Kuala Lumpur Yang Kelabu 2015

10:30 PG JunAina 3 Comments

Lebih seminggu pemandangan Kuala Lumpur hanya berbalam-balam, jarak penglihatan agak terhad. Minggu ini semakin teruk pula jarak penglihatan. Saban tahun berlaku saban tahun juga rakyat menanggung azab jerebu. Indonesia tetap tak ambik pengajaran, apa yang mampu kita lakukan. Hukum alam bakar di sana sehingga ke Tanah Malaya kesannya.



Badan sudah mula sakit-sakit, nafas mula semakin pendek semput mula menyerang. Berulang Kajang-Kuala Lumpur dan sebaliknya setiap hari dengan motor membuatkan diri semakin terdedah kepada risiko dan kesan jerebu. Kesan bukan sahaja untuk jangka pendek tetapi juga kesan jangka panjang yang suatu hari tiba-tiba sahaja datang walaupun waktu itu sudah tiada jerebu.


 

Marah. Sesungguhnya saya marahkan Pemerintah Indonesia. Sepatutnya Kerajaan Malaysia saman sahaja Pemerintah Indonesia kerana tidak berkeras dengan rakyatnya yang melanggar undang-undang larangan pembakaran terbuka. Letakkan ketepi hubungan diplomatik sebagaimana mereka lakukan terhadap nelayan-nelayan yang masuk ke perairan mereka yang kapal mereka diletupkan dan dikaramkan ke laut tanpa memikirkan hubungan diplomatic dengan negara terbabit. Tak perlu berehsan dengan mereka, ambil tindakan tegas supaya negara kita tak dipandang rendah.

Harapan rakyat Malaysia agar kedua negara dapat mencapai persefahaman antara dua negara yang bakal memberi manafaat kepada bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi untuk kepentingan rakyat Indonesia juga.


15.09.15 sekolah-sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor diarah tutup kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi 200. Bagaimana pula pekerja-pekerja yang masih terus mengharungi jerebu ke tempat kerja kerana arahan itu hanya untuk sekolah. Kita semua terpaksa terus mendedahkan diri kepada jerebu. Sekiranya ada yang mengambil cuti sakit harap bos dapat bertimbang rasa. Aambil juga langkah-langkah pencegahan yang lain paling penting banyakkan minum air.



You Might Also Like

3 ulasan:

  1. ari ni nampaknya macam dah ok sikit..berkat hujan semalam kan... lega tengok..

    BalasPadam
  2. tu la kak...ni gara2 indon punye pasal....mujur hari ni haze dah kurang...esok anak2 leh sekolah mcm biase...tapi lieya tak bagi anak2 pendidikan jasmani kat luar kelas....so esok pi sekolah pakai baju sekolah jek takyah pakai baju sukan ...selagi haze tak hilang betul2 mmg kite kene pantau....

    BalasPadam
  3. Bila hujan mendung bekerjasama dengan En. jerebu... dah jadi macam cameron highland pulak. sejuk dan berbalam-balam...

    BalasPadam