Merdeka Raya Sederhana Tapi Meriah
31 Ogos 2013 kita semua teruja menyambut hari ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Semakin matang Malaysia semoga juga rakyatnya juga turut matang dalam mengharungi kehidupan seharian. Aman damai serta tahu nilai jati diri, mahu belajar sejarah orang-orang terdahulu. Sambutan meriah di 31 Ogos 2013 Dataran Merdeka (Bahagian 1) dan 31 Ogos 2013 Dataran Merdeka (Bahagian 2)
Itu cerita Merdeka di Dataran Merdeka di rumah kecil saya pula sibuk makan-makan. Jemputan hanyalah kawan sekolah anak-anak, jiran-jiran, kawan sepejabat (tak ada siap pun yang sempat datang) serta keluarga terdekat yang hanya beberapa orang yang tinggal di sekitar Selangor, juga rakan blogger. Rakan-rakan blogger pula hanya menerima jemputan melalui blog sahaja. Saya tetap berbesar hati kerana walaupun hanya melalui blog masih ada yang sudi hadir (kembang kempis jap hati saya).
Semua hidangan dimasak sendiri dengan bantuan tukang jahit sayalah (Eja my sister), ate dua beradik syer le penat sorang sikit. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, makanan pun cukup kecuali puding marbel, tetamu malam tak merasa sebab sudah habis.
Terima kasih buat semua jemputan, gambar memang tak terambil sebab bila sudah sibuk melayan tetamu mahupun sibuk tambah makanan jadinya kamera pun letak ke tepi. Jiran-jiran yang datang sebelah petang Zura, Ani, Imah, Zaini, Lia, Kak Wan bersama keluarga masing-masing. Selepas Maghrib jiran atas berbangsa Cina Ping-Ping dan Ah Choi datang, Ina jiran hujung tangga juga sampai. Lepas Isyak jiran sebelah rumah pulak datang bersama jiran tingkat 5, siangnya mereka sekeluarga tiada di rumah (saya sangat terkilan bila rumah saya meriah dengan makan-makan tetapi jiran sebelah rumah yang keduanya lumpuh saya langsung tak hulurkan walaupun semangkuk laksa atau sepinggan nasi impit). Tetamu akhir sepupu dari Puncak Alam memasing kena tinggal sebab mak dan abah jalan-jalan ke Kelantan.
Usai semua tetamu pulang saya terkejut, beristighfar. Lalainya saya. Rasa sangat-sangat bersalah. Sebenarnya jiran selang sepintu sewa rumah ini untuk menempatkan ibu dan adiknya yang lumpuh memandangkan rumah yang kecil untuk memuatkan mereka sekeluarga. Ibunya lumpuh sejak lama dulu selepas melahirkan adik bongsunya sudah lebih 30 tahun. Adik lelakinya pula lumpuh sejak 2 tahun lepas selepas kemalangan yang mengganggu sistem saraf tunjangnya (tak pernah berkahwin).
Hidangan ringkas makan-makan rumah saya. Laksa Perlis nak yang kecil pun ada nak yang besar macam biasa kita makan pun ada lengkap dengan ulaman. Nasi impit, kuah kacang dan Rendang Ayam (read as kari ayam).
Tetamu awal yang memang dari malam dok sibuk tolong memotong dan memasak. Baju coklat tu adik saya Eja si tukang jahit sayalah tu bersama suami dia. Nasib baik semua baju raya dah siap cuma ada beberapa helai baju pengantin yang sedang menunggu tetapi boleh letak kat tepi kejap.
Meja sebelah saya letak puding marbel, nugget dan jagung rebus. Air oren kat sebelah tu.
Ini pula kawan-kawan si abang Iqbal Hadi, baju putih tu kawan baik dia tetapi sekarang seorang sekolah pagi seorang sekolah petang sebab mengikuti kelas khas (budak pandai). Lepas tu datang lagi berbelas orang tapi lupa nak snap gambar pulak.
