Perapan Ayam Panggang Simple
Saya memanglah kan suka yang senang-senang sahaja, 10-15 minit kat dapur dah siap tak perlu berlama-lama. Jimat masa jimat tenaga, jimat bahan-bahan bermakna jimat duit tapi yang pasti hasilnya sangat menyelerakan. Saya belajar dari mak saudara yang memang satu keluarga suka masak-masak, dari suami sampai anak-anak dan kadang-kadang dia hanya jadi mandur.
Resepi perapan ini hanya menggunakan 3 bahan asas. Bahan yang setiap masa memang ada di dapur kita jadi kalau nak perap ayam tiba-tiba macam-macam bahan tak ada boleh sahaja guna resepi ini. Tetap lazat sehingga menjilat jari.
Resepi Perapan Ayam Panggang Simple
Lada Hitam
Gula
Garam
Masuk ke dalam pengisar kering dan kisar halus. Terus masukkan ke dalam ayam yang telah siap dicuci. Perap sekejap, lagi lama lagi best. Sukatan bahan-bahan ikut suka hati, kalau suka manis letaklah lebih gula. Kalau ada anak-anak kecil kurangkan sikit lada hitamnya. Garam secukup rasa.
Panggang pun mudah. Tak perlu nak bersabut, nak cari arang bagai sebab sekarang ini trend setiap rumah mesti ada pemanggang ajaib. Tak kiralah brand apa pun sebab pemanggang ajaib sekarang sangat mudah didapati. Tepuk dada tanyalah poket brand apa yang kita kehendaki.
Masak-masak ini memang mudah. Kita yang buat dia!
kami jarang makan ayam ni kak...ganti ikan pun bolehkan...
BalasPadamsaya suka letak serbuk kari.. rasa mcm ayam gorng mamak sikit..
BalasPadamuii..sangat mudah..thanks kongsi ya kak..boleh cuba ni
BalasPadamAkakkkkkkkk...terus berbunyi perut SA tau....sabar jer la...
BalasPadamperghh..sedap ni kak..
BalasPadamini betul2 simple nie... bagusla
BalasPadammacam ayam untuk nasi ayam la kan rasa dia cuma tk buh kicap...
BalasPadamai kak makan ayam panggang tak ajak.. :P
BalasPadammacam ni...saya pun boleh buat kot...chewahhhhhhhhhhhh :P
BalasPadamSempoi pun iya, mudah pun iya. Bau nya, wah!! Heaven!
BalasPadamayu wajib masukkan wshlist pemanggang ajaib ni.
BalasPadammudahnya!! barang yg sentiasa ada kat dapur..
BalasPadambilerlar mak nak ajak wak dtg umah mamam ayam panggang camnii.,uHHUuu
BalasPadammmg simple, yg penting sedap kan !
BalasPadamyang penting bahannya ada.. ;)
BalasPadamAkak pun suka masak yang mudah.
BalasPadamRupa tak cantik pun takpa naa.. janji sedaap!
BalasPadamSama le kita JA....maleh nk berlama lama kat dapur tu ha...jemu!
BalasPadamHarus cuba resepi tu gamaknya
blh try ni...
BalasPadammudah sgt;-) saya ada try rempah bakar maharaja pn sedap....
BalasPadamsimple jer...bolehlah nak try nanti...
BalasPadamsaya pun tak berapa suka dok dapur lama2 nak masak. lagi cepat siap masak lagi bagus.. hehe.
BalasPadamKakak percaya aroma masa memangang tu penuh satu dapur Aina.
BalasPadamSimple kan bahan2nya, tapi yg penting sedap kan :D
BalasPadamsalam perkenalan..tgk mcm blh nk bt ni..suka masak2 yg simple mcm ni..tq akak sbb bg idea..
BalasPadamehm.. suka masakan der lada hitamni... panggang untuk kesihatan...
BalasPadamBaru ni beli jugak utk bbq kat rumah..hubby kata dah lama x makan. Tp beli yg ready made je kat giant. Blk rumah trus bakar.
BalasPadam