Karnival Usahawan Desa 2015

9:31 PG JunAina 6 Comments

Karnival Usahawan Desa 2015 atau singkatannya KUD 2015 adalah acara anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah berlangsung pada 2hb-6hb September 2015 di Persint 3, Putrajaya. Platform yang memberi peluang untuk usahawan desa memperkenalkan produk masing-masing dalam mengembangkan perniagaan.  Lebih 700 both telah di sediakan untuk usahawan desa mempamerkan produk masing-masing.


Hari Sabtu saya berpeluang menjengah ke KUD 2015 perjalanan Kajang ke Putrajaya cuma 15 minit sahaja, ambil peluang jalan-jalan dengan anak-anak. Dewan pameran terbahagi kepada Zone A, Zone B dan Zone C dan setiap booth adalah di bawa oleh agensi kerajaan setempat ke Putrajaya contohnya usahawan bimbingan Mara, Risda, Kemas, Keda dan sebagainya juga penyertaan dari syarikat swasta. Produk pula adalah pelbagai seperti kerepek, kuih tradisional, sos, kicap,  perapan, madu, kopi, makanan serta minuman kesihatan, produk kecantikan, batik, kraftangan, tudung dan macam-macam produk lain lagi. Ada juga SPA yang menyertai karnival ini namun hanya mempamerkan barangan dan mempromosikan perkhidmatan mereka sahaja.



Salah satu gerai yang mempamerkan produk sos, acar, tepung segera, sambal Pahang dan lain-lain lagi. Kebanyakan jenama adalah mewakili sesuatu tempat di bawah satu jenama yang menjadi tempat pengumpulan untuk produk usahawan desa.



Makcik ini membuat demo cara-cara membuat buah rotan atau kuih redan dengan pelbagai perisa seperti perisa bbq, rempah dan lada hitam. Cepat sahaja tangan dia menggentel.





Ini booth Initiate Global Resources Sdn. Bhd yang mewakili jenama Querenda. Menjual pelbagai jenis shawl dan saya sangat terpikat dengan shawl sutera yang dipamerkan. Turut membuat demo pemakaian shawl dengan pelbagai cara, cantik dan kemas.



Makcik ni orang Perlis orang tempat saya seronok bersembang dengan dia, selain ramah dia tak lokek sibuk keluarkan sampel kuih minta kami makan tak beli pun tak apa katanya.



Ini pula pengeluar kopi cap Dua Daun. Masyaallah...sedap sangat kopi o ini. Bagi saya penggemar kopi memang boleh rasa perbezaan dengan kopi-kopi lain tetapi belum pernah nampak di mana-mana pasaraya sekitar lembah kelang. Produk ini dari Kedah.





Ini produk KNZKRAF Enterprise kraftangan dari Kampung Tanjung Bidara, Kampung Gajah Perak. Kalau berminat mereka juga menyediakan belian secara pukal dengan harga yang jauh lebih murah. Boleh dijadikan cenderahati untuk perkahwinan.



Ini pula produk batik yang dimodenkan. Jubah batik dengan pelbagai potongan moden, blaus, skirt, palazo dan saya jatuh hati dengan cardigan panjang dalam gambar di atas. Boleh intai-intai Insta @seem.noor.



Kakak gembira sangat dapat bergambar dengan En.Mimpi!



Booth kepunyaan Fizz Fairuz dan isterinya Almy Nadia yang turut mengambil bahagian dalam KUD 2015.


Banyak sample, pamplet dan kad nama yang dikumpulkan di karnival ini, mungkin bagi yang ingin menjalankan perniagaan ini adalah tempat yang terbaik untuk dikunjungi. Pendapat saya karnival ini sangat bagus dalam memberi pendedahan peluang pemasaran kepada usahawan kecil desa agar perusahaan mereka lebih dikenali. Memberi peluang agar mereka lebih terdedah kepada dunia pemasaran yang lebih besar dan mencabar. Pengunjung juga boleh mengambil peluang untuk menjadi agen bagi memasarkan produk yang ditawarkan di sini dan ini merupakan nilai tambah untuk peroduk usahawan desa lebih dikenali.



You Might Also Like

6 ulasan:

  1. kalau x krn blk kg, sure da sy smpi ke sini

    BalasPadam
  2. Dari tahun dulu-dulu sampai sekarang 2015 kakak cuma dpt tengok yg diiklankan di tv aje Aina. Tengok booth yg banyak mestilah seronok. Banyak pilihan tu..

    BalasPadam
  3. Karnival yg sangat memanfaat untuk mereka yg ingin berjaya dan untuk yg cuma pergi untuk cuci mata kadang2 membawa balik idea...

    BalasPadam
  4. ruginya tak pg kak... mmg tingin sgt pg sana... tgk tak la sesak sgt

    BalasPadam
  5. sonoknyer bawak anak2 mak gi karnival je., hehe2

    BalasPadam