Gastrik Lagi

12:09 PTG JunAina 22 Comments


Kali akhir menjadi tetamu bermalam di Kajang Specialist di entri ini. Sebelum puasa tahun 2012 kisahnya selepas mama mendapatkan rawatan untuk gastrik berehat 2 hari di rumah kembali semula bila Junior pula terpaksa berehat di hospital.


Sejak seminggu yang lalu kesihatan perut agak merudum, terasa sangat tidak selesa sekejap di bahagian kiri terasa sengal, kejap rasa hendak muntah. Hari ini mula terasa sakit di bahagian ulu hati, ternyata penyakit gastrik ini tak mahu pergi jauh-jauh.


Makan berjaga. Setiap pagi mesti ambik sarapan, makan tengahari walaupun tak makan nasi mesti ambik makanan lain, malam pulak ikut sempat kalau rajin memasak makanlah nasi kalau tak goreng sahaja mee, bihun ataupun masak berkuah. Satu rutin yang tertinggal ialah kurma yang telah kehabisan stok di rumah, susu pula terasa muak dan tekak seolah-olah tak mampu hendak menerima. Sekarang terimalah padahnya.


Menahan sakit di kerusi, pergi berjumpa doktor dan ambil ubat. Cuti sakit? 14 hari habis sudah sebab masa mengandung sebelum keguguran saya banyak ambik cuti sakit. Cuti tahunan sebanyak 20 hari bagi tahun ini pula sudah negatif.Agaknya kalau berlarutan terpaksalah saya berjumpa dengan doktor kesayangan yan tak tahu cakap Melayu walaupun sepatah di Kajang Specialist. Malas nak pergi bukan apa nanti asyik-asyiknya masuk kamera lagi.


Doktor tanya mungkin saya stress. Bab kerja rasanya tidak sebab projek tengah perlahan sekarang mungkin saya stress sebab mak nak terima menantu perempuan pertama bulan November nanti. Selepas 12 tahun mak tak berkenduri besar jadinya banyak perkara-perkara kecil yang mesti di perhatikan. Anak lelaki tahunya semua hendak siap ja.


You Might Also Like

22 ulasan:

  1. Balasan
    1. Abg akak tu dah 41 tahun memanglah excited gila kita org nih.

      Padam
  2. gastrik makan memang kena jaga dan kena ikut waktunyer...moga cepat sembuh yer...

    BalasPadam
  3. Susu jgn tinggal Aina. Kakak tak boleh tinggal susu. Tapi itulah bila dah diserang gastrik susu kena pulak rehat seketika. Kakak harap cepat sembuhlah....

    BalasPadam
  4. takut jugak kalau-kalau batu hempedu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya saya risau jugak bab batu kat hempedu ni. Dua org sepupu perempuan tahun ini jalani pembedahan atas sebab yang sama, satu di hempedu. Risau sgtlah awak.

      Padam
  5. semoga rajin makan ubat dan jaga makan...

    BalasPadam
  6. Semoga cepat sembuh JunAina. Suami saya ambil susu colostrum alpha lipid lifelind. dia ambil yang kapsul punya sebab tak suka nak minum susu. Syukur alhamdullillah setakat ini sih, tak sakit perut dah.

    BalasPadam
  7. samalah kita.. lately pun KA asyik kena serangan gastrik... but mmg tgh stress skang ni... sabar jelah !// moga cepat sembuh yer

    BalasPadam
  8. Stress selalunya bila kita tertekan oleh persekitaran. Wpun tiada siapa menekan, tapi bila kita asyik fikir kerana rasa tanggungjawab yang tidak berbelah bagi... lalu badan yang merasa. Kena awasi selalu ni.

    BalasPadam
  9. semoga cepat sembuh kak..stress pun boleh menyumbang pada gastrik..

    BalasPadam
  10. setuju ngan azieazah..stress selalunya kita tak sedar..kdg2 terlalu memikirkan sesuatu pun boleh stress sis..tak semestinya kerja..

    BalasPadam
  11. kak pun ada gastrik juga jun. kadang2 kita jaga makan tapi stress pun boleh jadi sebab. kak tak dapat susu takpe tapi makan kena kerap walaupun sikit

    BalasPadam
  12. semoga cepat beransur sembuh yer..nanti nak tlg mak buat persediaan kenduri lg tuh

    BalasPadam
  13. semuga cepat sembuh
    kalau ada kerja kawin dalam family semuanya stress ek..kenapa agaknya?

    BalasPadam
  14. makan ikut jadual ye sis..moga terhindar dri terkena gastrik lg
    yumida pun kurang selesa bila diserang gastrik
    Jemput join & menangi hadiah bernilai RM550
    Giveaway Butik Comel Collection

    BalasPadam
  15. Aina bukan saja kena jaga pemakanan tapi fikiran mesti selalu tenang, kalau boleh happy selalu.

    BalasPadam
  16. Gastrik ni....leh sampai masuk wad erk...pelik nya

    BalasPadam
  17. odaijini (semoga cepat sembuh) ;)

    BalasPadam
  18. salam JA ..
    klu gastrik ... kena jaga makanan betul la yer ..
    semoga beransur semboh ...

    BalasPadam