Kongsi Kerja Rumah

1:44 PTG JunAina 13 Comments


Kakak balik bersekolah di Kajang sudah hampir sebulan, banyak juga yang perlu dibelanjakan untuk persekolahan tingkatan 1 sebab banyak benda yang kakak tidak beli semasa sekolah di kampung. Kakak pula berada di Kelas Rancangan Khas (bagi pelajar-pelajar cemerlang yang tidak dapat masuk ke asrama penuh).


Apapun mama tetap sangat gembira sebab dah ada geng di rumah. Teman gaduh-gaduh manja teman pergi shopping, teman pergi pasar dan teman buat kerja rumah. Lega! Kadang-kadang bila Sabtu ada aktiviti luar jadi Ahad sangatlah sibuk dengan urusan rumah. Meletihkan. Tetapi sejak ada kakak bab baju sekolah mama sudah boleh cuci tangan. Dari merendam, memberus, mengampai sehingga seterika kakak uruskan semua. Kasut sekolah adik pun kakak basuhkan dan kalau abang malas basuk kasut kakak basuhkan juga (alasanyua dia malu kalau kawan-kawan dan cikgu tengok abang selekeh ke sekolah). Yeyyyy...mama sangat-sangat gembira.


Rasa sedih pun ada juga, nampak sangat anak-anak sudah membesar. Masing-masing tahu tanggungjawab sendiri. Kalau balik sekolah abang akan uruskan adik dan kakak pula akan uruskan hal rumah terutama mengemas walaupun mama tak minta pun dia buat. Kerja sekolah pun boleh tahan banyak kadang-kadang tu kakak dan abang tertidur sambil menulis.


Petua saya mendidik anak senang sahaja. Didik mereka dengan kasih sayang, didik mereka dengan belas ehsan kepada ibubapa didik mereka kenal erti tanggungjawab masing-masing. Bila anak-anak faham semua itu insyaallah semuanya akan menjadi mudah. Bila anak-anak sayang ibubapa mereka tak akan buat perkara yang boleh melukakan hati kita walaupun dibelakang kita. Bila anak-anak ada ehsan mereka akan dengan rela hati membantu mana yang patut. Bila anak-anak tahu tanggungjawab masing-masing sebagai anak ibubapa akan lebih ringan dalam menguruskan keluarga.


Senyum dan airmata perkara biasa bersama anak-anak. Lelah semasa mereka kecil terasa berbayar dengan anak-anak yang sentiasa ringan tulang sesekali mereka memberontak adalah perkara biasa bagi anak-anak remaja cuma bila ada kasih sayang memberontak itu cuma seketika. Sesekali rindu kelelahan membesarkan mereka.



You Might Also Like

13 ulasan:

  1. saya ambil kisah akak ni sebagai pedoman utk saya besarkan anak anak saya...TQ :)

    BalasPadam
  2. rasa mcm sekejappp je kan masa berlalu.. tup2 anak anak dah besar panjang dah pon

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... anak-anak dah besar, ringan sikit kerja rumah

    BalasPadam
  4. tips akak berguna utk jijah besarkan anak ni nanti..

    BalasPadam
  5. bila mereka membesar, kita rindukan zaman mereka kecil..
    walhal bila mereka lasak waktu kecil..kita kata..bilalah nak besar ni..hihi

    BalasPadam
  6. alhamdulilllah anak2 ringan tulang dan tak nyusahkan mak bapak..moga anak2 sy pun jd gini jugak..inshaallah..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah dpt ank yg tau tanggungjawab.....harap bila besar ank sy pun begitu...insyaallah

    BalasPadam
  8. alhamdulillah....moga ank saya pun seperti ank kak aina....

    BalasPadam
  9. alhamdulillah.....moga ank sy pun sepertu ank kak aina.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah semoga anak anak sy kecik akan membesar mcm anak anak akak yg ringan tulg..sy jadikan entry akak nih sbgai rujukan..

    BalasPadam
  11. anak-anak dah semakin besar...rindu masa anak-anak kecil dulu....

    BalasPadam
  12. Sejuk perut ngandung.. kne ngndung lg la cmni kak.
    :p

    BalasPadam
  13. Kagum dengan awak mendidik anak JA....kagum dengan sifat mereka yg ringan tulang.. apa pun kelebihan awak....org lain, lain kelebihannya....redho hehe

    BalasPadam