Redza Dalam Paksa

12:00 PTG JunAina 11 Comments

Sikit-sikit redza, sikit-sikit redza. Ikhlas ke kita bila sebut ayat tu?
Susah nak cakapkan. Ikhlas tu dari hati bukan dari bibir.
Bibir pulak kadang-kadang hanya bercakap untuk sedapkan hati sendiri juga untuk menjaga hati orang.
Redza lagi.

Konsep redza sangat luas. Kalau kita benar-benar redza pasti tiada ungkitan.
Tiada juga umpatan.
Hilang juga kisah sebut-sebutan di belakang hari.
Redza kita dalam paksa.
Mulut kita menipu sedangkan hati kita menangis.
Ingatan kita masih kuat pada apa yang kita redzakan.

Redza paling ikhlas.
Redza seorang emak atau ayah terhadap anak-anaknya.
Itulah paling tulus paling bersih.
Redza untuk anak-anak soleh yang sentiasa menyejukkan hati kedua orang tuanya.
Berusahalah moga kita sentiasa berada dibawah redza mereka.
Bagi yang telah telah tiada, redza mereka di bawa ke SANA.
Doa anak-anak yang soleh tetap mengiringi mereka.

Sekadar ingatan untuk diri sendiri.
Ikhlas dan redza berjalan seiring.
Pasti ada balasan baik walaupun kita ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa.


You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Yelah, kadang2 mulut jer kata redha tapi di hati lain cerita.
    Redha Allah itu datangnya dari redha ibu..eh redha ke redza...sama la kut.

    BalasPadam
  2. selalu ajar diri, buat sesuatu kerana cari redha Allah bukan redha manusia...
    tq for sharing

    BalasPadam
  3. As salam Kak,

    Marya tetiba confuse Redza @ Redha? Ke sama? Tpkan bab ikhlas tu... mmg setuju ikhlas dari hati bukan sekadar dihujung bibir... :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhaaaa...ejaaan tu sebenarnya biasa kita guna 'redha' nak cepat tak menyempat autopublish, seminggu bercuti tak sempat jengok blog. Tapi akak check DBP depa eja 'reza' je rasanya.

      Padam
  4. ikhlas itu dari dlm hati..hanya tuhan dan kita yg tahu

    BalasPadam
  5. Redha ... susah nak ditafsirkan hanya Allah je yang tahi redha atau ikhlasnya kita

    BalasPadam
  6. redha itu rela..menerima ketentuan tanpa mempersoalkan kenapa dan mengapa..

    BalasPadam
  7. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.. betul ker?

    BalasPadam
  8. sokong dgn kak kamsiah

    ejaan sebenar: REDA.

    BalasPadam