Blogger Popular Baca Blog Sendiri - Macam Popular Sangat!

12:00 PTG JunAina 34 Comments


Blogger popular? Siapa-siapa? Ekelehhhh...macamlah popular sangat. Tajuk gempak je kan...ahaahaaa... Tak ada lah saja je nak tulis saya ni perasan macam blogger popular. Walaupun tak ada siapa yang kenal sebenarnya, eh tak ada jugak yang kenal. Sayang semua ketat-ketat okeh.


Saya ada satu tabiat yang sukar nak buang. Tabiat suka sangat baca blog sendiri. Bila menung-menung tak ada apa nak buat (sekarang saya banyak masak lapang sebab projek tak jalan lagi > read as saya makan gaji buta!) saya suka sangat klik-klik entri lama. Baca sambil senyum-senyum walaupun itu adalah kenangan masam-masam mahupun pahit serta payau. Serius saya memang banyak masa lapang!


Bila baca semula entri yang lama-lama tu rasa nak gelak sendiri. Kelakar. Entah apa-apa yang ditulis serta di kongsi, masa tu semuanya try & error. Padahal semua tu boleh je google untuk cari penyelesaian. Semakin lama saya semakin pandai mengatur ayat-ayat di dalam blog, juga sudah pandai membina link sendiri. Pada mula memang tiada komen seolah-olah tulisan saya tu semuanya tulisan syok sendiri. Saya belajar menjadi seorang blogger perlahan-lahan, membina ukhwah di alam maya menimba pengalaman dari pengalaman serta perkongsian mereka yang arif.


Semua orang bermula dari bawah, walaupun apa yang saya ada sekarang tidaklah sehebat mana tetapi saya bangga kerana saya mampu melakukan perubahan pada blog ini sedikit demi sedikit. Sebolehnya saya ingin mengekalkan malah menambah baik blog yang saya ada. Bercita-cita untuk menjadi blogger hebat bukan sahaja blogger popular.


Blogger hebat adalah blogger yang mampu memberi kesan kepada orang sekeliling sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Memberi dan terus memberi. Berkonsi segala kebaikan, ganjaran mahupun ilmu pengetahuan. Bila entri kita terkesan di hati pembaca kemungkinan mereka kembali semula adalah tinggi. Bila semakin ramai pembaca tak mustahil kita akan jadi blogger popular serta hebat.


Tapi...tolonglah. Jangan popular dengan kontroversi pulak!



You Might Also Like

34 ulasan:

  1. saya pun kadang2x suka baca entry lama-lama. kadang2 senyum sendiri

    BalasPadam
  2. kena belajaq dgn kak yang la..rasanya n3 saya pun tak berkualiti jgak kot..bg tips plzzzz..

    BalasPadam
  3. saya pun sama..blog tu kan ibarat diary online, walaupun tak semuanya tercatat di situ, tapi bila ada masa..baca dan senyum2 sendiri je. ada catatan suka, ada catatan duka.. :-)

    BalasPadam
  4. Kak Jun..sy pun suka bc blog sendiri..sukalah! blog kita :p

    BalasPadam
  5. samalah dgn kita.. heheh tgh tak ada benda nak buat, buka balik entry lama2 baca sesorang sambil tersengih :P

    BalasPadam
  6. Sy jarang baca entri yg lama2..heheh..
    goodluck yersemoga tercapai citer2 ..:)

    BalasPadam
  7. Kakcik malu nak baca catan2 lama sendiri... :)

    BalasPadam
  8. Kakak ni entah kategori apa entah Aina. Tak ada yg special sekadar cerita basa-basi gitu. Tapi tetap suka membaca kawan-kawan punya N3..

    BalasPadam
  9. Tak kisah kak, blog kita tulis jelah. Saya suka google kisah orang bercuti kat tempat yang biasanya saya tak pernah pergi lagi..So kalau akak ada bercuti ke mana2 silalah share ye kak..

    BalasPadam
  10. Sya pun suka baca blog sendri kalau bosan2..hehe..

    BalasPadam
  11. seronok berblog ni kan...
    sendiri punya pun tak habis baca lagi..

