Pesanan Buat Perokok

10:28 PG JunAina 15 Comments


Kalau tak sayang nyawa sendiri sayangilah nyawa orang tersayang di sekeliling kita. Isteri, anak-anak, ibu, bapa mahupun adik-beradik kita. Kasihanilah juga insan-insan di sekeliling kita tak kira siapa dia kawan atau lawan, kenal atau tidak. Asap rokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi 2 kali lebih bahaya buat orang yang tidak merokok.


Geram dengan perokok yang tidak sensetif dengan persekitaran. Kalau tabiat selepas makan merokok tengok jugalah tempatnya. Biasanya saya paling menyampah bila mereka ini merokok di dalam restoran atau kedai makan tanpa rasa bersalah. Kita kat sebelah sibuk mengibas-ngibas asap rokok tetapi dia buat 'bodoh' sahaja (rasa macam nak angkat kerusi hempuk je atas kepala dia!).


Pelbagai kempen di jalankan, di kotak okok juga terpampang gambar-gambar menakutkan kesan dari merokok tetapi bagai dikata nanti bila 'Sudah terhantuk baru mengadah'. Masa itu 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'.



You Might Also Like

15 ulasan:

  1. harga rokok makin lama makin tinggi pun dorang sanggup beli kan kak...ntah apa2 ntah

    BalasPadam
  2. tatau nak komen apa..suami saya merokok jugak..tapi dia takde la jenis merokok merata.. dia merokok jauh2 dari orang..

    BalasPadam
  3. Yes! I hate smokers yang tak bersopan santun. Tak reti nak buang butt di tempat yang sepatutnya. Tak reti nak cuci tangan lepas merokok dan terus nak handle food. Paling pantang si bapak yang kendong anak tapi merokok. Manusia tahap paling bongok!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. . Sehingga ke hari ini sudah 2 tahun lebih saya berhenti merokok

    BalasPadam
  5. Suami sy kak perokok tegar. Sehari 3 ke 4 kotak. Sejak kena heart attack trus stop. Baru tau.

    BalasPadam
  6. Samalah kakak pun paling benci bila makan dlm restoran ada org merokok. Hidung kakak jauh pun boleh tangkap tau Aina sebab bapak kakak, abang dan hubby semuanya tak merokok... Bapak kakak kata org yg hisap rokok ni org kaya:)

    BalasPadam
  7. betul kan kak..nak merokok ke apa...biarlah bukan di tempat awam..tak bahayakan org lain..sendiri cari bala..sendiri dapat...xpayah la share

    BalasPadam
  8. kak, lieya ni spesis yg takleh bau asap rokok....mujur laa husben lieya jenis bukan isap rokok...kalo tak dah kembang hidup ni lieya tepek filter hahaahahaha...

    BalasPadam
  9. Hubby kak Zai perokok tegar tapi tahu mencari tempat yang sesuai. Puas dinasihat tapi tak makan saman.

    BalasPadam
  10. betul3.. setuju sgt !

    BalasPadam
  11. mujur suami tak merokok..dan budak2 lelaki dept ni pun semua tak merokok..tp mmg bengang kalau org yg tak prihatin dan pentingkan diri sendiri tu..eee..nak mati..mati soranglah kan..hehehe..

    BalasPadam
  12. Nak buat macam mana kak, kalau tegur makin dihisap lagi adalah kak. Nasib saya bukan penghisap tak terpengaruh langsung benda alah ini.

    BalasPadam
  13. suami saya merokok kak... masa hisap rokok elektrik tu..dia dpt berhenti merokok...tp badan dia asyik berangin..tu pasala lupa rokok elektrik..sambung rokok biasa balik

    BalasPadam
  14. selalu jugak berhadapan dengan situasi camni....agak merimaskan....sebab saya lahir dari family yang tak merokok...mula-mula tu rasa macam pening...lama-lama redha je lah...tak pun ambil inisiatif bangun gi duduk tempat lain

    BalasPadam
  15. Btl tue akak.. kdg2 rasa angin jer tgh sedap2 makan tiba2 bau asap rokok.. sesak napasss tau dak.. rasa mcm nak sound jer tp satg ketat pulak muka depa.. hehehe

    BalasPadam