Dalam hujan lebat tu akhirnya sampai jugaklah Mak Chaq dan Cik Da ke rumah kami. Berbunga-bunga hati kami, kembang kempis di buatnya, ada juga yang sudi jengah mai rumah kecik kami ni. Happy weyyyy... Terima kasih na... (malu bila Dik Da dan Mak Chaq masuk bilik anak bujang kami yang bersepah dok bagi duit raya kat budak-budak dok main game dalam tu.)
Kami lagi tetamu dari kalangan blogger. Baju putih tu Anies. Walaupun sesat barat jumpa jugak le rumah saya, kesian kat depa.
Jiran selang dua pintu, malam lepas Isyak baru sempat datang. Mak mertua dan adik ipar dialah yang menghuni rumah sebelah pintu rumah saya tu, dua-dua pun lumpuh. Sementara suaminya sihat bolehlah di jaga esok-esok belum tentu kerana suami kakak ini pun sudah berusia 62 tahun. Berniaga air tebu selepas bersara untuk menampung hidup mereka sekeluarga. Bantuan JKM dan Pusat Zakat sudah berkali-kali di isi tetapi macam-macam alasan di beri.
Tetamu akhir saya malam tu, anak-anak dan menantu makcik dari Puncak Alam. Buatlah macam rumah sendiri ye. Si kecik Aqeelah, geram rasa nak geget-geget je.
Baru sikit jemputannya saya sudah letih sesangat, bayangkan buat kerja kahwin nanti tetapi saya gembira sebab dapat jemput kawan-kawan datang rumah. Sekecil majlis ini pun saya sudah melupakan jiran sebelah rumah nanti bila buat majlis besar-besar mesti lagi banyak yang akan terlepas pandang. Malu dengan diri sendiri kerana lalai (sebelum tu sebenarnya saya sudah minta kakak jiran saya tu ambilkan makanan untuk mereka tetapi dia kata dah siap masak lepas tu langsung saya lupa).
Hendaknya tahun depan masih dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta masih boleh masak-masak serta jemput kawan-kawan datang rumah lagi. Walaupun rumah kecil tetapi Allah telah mengatur dengan baik sekali perjalanan majlis di mana pada awalnya kawan si abang Iqbal datang secara berkumpulan, sebaik mereka beredar Mak Chaq dan Dik Da sampai, kejap tu Anies dan kawan dia. Masa tu jugak Kak Wan anak beranak sedang menjamu selera. Usai group blogger kecuali Kak wan yang merupakan jiran tiba pulak jiran-jiran lain coz depa memang pakat nak pi ramai-ramai. Jadi tidaklah sesak sangat keadaan rumah sebab tetamu datang secara berkumpulan kecil.
Rugi2 tak join... Nampak cam ade laksa ;)
BalasPadamMai memang ada laksa pun...yummy...yummyyy...> puji diri sendiri ahahhaa...
Padamalhamdulillah..ramai tetamu raya Aina..bestnay depa dapat makan laksa perlis. kan.
BalasPadamAlhamdulillah...best sangat bila makanan yang kita masak ada yang nak habiskan...:)
Padamkak org perlis ka? meriah nya rumah terbuka akak ^_^
BalasPadamYa la..orang Perlis tapi la dok Kajang...
PadamEntah bila kakcik akan berkesempatan ke rumah Aina...
BalasPadamsonok kan kalau buat open house cmni. walaupun letih tapi puas dpt bagi org mkn.
BalasPadamIf SA free mmg SA terjah umah kak jun...x de rezki sbb SA byk jemputan jugak....
BalasPadamIf SA free mmg SA terjah umah kak jun...x de rezki sbb SA byk jemputan jugak....
BalasPadambukan sengaja nak lupa sis..kalau boleh semua nak jemput...huhu
BalasPadamtak sempat datang aini..maaf yee...inshaa
BalasPadamallah dilain waktu jika ada rezeki kita jumpa yee..
ramai yang buat open house raya merdeka...
