Teruna Pilih Janda Salah Ke?

4:56 PTG JunAina 26 Comments


Dara atau janda apa bezanya? Bagi saya mereka juga wanita. Wanita yang punya perasaan, yang perlu di sayangi, di belai. Mereka perlukan perlindungan sewajarnya dari lelaki-lelaki yang bertanggungjawab, bukan lelaki yang hanya tahu tanggung tanpa ada pengetahuan untuk menjawab di akhirat kelak.


Ini bukan sebahagian kisah cinta serta perkahwinan Adam dan Fiza tetapi ini adalah reliti yang berada di mana-mana. Jodoh bukan urusan kita, telah ditentukan tetapi dalam urusan jodoh kita juga boleh berusaha untuk memilih yang terbaik. Bila terjadinya ijab dan qabul bermakna itulah ketentuan jodoh yang telah Allah tetapkan.


Selepas 41 tahun alhamdulillah Allah membuka pintu hatinya untuk berkahwin, telah lama mak menanti lama juga kami menunggu. Perkenalan selama 3 minggu di akhiri dengan pertunangan, insyaallah lebih manis lagi akan termeterai ikatan yang lebih murni pada bulan November nanti. Allah mendengar doa mak, Allah kabulkan doa mak nan satu ini. 


Berkat Ramadahan yang lalu, perkenalan mak dengannya bermula di sebuah majlis berbuka puasa. Allah telah aturkan dengan begitu cantik, dia bersolat disebelah emak. Bertegur sapa menghoramti yang lebih tua, hati mak terpaut pada dia, hati dia terpikat pada mak. Raya yang lalu mak ajak ke rumahnya. Kemudian mak bagi nombor telefon pada anak bujang terlajaknya. Masing-masing berkenalan di FB, berlarutan bersms dan bergayut-gayutan di telefon.


Hati mak sedikit sebanyak terluka juga dengan pandangan sinis keluarga sendiri, bukan orang luar.
'Mahalnya hantaran, janda je pun'
'Dah jodoh dia. Anak orang berapa letak pun kita terima sahajalah'
Sorang lagi pulak berbunyi.
'Dulu nak kenaikan dengan anak dara juai mahai. Mak bapak tanah kebun berekar-ekar'
Mak angin jugak. Jawab dalam senyum.
'Bukan tak ada anak dara nak kat dia. Mak bapak orang berada buka kedai makan, kalau angah pergi dia menggeletis (sebenarnya mak guna bahasa lain bahasa tempat kami). Hat kaya tu mak pak dia belum tentu jadi hat dia'
Semua terdiam.


Sudah tertulis Angah (abang saya) akan bertemu jodoh dengan ibu tunggal anak satu, kematian suami 7 tahun lepas. Paling sedih lepas 11 tahun kahwin baru mengandung dan belum sempat sampaikan berita gembira suaminya pulak kemalangan maut. Tak apalah nanti Angah akan buat pahala berhari-hari sebab bela(jaga) anak yatim, sebabnya usap kepala anak yatim pun kita dah buat pahala.




You Might Also Like

26 ulasan:

  1. Salam..sya rasa x salah pun kan..mkcik sya yg berumur 48 thn pun bertemu jodoh dgn teruna berumur 29 thn..bercinta lbih kurang 3 thn..dah jodoh kan..asal sama2 cinta je ..:D

    BalasPadam
  2. Kalau dah tertulis jodohnya..tak de salahnyaa pun.. janji hati suka sama suka..

    BalasPadam
  3. Aina..
    Semuga perkahwinan adik aina berbahagia hingga ke akhir hayat.
    Itulaaa jodoh pertemuan hayat maut semua ALLAH yang tentukan.
    Tragia sungguh kisah bakal adik ipar Aina yg kematian suami saat baru mengandung. Berkat kesabarannya ALLAH gantikan suaminya dgn adik
    aina...
    Selamat menerima ahli keluarga baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Rahmah bukan adik tapi abang yg beza umur kami 3 tahun.

      Tulah sedih sgt, selama 6 tahun ini hati dia tertutup utk mana2 lelaki, tup-tup kenal mak kenal Angah nak pulak dia kahwin.

      Padam
  4. setuju! tak salah pun kan kak,:)

    BalasPadam
  5. Thanks very nice blog!

    Also visit my webpage ... http://www.gaslogfiresmelbourne.com/regency-fires/

    BalasPadam
  6. mulut org memang tk prnah kena apa pun.buat pekak sudah...lama2 depa sengap.

    BalasPadam
  7. Tiada salahnya...Jodoh itu ketentuan Ilahi. Yang penting bahagia dan saling memahami...Semoga kekal hingga ke syurga. Ingatlah...Rasulullah saw juga berkahwin dgn janda yg jauh lebih tua darinya, iaitu Siti Khadhijah...

    BalasPadam
  8. siapa kita utk menidakkan jodoh...ajal dan maut...itu semua adalah ketentuaNya....kan kak...?

    BalasPadam
  9. kata org jodoh ditangan tuhan kan ..
    klu itu la yg ditakdirkan utk jd pasangan ..
    terima jer ..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum,
    Tak pernah ada betulnya kita di mata orang.
    Kahwin awal dikata menggeletis, kahwin lambat disebut tak laku
    Kahwin lelaki kaya kata nak kikis reta, kahwin lelaki papa kata sengaja cari bala...

    Ikut kata orang, tak ada satupu betulnya kita. Jodoh itu ketentuan allah, Dia dah padankan dengan orang yg terbaik utk kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu sejak mula meningkat umur saya abaikan sahaja kata2 org luar yg tidak memberi faedah kepada saya. Dulu saya mengikut kata org sehingga perasaan rendah diri menghantui diri. Sekarang tidak lagi.

      Padam
  11. mulut orang jun, mana boleh ditutup. kami dulupun pernah alami perkara sama bila dik ipar saya beranak 3 yang kematian suami bertemu jodoh dengan bujang. puas dia menolak kerana kata2 orang di luar sana tentang dirinya tapi kalau itu ketentuan Allah, mereka bersatu akhirnya.

    BalasPadam
  12. Kak Zai bukan nak kutuk orang melayu tapi itulah realitynya bila ada anak bujang memilih janda atau ibu tunggal susah nak terima. Tak kira siapa atau status apa pun yang penting kedua2nya saling faham memahami dan bertanggung jawab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya harap begitulah Kak Zai moga2 abang saya akan menjadi suami yang bertanggungjawab. Kalau ikutkan nak perempuan muda belia memang ada yg nakkan dia tetapi lebih kepada nak mencari 'ibu rumah'.

      Padam
  13. Kalau dah jodoh.. apa kita boleh buat kann..
    ini semua kerja Allah.. terima je seadanya.. janji semua mau baik..

    BalasPadam
  14. Kalau dah jodoh apa nak di katakan. Boleh je kot. Ramai dara pilih dudaaaaaaa... gigih... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan...dara ke teruna ke duda ke janda ke tepuk dada tanya hati. Ramai je org2 kat luar sana hidup bahagia selepas kahwin tanpa mengira status sebelum itu.

      Padam
  15. moga urusan dipermudahkanNYA..
    orang hanya pandai berkata.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah...kami sebagai keluarga hanya mendoakan yg terbaik buat keduanya.

      Padam
  16. Ohhh ni yang cerita masa raya hari tu yeh yang awak gi meneman mak...hehe jodoh merekakan....semoga kekal bahagia hendaknya

    BalasPadam
  17. Takda salahnya pun kalau dah jodoh. Orang kita aje yg selalu rasa pelik kalau dengar cam ni.

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam