Blog Terabai UV Merudum

10:43 PG JunAina 12 Comments

Sejak kebelakangan ini blog semakin terabai uique view juga jatuh merudum. Tidak banyak yang mampu dibuat walaupun terselit sedikit kekecewaan di dalam hati namun masih terus berharap agar dapat terus menulis dengan teratur dan berterusan. Tugasan seharian seringkali menjadi penyebab blog tidak berusik, seringkali juga idea untuk menulis tidak dapat dikembangkan sebaik mungkin sehingga memaksa penulisan tertangguh. Kadang-kala idea menulis datang pada waktu yang tidak tepat contohnya seperti di dalam mesyuarat jadi idea itu mati di situ sahaja akhirnya.

Pengurusan waktu adalah paling penting walau dalam apa jua kedaan namun teori tetap hanya tinggal teori tanpa mahu dipraktikkan. Ada kala masa terluang ada tetapi mood untuk menulis seperti dulu-dulu sudah semakin terhakis. Blogwalking pun sudah jarang-jarang dapat dilakukan apaah lagi sekarang berkongsi tingkat dengan management, General Manager pun ada di tingkat yang sama jadi perlu berjati-hati dalam penggunaan internet. Bila di rumah banyak urusan lain yang lebih penting yang perlu di uruskan yang kadang-kadang terpaksa mencuri waktu rehat sendiri.

Mungkin suatu hari kegembiraan saya menulis suatu ketika dahulu akan datang kembali dan saya berharap sangat dapat membina kembali blog Rider Sejati menjadi lebih di kenali. Perkembangan dunia cyber membataskan waktu untuk mengemas kini blog secra teratur kerana ada platform lain juga untuk kita berkongsi cerita.

Kuatkan semangat, fokus pada tujuan asal berblog moga keghairahan menulis akan datang kembali. Membina empayar Rider Sejati moga terus di kenali, membina ukhwah yang moga berpanjangan sehingga ke Jannah. 

You Might Also Like

12 ulasan:

  1. sama lah kita kak.. banyak tugasan menanti.. bila dah free, mood pulak tak mari.. T_T

    BalasPadam
  2. Kakcik yang kerap kemaskini blog pun sukar hendak menarik minat pembaca. Mungkin kerana ilham yang kian tiada...

    BalasPadam
  3. Kuatkan semangat sis,,, Allah Ya Aziz Ya Qawiy Ya Matin Allah yang maha perkasa, yang maha kuat yang maha teguh spy sis sentisa teguh bersemagat kuat utk blogging....

    BalasPadam
  4. jom naikkan uv balik kak...ping entry akak kat fb group2 blogger tu...pas tu kalau ada masa blogwalking dan tinggalkan jejak

    BalasPadam
  5. sama jer kita sahabat...kekangan waktu membatasi...byk beralasan pun yer juga...salute buat mereka2 yg begitu tegar dan tekun menulis sehingga meraih pendapatan yg lumayan hanya dgn berbloq...

    BalasPadam
  6. Betul la kak..kalau kurang sikit je up entry uv cepat he zuuppp turun..

    BalasPadam
  7. Itulah kakak rasa last kakak baca kisah abang Aina menikah kalau tak silap.
    Macam lama benar sebab masa tu raya kan..

    BalasPadam
  8. sama la kita kak..xupdate mmg janum tergolek2 uv

    BalasPadam
  9. tak seteruk kejatuhan Ringgit Malaysia

    BalasPadam
  10. Chaiyokkk..chaiyokkk!! Teruskan berblogging, dah ramai kawan blogger tentu rindu bila tak on line kan..

    BalasPadam
  11. sama lah kak jun.. saya pun... huhuhu ..

    BalasPadam
  12. samalah kita kak...

    anyway done follow #615

    AZLAN RUMADI
    www.azlanrumadi.blogspot.my

    BalasPadam