kan...
BalasPadamTeruknyaa perangai pemandu gitu.. geram plak..
BalasPadamLa kenapa bole jdi sampai mcm tue..biadap la orang tue.. buat report jer sis..
BalasPadamNasib awak seorang yg penyabar JA....kalau tidak dah terbakar dek hembusan api naga hehe...
BalasPadam