Pekerja Warga Asing Pasar Borong Selangor Kurang Ajar

8:24 PG JunAina 26 Comments


Malaysia umpama lubuk rezeki yang membawa kekayaan buat mereka dan keturunan mereka di tanah air masing-masing. Kerja tanpa menghiraukan waktu rehat selagi dapat mengumpulkan kekayaan yang bakal di bawa balik tanpa peduli sekeliling. Sikap itulah yang membuatkan majikan tempatan lebih berminat untuk menggaji pekerja asing sama ada secara sah atau tidak.


Semalam saya menulis warga Pakistan yang mendominasi Jalan TAR tak kurang hebat juga di Pasar Borong Selangor yang menjadi tumpuan rakyat tempatan mencari barangan basah mahu pun kering. Menjejakkan kaki ke sana seolah-olah kita berada di luar negara! Penjual ikan kebanyakannya warga asing tidak pasti Nepal atau Myanmar rasanya gabungan keduanya. Kadang-kadang mulut merah menyala dengan warna sirih dan tanpa memikirkan kebersihan mereka ludah di merata tempat.


Kurang pasti samaada mereka pekerja atau sememangnya memiliki perniagaan tersebut. Kebanyakan lot tertulis nama tuan punya yang langsung tidak sama parasnya dengan penjual! Peniaga Melayu yang masih bertahan di Pasar Borong Selangor hanyalah peniaga ayam, daging dan sebahagiannya penjual sayur. Hanya satu dua gerai ikan merupakan rakyat tempatan.


Pernah membeli ikan di satu gerai bila kita mula tawar menawar penjual warga asing ini mula meninggikan suara. "Kalau nak Rm7 ambik free lah" dengan kasar dan kurang ajar. Saya perempuan tetapi ini tanah air saya! Terus saya jawap dengan nada tinggi jugak. "You nak bagi free ke? You jangan kurang ajar. You hanya menumpang dan merempat di tanah air saya!" Orang sebelah menyebelah pandang saya semacam. Kenapa mesti takut dibumi sendiri? Saya tahu ada kes pergaduhan yang berlaku tidak lama dulu yang melibatkan pekerja di pasar borong dengan pembeli sehingga melibatkan kes polis tetapi mereka tetap mendominasi kawasan tersebut.


Sekali lagi pihak majlis seolah pejam mata dan merestui apa yang berlaku di Pasar Borong Selangor. Hak rakyat tempatan diketepikan, undang-undang pulak dipermainkan. Percaya atau tidak kebanyakan pekerja di situ adalah PATI! Saya sangat pasti.



You Might Also Like

26 ulasan:

  1. Salam JunAina,skrg kerajaan sdg membenteras PATI,Elok jer masih berbiz tanpa rasa takut yer...kdg2 ada yg elok perangai & ada yg teruk perangai diaorg ni :(

    BalasPadam
  2. ugut je nak report kat imigresen!

    BalasPadam
  3. kadang² sy terpikir.. kenapa yer.. kenapa yer.. mereka tak diamik tindakkan.. buat serbuan mcm mana pun dah tangkap mcm mana pun esok masih ada lg pekerja asing disitu... itu belum lagi pasar kembojalah, achehlah.. kampucia (btl ke sy eja ni) huhuhuhuhu ...

    BalasPadam
  4. Jun,
    Di Nilai Tiga pun...pergi hari bekerja dan kurang pengunjung macam tersesat dinegara orang.Cuak pula nak bebas mana mana.

    BalasPadam
  5. tu mmg tak dinafikan kak...bkn kt pasar borong tu je kat tmpt lain pon sm...mcm bgs je diorg ni

    BalasPadam
  6. amboi berlagaknye dorang..mentang2 la dorang ramai geng kat situ....

    BalasPadam
  7. bagus tu sesekali kita kena tunjukkan pd mereka siapa yg menumpang di bumi malaysia ni kan !

    BalasPadam
  8. Kalau macam ini panggil ajelah wartawan tv buat liputan mesti pihak yg buat 'pejam mata' akan ter'celik' lepas itu Aina..

    BalasPadam
  9. setuju sgt kak!! mmg ramai warga mulut merah dek sireh jek kat pasar borong tu...sakit ati kalo kurang aja mcm tu....lieya pun selalu beli barang basah kat sane....mujur belum kene insiden mcm tu...hati2 tau kak, dieorg ni jenis pendendam....takut plak kalo akak di ape2 kan nanti....

    patut kite buat aduan nie..supaya keadaan terkawal kat sane...susah dah nak jumpe org melayu yg meniaga kat sane...semua org asing...tu pun silap2 ade yg takde dokumen sah....

