Kapur Kasut Pun Susah

1:00 PTG JunAina 17 Comments


Umurnya sudah 10 tahun pada 2hb Januari 2014. Bagi kita senang tapi bagi dia susah, inilah sifat anak-anak 'slow leaner'.  Bayangkan nak kapur kasut pun sangat susah bagi dia. Dulu saya minta abang yang kapurkan kasut dia tetapi mulai tahun ini saya minta dia buat sendiri.


Saya sedih bila saya nampak sangat kepayahannya untuk siap kapurkan sebelah kasut pun sudah memakan masa. Terkial-kial memusing kasut kejap-kejap memusing kapur, nasib baik kapur dalam botol bertutup. Saya biarkan dia lakukan perlahan-lahan tanpa memaksa. Akhirnya dia berjaya buat walaupun tidak sekemas abang yang lakukan.


Mulai tahun ini saya mesti pastikan dia boleh berdikari menguruskan benda-benda kecil sendiri. Demi kebaikan dia.



You Might Also Like

17 ulasan:

  1. takpelah latih secara pelan2 yer, jgn memaksa dan bagi pujian bila dier berjaya buat sendiri even utk perkara2 yg kecil !

    BalasPadam
  2. anak anak slow learner ni perlukan kesabaran yg tinggi.. takpe kak.. sesiapa pun mula2 akan terkial kial.. nanti dah lama2 dia pandai lah.. dorongan dan galakan tu penting..

    BalasPadam
  3. kena biasakan...untuk kebaikan dia juga.

    BalasPadam
  4. Tak per kak. Lama² nanti biasa lah tu.

    BalasPadam
  5. takper la kak...kena suruh selalu...dah selalu nanti mesti expert dah...

    BalasPadam
  6. InsyaAllah lama2 boleh... Bagus la Aina dah latih dia..

    Makchaq pernah cerita rasanya kisah adik makchaq yang macam ni.. sampai darjah 4 belum kenal huruf, makchaq selalu kena tolong dia bersiap dll.. mak pun puas melatih dia berdikari...rupanya dia late bloomer.. la ni dah jadi Senior Engineer

    BalasPadam
  7. Semoga k.Aina kuat semangat membimbing anak yg ini..amin

    BalasPadam
  8. ingat kapur kasut masa sek. malas basuh..pun kapur jgk.

    anak2 kena ajar dr awal.

    BalasPadam
  9. Tak pe , pelan-pelan dulu Jun, lama-lama boleh lah dia melakukan... betul tu ajar anak tu berdikarikan :)

    BalasPadam
  10. Aina
    Pelan2 lama2 sempurnalaaaa
    Mmg resmi anak2.. Ada yg cepat
    Ada yg ambil masa..
    Kita sebagai parents.. Bagi jer masa
    Lama2 boleh sempurna..

    BalasPadam
  11. yup, demi kebaikan dia..
    kena aja perlahan lahan

    BalasPadam
  12. Tak pe plan kayuh..nanti lama2 dia okey laa tuh..

    BalasPadam
  13. semoga dia dapat melakukannya.. memang kena latihlah jugakkan.. lama2 kemaslertu...

    BalasPadam
  14. Perlukan masa dan kesabaran yg sgtttt tinggikan berdepan anak sebegini...

    BalasPadam
  15. Kak jun...pelan pelan asah bakat anak yg mcm ni...mmg perlukan byk tunjuk ajar berulang kali...mereka perlukan byk perhatian...ju fhm situasi akak cmne...bykkan bg dia ruang utk dia belajar dan jgn lupa kerap bg pujian...sbb anak2 suka dipuji bila lengkap buat sesuatu...pasti kali kedua ketiga dan seterusnya mesti dia akan kapur kasutnya dgn cermat sekali....

    BalasPadam
  16. Sabar yang tinggi memang perlu kak dlm handle anak slow-learner ni.

    BalasPadam
  17. Lama lama nanti biasalah JA....tp semangat dia bagus.....wakaupun bagi dia susah, nak pulak dia buat tak merungut yeh JA?

    BalasPadam