    BalasPadam
  12. heee bagus lah macam tu June, at least kita bleh improve apa yang ok dan yang tak ok.. kita jg boleh banyakk membaca blog2 blogger lain ini boleh exchange dengan mana2 blogger yang hebat dari segi penulisan bila seseorang membaca blog kita kannn..
    tak lah nanti bila org baca blog kita ni blog syok sendiri.. I pun tengah mengimprovekan diri ;)

    BalasPadam
  13. kak jun...
    fofulerrrr gituuuu....
    akak popular laa kot...kan apa ke namanya tuhh CPUV tuhhh byk....kikikiki

    BalasPadam
  14. sy pnh gak baca entry sy yg dulu2.. nak gelak lak rasa.. hihi

    BalasPadam
  15. baca entri akak buat sy syok sendiri jugak..maklum blogger baru..x ramai pembaca ke blog sy...so sy pon perasan sendiri jugak le kan..

    BalasPadam
  16. Kalu boleh biarlah semuanya berjalan serentak dan seiring. Ada sumbangan utk masyarakat. All the best.. dan tahniah!

    BalasPadam
  17. wah..cita2 nak jadi blogger hebat ye..moga tercapailah ye..tapi entry dulu2 kalau dibaca mmg rasa nak gelak..

    BalasPadam
  18. JunAina, menulis blog ni bukan sekadar nak bagi orang baca tapi macam diari kita juga. saya pun selalu tengok balik gambar2 lama dalam blog.

    BalasPadam
  19. Setuju 200%.
    Jadilah blogger hebat.
    Insya Allah, balasannya sampai ke syurga.

    BalasPadam
  20. bukan senang juga nak jdi blogger hebat tu kak...bnyk perkara perlu berkorban tu...

    BalasPadam
  21. Hahaha.. Good Luck Akak! Nanti boleh follow ketat2..

    BalasPadam
  22. mana tau nanti2 akan datang jadik popular terus...haaaaa....

    BalasPadam
  23. semoga dapat menjadi blogger yg hebat ..
    aby tumpang gembira bila yg JA inginkan tercapai

    BalasPadam
  24. kontroversi...rs macam artis pulak..hehe..aah kan..ramai yg suka cari pasal kat cbox tp x dedahkan nama n link sebenar
    moga perkongsian kita byk memberi manfaat buat pembaca

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum,
    tujuan asal daku tulis blog untuk simpan semua pengalaman kat situ n baca semula bila dah lupa.

    nyatanya, banyak juga pengalaman tu yg daku dah lupa hu huhuhuhu sib baik tulis di blog hu huhuhuhu

    BalasPadam
  26. follower beribu-ribu tak semestinya hebat kannn...?

    BalasPadam
  27. alah zura pun kadang2 baca jugak blog zura sendiri.. saje nk mengimbas kembali kenangan dedulu...

    BalasPadam
  28. hahaha... ein ade gak bace entry2 lame.. rase mcm nak delete tp xdelete pun...

    BalasPadam
  29. salam kenal :)

    saya pun ade tabiat mcm tu..suke baca post lepas² pas tu tergelak fikir 'bodohnye aku tulis mcm tu dulu' ahahahahh..

    BalasPadam
  30. anak2 saya suka baca blog mak dia.. lepastu gelak sendiri sebab kita cerita pasal peranggai dia....

    BalasPadam
  31. heheheh sm la kite...entry2 yg lps byk dipengaruhi oleh SIL sy...la ni da identiti sendiri..(identiti la sgt kannnn)

    BalasPadam
  32. kak, lieya pun jenis suke bace blog sendiri sbb kadang2 rindu telatah anak mase kecik2 so tgk laa entry lame2...kan blog ni diari kite....lieya harap esok2 anak2 plak bace kisah dieorg..heheeh

    BalasPadam
  33. hihihi sama la ngan wawa....kadang-kadang ter click entry yang lama-lama...entry tu pulak cerita benda kelakar yang jadi masa tu...mesti gelak sendiri :)

    BalasPadam
  34. Tak dinafikan JA....memang kelakar dan malu bila baca entri lama lama... boleh senyum sendiri jadinya hehe
    Apa pun tahniah buat awak JA

    BalasPadam