    BalasPadam
  10. Salam,
    Sepatutnya, pakat-pakat buat aduan kepada pihak berkuasa.
    Memang sakit hati dibuatnya. Bukan setakat kurang ajar,
    samseng, sombong, bla bla bla ...

    BalasPadam
  11. Mana2 pun tempat berjuai pun sama Aina... kedai makan pun kebanyakkan warga asing....
    lam2 depa akan kjadi rakyat sini pasai depa kawin dengan orang sini...
    kat ofis kami ada pembancuh air orang myanmar , satu family depa mai sini... adik pompuan & abang dia dah kawin ngan orang sini... mak dia pun kawin ngan orang sini jugak..

    BalasPadam
  12. Yg peliknya setiap hari dlm berita ada diwar2kan..Ops bersih ops PATI ops situ ops sini...nmpak mcm tak berkesan jer...situasi masih sama..bukan pasr selangor jer sis...pasar selayang pun masih sama..

    BalasPadam
  13. ehm memang menakutkan .. .semua pun bersalah.. semuapun buat tak nampak masalah yang berlaku.. bumi Malaysia ini memang tempat mencari rezeki yang mudah.. orang sini yang selalu komplen sana sini tak cukup itu tak cukup ini ... tapi tak nak kerja lebih macam orang lain.. terimalah hakikat di bumi Malaysiani ramai yang berebut nak duduk dan cari rezeki .. apa tandanya...
    harap sangat cepat2lah diselesaikan masalah ini.. kdg di tempat tinggal kitapun penuh dengan diaorang.. betapa ramainyer ....

    BalasPadam
  14. Money speaking louder than a morality of nationality.

    BalasPadam
  15. Kalau ai pun ai akan buat macam tu.. nak takut apa.. Ini negara kita.. kita lebih berhak dari dorang tu semua.

    Buat kerajaan dan pihak berwajib berkenaan silalah ambil tindakan sepatutnya. Segala macam peraturan nampak gah atas kertas tapi pelaksanaannya.. mintak maaf cakap.. teruk!
    Kalau betul ikut peraturan, takkan adanya warga asing dengan berani ambil kesempatan meniaga dan mendominasi tempat tu dan juga tempat lain.

    ai jadi emo sebab dekat area Pekan Meru dan Kapar ramai bangsa asing, malah sekitar kilang Persiaran Hamzah tu siap ada penempatan untuk pekerja.. Ada permit ke dorang..?

    Oh! Malaysia.. dah jadi tempat 'pembuangan pembiakan' bangsa asing..
    Bangkitlah wahai semua pihak berkenaan.. bukalah mata hati anda semua.. kami nak berjalan di negara sendiri pun rasa semacam.

    BalasPadam
  16. warga asing ni ramai yang naik tocang.. geram jugak.. kadang2 sampai kita sendiri rasa tak selamat.

    BalasPadam
  17. betul tu kak...tp tu la..undang2 negara kita ni macam longgar sgt..dah rasa macam kat negara orang lain plak...

    BalasPadam
  18. Pemimpin kita, mungkin tak sedar sebab tak pergi membeli belah di kawasan sebegini...Bila rakyat mengadu, mereka tak percaya / malas ambil tindakan susulan. Kalau ada sedara mara mereka dah terkena, baru tau nak bertindak. Itu lah negara ku tercinta, Malaysia

    BalasPadam
  19. mainan duit kak. lagi banyak warga asing kat sini lagi malaysia untung .. duit permit depa kan mahai gila. sabaq je lah kak. next time kak pegi beli barang basah tempat lain ja ^_^ chill ye kak

    BalasPadam
  20. Takut jugak bila mereka ramai2 tu..tp jgn smpi ckp ngan kita pun dh xde hormat..kan..

    BalasPadam
  21. masing masing dah lemak sangat dudok malaya nii..bahagia hidup..kita pulak rasa menumpang di negara sendiri!!

    BalasPadam
  22. memang aina berani!! tabik puan!!

    BalasPadam
  23. Assalam sweetie

    Sejujurnya saya takut dgn warga asing ini. Baik lelaki atau perempuan. Walau mrk bermulut manis ada maknanya.....

    BalasPadam
  24. Mmg rimas kak klw pg jln tar tu. Penuh ngan dorang je.

    Akk keje kat mana

    BalasPadam
  25. Dekat mana-mana dah penuh dah dengan pekerja asing ni. Buat la tangkapan macam mana pun, tak kurang jugak jumlah diorang ni. Mesti ada yang tak kena dengan undang-undang kita ni. Ataupun ada orang atas yang melindungi mereka ni.

    BalasPadam
  26. kalau kat pekan bukit mertajam ni, ada 1 shopping complex ni memang dah dikongker oleh pendatang asing...nak masuk shopping complex tu pun dah rasa takut...penuh dengan depa ja

    BalasPadam