BalasPadammoga tahun depan dimurahkan rezeki lagi..
Sy yg buat dalam 15 ke 20 kepala ni pun mcm nak tombang buat sorang2 kak..ni kan pulak nak bukak open house...mmg kena ada PA la jwabnya...huhu..
BalasPadambuat mkan2 di rmah memang letih..saya dh banyak kali .letihnya mak datok...smpai 2 hari lpas tu dok letih lagi...rasa loose habis urat2.
BalasPadamtak pernah mkn laksa perlis..cmne rasa la yerk..
BalasPadamTK sudi singgah http://hidupadalahsatuanugerah.blogspot.com/
BalasPadamsalam perkenalan -aina-
Seronokkan Jun bila dapat menjamu saudara mara, kawan2 dan jiran tetangga, sambil makan2 sambil menjalin ukhwah.
BalasPadamlaksa perligh..sure sedap..
BalasPadamAlhamdulillah berjayajgk open hse akak..bukan senang nak buat majlis yg besar ajak ramai orngcamnie kan..
BalasPadamMeriah juga rumah aina..dengan tetamu yg dtg..
BalasPadamalhamdullilah..majlis nampaknya berjalan lancar...makchaq pun mai...:)
BalasPadamLain kali buat, kalau ada rezeki, saya mai...hihihih
Beraya kalau dgn blogger pastinya kemeriahannya lain terasa. Happy pun tak sama Aina..
BalasPadamTahun ini merdeka raya terakhir... Peluang cuti merdeka ni, masa utk kembara raya, byk rumah terbuka...Gantung kuali trus, hehe
BalasPadammeriah merdeka raya ni sampai malam ada tetamu, tapi tak nampak bendera malaysia pulak....heee.
BalasPadamAlaaaa...lupa saya nak snap bendera kecik2 tu dok gayut2 kat ranting pokok hiasan kat rumah, ada juga bendera besar di gantung depan rumah. Suami saya sangat kuat jiwa patriotiknya, almaklumlah pesara polis!
Padamkita yang tak mai ni jun. rasa seronok membacanya..
BalasPadamp.s dah lupa nak wat camna kan
salam sis.. maafla x berkesempatan nk hadirkan diri..byk program tarikh tuh..
BalasPadamsabar je lahh~ lagipon i keje pagi dat day..
seronok baca tuan umah sedia masakan air tgn sendiri..
erk erk..teringinnnn~ tapi x de rezeki..
Tak apa nanti kalau akak rajin boleh masak2 dan lepak kat rumah Dato' ekkeeee... Lepak rumah akak tak siyoookkk kecik...;)
PadamJunAIna..TK sudi singgah http://hidupadalahsatuanugerah.blogspot.com/ semoga jumpa lagi.. AIna
BalasPadammeriah menu akak....murah rezeki akak anjur makan2 gini...
BalasPadamkak lieya tersentuh bace tang jiran akak tu..takpe kak, akak pun dlm keadaan busy mase tu...lepas ni bile masak2 akak hulurla semangkuk....moga bertambah berkat hidup akak...amin...
Semalam menunggu jugak cerita jamuan makan kat rumah awak JA... rupanya hari ni punya entri
BalasPadamKalaulah tak bizi dgn adik beradik belah hubby dtg sabtu hari tu sure gambar OKje ada kat entri ni hehe
alhamdulillah...semua berjalan lancar...walaupun penat...tapi mesti rasa lega kan :) meriah tengok pic-pic akak....makanan pun sedap :)
BalasPadamMeriah jugak tu suasana merdeka raya dekat rumah akak. Yang pasal jiran tu maybe akak boleh masakkan yang lain untuk bagi dekat dia ke kan. Kadang-kadang tengah sibuk tu kita memang terlupa semua tu kan kak.
BalasPadam